Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lidah Goreng Berempah


Lidah Goreng Berempah


Saya mulakan dengan sedikit petikan Kuliah Ustazah Suraya bab Asmaul Husna - Ya Khabir. Saya ingin mengambil petikan bab hati dan bibir sahaja. Allah tahu apa dalam hati kita. Tapi kenapa mulut jadi diam membisu untuk berzikir atau meminta apa yang ada dalam hati. Berat mulut untuk menyebut nama Allah atau berzikir atau berdoa. Dikatakan bahawa hati yang lalai tapi mulut sentiasa basah menyebut nama Allah adalah lebih baik dari hati yang berzikir tetapi mulut diam membisu. Perbanyakkan berzikir dengan menyebut nama Allah Ya Khabir sebelum tidur. Allah tahu segalanya walaupun kita tak menyebut hajat kita. Cth, bila terlalu banyak dosa,  sehingga tak tersebut dengan mulut satu persatu. Jadi sebut dan memohonlah dengan nama Allah, Ya khabir. Semoga ianya bermanafaat.



Lidah Goreng Berempah


Sekarang kita masuk bab resepi. Telah lama saya teringin untuk memasak lidah. Tapi setiap kali bertanya di kedai menjual daging, asyik tak ada sahaja kerana dijual bersekali dengan kepala lembu. Pagi Ahad yang lalu, mereka menelefon bertanya jika saya mahu lidah dan juga duri pandan. Saya cepat cepat booking dan terus ke sana untuk mengambilnya. Anak anak kami kecuali Nana, semua sukakan lidah. Kebiasaaannya, saya hanya menggoreng dengan garam kunyit sahaja. Saya suka lidah yang agak garing dan kenyal. Maklum lidahkan lembik sedikit.  Tapi hari ini saya menyediakan Lidah Goreng Berempah dengan menggunakan serbuk kari sahaja.

Jom layan resepi ringkas dan sangat cepat disediakan dan yang penting, sedap rasanya... 


Lidah Goreng Berempah

Lidah Goreng Berempah

Bahan bahan:
250 gm lidah/daging
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak 
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 biji tomato - potong 6
Daun bawang - dipotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis

Bahan hiris:
1 labu bawang besar saiz sederhana
1/2 inci halia 
1 tangkai cili merah & hijau
2 ulas bawang putih 

Cara cara:
Lidah/daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dengan air dalam kuali sehingga lidah/daging empuk. 

Setelah lidah/daging lembut dan empuk, masukkan sedikit minyak dan goreng seketika sehingga agak lidah/dagingnya bergoreng (bukan seperti daging rebus). Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi dan goreng seketika.

Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit dan terbit minyak. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Lidah Goreng Berempah"