Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Versi 2


Sambal Ikan Bilis Kering Melaka


Sedikit petikan Kuliah Ustaz Johari Mat Som di surau Ad Dhuha.  Sudi kiranya membaca catatan saya ini. Jika kita diberi nikmat, hendaklah kita bersyukur. Manakala ketika diberi bala, hendaklah kita bersabar. Jika kita diberi ketaatan, rasakan ianya sebagai anugerah Allah. 

Kita tak mampu mentaati Allah tanpa bantuan Allah. Hanya engkau kami sembah. Hanya engkau kami minta pertolongan. Bukan engkau yang datang ke masjid tapi Allah yang datangkan engkau ke masjid. Bukan engkau yang bangun solat malam tapi Allah yang bangunkan engkau untuk bersolat malam. Supaya pandang diri sebagai hamba yang lemah. Yang berkuasa adalah Allah. Bukan engkau yang lakukan ketaatan tapi Allah yang memberikan ketaatan. Bukan berterima kasih pada manusia. Tapi berterima kasih pada Allah atas rezeki yang diterima. 






Jangan cuba menghukum orang yang secara zahir melakukan maksiat dan tidak mentaati perintah Allah. Maksiat dan mungkar adalah fitrah hidup manusia. Tak pelik sebab macam tu hidup kita. Kalau syaitan melakukan ketaatan atau Malaikat melakukan kemungkaran, itu yang pelik. Kita adalah hamba yang dhaif dan hina. Orang yang pernah melakukan maksiat mungkin akan lebih menghina diri pada Allah kerana dosa dosa yang telah dilakukan. Orang yang zahir nampak soleh tapi belum tentu mengharap pada Allah. Si pemaksiat tu duduk dalam takdirnya. Kata ulamak Sufi, berhati hati dengan si pemaksiat. Zahir nampak seperti banduan tapi saat dalam penjara kita tak tahu status dia di sisi Allah. 



Sambal Ikan Bilis Kering Melaka

Akhir sekali ustaz berpesan supaya jangan kamu berteman dengan anak kecil yang berusia 90 tahun. Setelah diumpan dengan pahala, baru hendak melakukan amal ibadah. Itu tandanya masih anak kecil.  Pahala adalah urusan Allah jangan  campuri tentang urusan Allah. Begitu juga hidayah adalah urusan Allah. Jangan kita mudah menghukum orang yang belum mendapat hidayah Allah. Semoga bermanfaat. 

Resepi ini saya belajar dari Cikgu Baiha yang merupakan rakan sekolej semasa di universiti. Baiha berasal dari Melaka. Oleh kerana gagal menghubungi rakan saya Haryati Hashim yang selalu membawa Sambal Tumis Ikan Bilis Kering ke kolej setiap kali balik dari kampung, saya menanyakan kalau Baiha tahu cara memasaknya. Kata Baiha, sama dengan sambal tumis biasa, cuma tidak dimasukkan air asam jawa sahaja. Cili pulak kena banyak supaya ianya bersambal, saya pulak hanya memasukkan 3 sudu besar cili kisar kerana masih fobia nak makan pedas selepas kena serangan gastrik tempoh hari. Sebelum ini saya ada juga menyediakan Sambal Tumis Melaka yang dipelajari dari TeeaRa Yatie. Resepi yang beliau belajar dari orang Melaka juga. Tapi resepinya menggunakan cili padi dan bawang putih. Boleh klik di SINI untuk melihat entri tersebut. Saya juga ada buat video penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis Kering Melaka hari ini. Nanti klik video di bawah ini.

Jom layan resepi yang mudah, cepat disediakan dan yang penting sedap untuk dimakan dengan nasi atau roti. Sangat sesuai sebagai juadah bersahur. Boleh disimpan dalam tupperware dan tahan selama lebih 2 minggu dengan tak payah disimpan dalam peti sejuk pun. Selamat mencuba...


Sambal Ikan Bilis Kering Melaka

Sambal Ikan Bilis Kering Melaka

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
10-12 ulas bawang merah - hiris
3 senduk nasi cili kering kisar
Garam
Gula/maggi secukup rasa

Cara cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.





Panaskan minyak dan tumis bawang merah hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan.





Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terus tutup api. Siap untuk dimakan. Selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan dengan roti.

Sambal Ikan Bilis Kering Melaka

Sedap dimakan untuk bersahur kerana saya memang tak suka makan makanan berkuah waktu sahur.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Versi 2"

  1. Assalamualaikum..

    Mcm mn nk goreng ikan bilis jd rangup tp x hangus? Perlu x basuh ikan bilis sblm goreng? Sbb bila sy bsh, ikan bilis x rangup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Basuh dg dilalu bawah air sahaja. Lepas goreng dg api perlahan.

      Padam
    2. Petua ikan bilis kekal rangup... Pastikan ikan bilis dibasuh.. Selepas itu boleh dijemur @ disangai.. Selepas itu boleh la digoreng

      Padam
  2. Kalau nak trabel sesuai tak?

    BalasPadam
  3. Tgk ikan jenis ikan bilis

    BalasPadam
  4. berapa lama tahan kalau tak masuk dalam peti sejuk ye?

    BalasPadam