Pulut Durian Thailand Yang Seriously Sedap
Sedikit petikan dari kuliah berkenaan Israk Mikraj oleh Ustaz Syed Abd Kader Al Joofre yang sempat saya catat. Israk Mikraj ialah tentang Nabi Muhammad SAW. Banyak soalan berkenaan Nabi Muhammad yang kita tak boleh jawab dengan betul sedangkan ramai yang sangat fasih menjawab soalan tentang artis pujaan. Maknanya pengetahuan kita tentang Nabi masih sangat lemah. Yang menunjukkan tahap kecintaan kita pada Nabi juga sangat lemah.
Pengajaran lebih besar dari Israk Mikraj adalah kepercayaan pada Allah mengatasi akal kita. Apa yang kita fikir, tak akan sama dengan apa yang Allah tetapkan. Logik akal tak boleh terima berkenaan Nabi diterbangkan dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan jasad dan roh. Kemudian baginda diangkat ke Sidratul Muntaha. Bagaimana kalau sekarang, ada seorang imam berkata dia tengok bola live di stadium Barcelona sedangkan beliau bersolat isyak dengan kita di masjid dan sekarang akan menunaikan solat Subuh dengan kita. Pasti kita tak akan percaya dan anggap imam itu sebagai gila. Apalagi pada zaman dahulu di mana kenderaan adalah unta. Zaman Nabi konsep pun belum ada yang orang boleh terbang dengan begitu laju. Teknologi juga belum ada. Pasti tidak dapat diterima oleh logik akal. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah yang menggerakan Nabi. Bukan baginda bergerak sendiri. Zaman Nabi memang susah nak fikir. Tapi para sahabat tetap beriman. Sementara orang kafir ketawa memperlekeh.
Asas iman adalah percaya secara total tanpa membahas. Contoh, Ada kajian dan statistik yang menunjukkan solat bagus utk kesihatan dsb. Maka kita bertambah yakin dan percaya pada bagus nya solat. Sedang kita patut percaya solat baik untuk kita secara total walau pun tanpa ada kajian sekali pun. Apa sahaja yang datang dari Allah pasti sesuatu yang baik. Percaya tanpa sebarang keraguan.
Israk Mikraj mengajar kita untuk percaya pada Allah dan Rasul mengatasi bijaknya akal kita. Nabi membawa hujjah dan bukti berkenaan perjalanan Israk Mikraj. Apabila diminta menceritakan tentang keadaan Masjid Al Aqsa secara detail. Nabi boleh menjawab dengan detail seperti tiang, pintu dsb. Nabi juga memberitahu ada kafilah akan datang dan berapa ekor unta merah akan datang sekejap lagi. Ini semua mukjizat yang akan melemahkan akal fikiran. Al Quran adalah mukjizat yang tak boleh guna logik akal.

Alang alang dah ada pulut yang saya masak untuk Pulut Mangga di SINI, saya terus mengajak Hubby mencari durian untuk dimakan sebagai Pulut Durian. Pulut Durian kali ini adalah ala ala Thailand kerana pulutnya memang dikukus dengan sedikit santan. Maknanya pulut tu lemak, bukan pulut kosong yang dimakan dengan kelapa parut ikan kering atau yang dimakan dengan pulut durian biasa. Oleh kerana pulut dah lemak, jadi digandingkan dengan sos santan atau kalau di Kelantan dipanggil Kepala Santan memang sudah sangat sedap. Lagi pulak, saya memang suka pulut yang dimakan agak kering dan tidak terlalu berkuah. Bila saya makan pulut durian pun, biasanya saya mencubit isi durian dan makan dengan pulut. Laa macam makan lauk dengan nasi. Maksudnya saya tak lah gaul isi durian dengan pulut. Cara penyediaannya sama dengan Pulut Mangga, yang berbeza hanya gantikan buah mangga dengan isi durian. Boleh klik Video Penyediaan Pulut Kukus di bawah ini.
Jom layan resepi pulut durian yang mudah dan sedap ini. Sekali sekala tukar selera pula dengan cara makan pulut durian Thailand..
Pulut Durian Thailand
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
Durian secukupnya
Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan
Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
Sos Santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Boleh agak-agak kepekatan yang disukai. Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.
sedapnye kak .... boleh tiru bab santan tu nampak menarik kami org kedah mkn santan suam ...sedap
BalasPadamOrg utara ..khasnya Kedah ..ada byk versi bila mkn pulut dan durian. Keluarga saya akan ..
BalasPadam1. Kukus pulut dan jadikan santan sbg kuah .. di.mkn dgn durian.Ada yang makan sambil mencubit durian mcm cubit lauk dan ada yg akan meramas durian beserta pulut dan dituang/ campur santan ...
2. Pulut dikukus ..setelah msk di gaul dgn santan dan diperap sebentar supaya santan dan put mesra..kemudian d cedok dan di mkn dgn durian.
3.Pulut ditanak (di madak mcm nasi)dan di mkn dengan durian berkuahkan santan.
4. Pulut lemak ( pulut yg digaul santan dan diperap) di balut daun pisang ..di bakar/panggang kemudian di mkn dgn durian.. ( kami pgil PULUT BATA mungkin krerana bentuknya ..empat segi panjang dan tebal ) Pulut yang dipanggang lambat basi.
Semua versi ahli keluarga sy suka ...
Terima kasih Shaty kerana berkongsikan cara memakan pulut durian versi utara. Teringin nak merasa pulut bata.
PadamAssalamualaikum sis..
BalasPadamSedapnyer pulut durian...
Terliur nih..
http://mummyumardian.blogspot.my/
nampak sedap saya nak try buat laaa
BalasPadamAzie ni org mane yer?? ����
BalasPadamAzie, dah lama teringin nk mkn Santan stail thai ni...Akhirnya jumpa resepi nya..Tq Azie..😊😁. Azie ni org mane yer??
BalasPadamTksh k azie....mmg sedap sgt...bila teringin nk makan blh masak sendiri jer.
BalasPadamtgk gambar pun dah terliur - Azhan
BalasPadamTeliur tengok durian tu.....nyum, nyum, nyum
BalasPadamSedapnya. Terima kasih k azie. Siap dengan pakej tazkirah kat atas entri.
BalasPadamNak masak apa2, saya memang google dan ofkos jumpa blog kak azie. Sungguh banyak pahala...
Sedapnya..dulu² kat kampung selalu org buat kenduri pulut durian
BalasPadam