Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya



Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap


Setiap kali menjelang raya, pasti kepala akan ligat memikirkan menu utama untuk dimasak dan dihidangkan di pagi raya. Yang pasti, ianya mestilah nasi. Lagi pulak, hidangan yang sama akan dimakan untuk makan tenghari atau malam. Tak sangguplah hari raya untuk ke dapur memasak juadah untuk makan tengahari atau malam pulak. Jadi itulah sebabnya saya memilih juadah berasaskan nasi. Kalau dah perut Melayu, walaupun ada nasi impit dan pelbagai kuih muih, tak rasa kenyang kalau tak makan nasi. 

Dalam tercari cari resepi, saya tertarik untuk mencupa resepi nasi minyak ibunda di SINI untuk merasai kelainan dari resepi nasi minyak yang biasa saya gunakan. Ia memang sedap walaupun saya tidaklah merasakan suatu kelainan ketara dari nasi minyak kami sebelum ini. Cuma kali ini Nana yang ditugaskan memasak juadah nasi minyak dan ayam masak merah telah terlupa untuk meletakkan pewarna dan kismis, jadi ianya nampak kosong walaupun rasanya tetap sedap.  Jadi saya tak lah snap gambar nasi minyak tu. Lebih fokus pada ayam masak merah dan pajeri nenas sahaja. 



Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap

Ayam Masak Merah pula menggunakan resepi yang telah saya ubahsuai di sana sini berdasarkan percubaan sebelum sebelum ini. Memang terbaik dan sangat sedap. Ia akan menjadi a keeper recipe kami untuk Ayam Masak Merah. 

Bagi memudahkan rujukan di masa depan, saya sertakan resepi nasi minyak dan juga resepi Ayam Masak Merah di dalam entri ini. Untuk resepi pajeri nenas pulak boleh klik di SINI dan di SINI untuk stail Kelantan. Klik juga entri Ayam Masak Merah saya yang lalu di SINI.



Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap

Jom layan apa rahsia yang menjadikan nasi minyak lebih sedap di resepi di bawah ini dan juga resepi ayam masak merah...



Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap

Rahsia Nasi Minyak Sedap

Bahan bahan:
Beras Basmathi – basuh dan tos
Minyak sapi
Majerin Planta
Bunga lawang, kayu manis
Bawang merah - hiris
Halia - sagat dan ambil jus
1 sudu besar jus Sunquick
Garam
Sedikit pewarna kuning dan merah
Sedikit susu cair

Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dihiris. Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.

Bila bawang telah wangi dan keperangan, masukkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air

Beras dibasuh bersih dan tos. Bila air telah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Biarkan seketika.

Sementara itu, sediakan air perahan halia. Sagat halia dan dapatkan jus nya. Atau blend je halia, kemudian tapiskan. Masukkan air halia ke dalam periuk nasi.

Seterusnya, masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick atau jus perahan lemon. Kemudian, tutup periuk.

Apabila nasi telah hampir kering, masukkan susu cair ke dalam nasi.  Gaulkan nasi hingga sebati.

Kalau mahu ada sedikit berwarna, boleh titiskan pewarna di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.

Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap

Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit
2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
2 mangkuk kecil sos cili jenama Kimball - saya guna  botol besar
3 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam
Minyak - untuk menumis

Bahan kisar:
25-30 tangkai cili kering - 5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - saiz besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan lain - opsyenal:
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
¼ tin susu cair
Daun ketumbar - tabur

Cara cara:
Ayam digoreng ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.

Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta pecah minyak.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, kacang peas dan bawang besar hiris bulat. Siap dan bolehlah ditutup api.

Tabur daun ketumbar sebagai hiasan, jika suka sebelum dihidangkan.


Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya"

  1. Menu nasi kita sama kak. Cuma nya lauk saya buat ayam goreng berempah. Gandingannya Kari daging bersama acar mentah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm sedapnya kari daging. Acar mentah pun kegemaran saya juga

      Padam
  2. tiap2 tahun nie la menu isteri saya akan masak di pagi raya... saya tetap sukan akan masakan dia... he he he... makan bersama acar mentah (jelatah).
    -razak-

    BalasPadam
  3. Ya Allah, sedapnya kak..")

    BalasPadam
  4. Memang sedap ayam masak merah..dapat pujian anak lelaki saya, 9 tahun..sedap sangat mummy..malahan blog kak azie jadi rujukan dalam masakan saya..terima kasih kak

    BalasPadam
  5. Sedap... ayam masak merah.. :)

    BalasPadam
  6. resepi nasi minyak tu knape kne letak sunquick ye..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia akan memberi rasa masam manis yang sedap. Itu opsyenal. Kalau tak ada, tak perlulah letak

      Padam
  7. Kalau tak guna minyak sapi dan beras basmathi boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Minyak sapi memberi kelainan dari segi bau dan rasa. Beras basmathi bukan shaja sedap tetapi juga nasi yang terhasil lebih cantik

      Padam
  8. sedap .. semua resepi saya guna resepi kak azie . terima kasih kak ..

    BalasPadam
  9. Masak guna periok nasi or dapur ye kak

    BalasPadam
  10. Nasi minyak memang menu raya kami setiap tahun.Biasa buat tak pernah letak sunquick.sya letak daun pandan.

    BalasPadam
  11. kak azie .. setiap taun menu open house sy mengikut resepi kak,alhamdulillah mmg tk mengecewakan.. tp baru perasan menu diatas ni berasnya tk digaul dn digoreng dgn minyak sapi spt boleh juga ke kak kalau tk goreng?

    BalasPadam
  12. kak azie..sy ni x pandai nk agak2..3serangkai tu nak letak bape banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak agak jer. Letak kayu manis 2, bunga lawnag 3 dan buah pelaga 4-5. Saya agak agak juga.

      Padam
  13. Assalamualaikum kak...nak Tanya...beras Tu byk mana..skilo ke..tq kak bg mcm2 resepi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Beras tu ikut kah berapa orang nak makan.

      Padam
  14. sedap semua resepi akak azie.. terima kasih =)

    BalasPadam
  15. Sedap resepi Azie akk dh try

    BalasPadam