London Dan Paris Februari 2016
Dua minggu selepas kembali dari percutian Korea, saya dan hubby keluar bersarapan berduaan. Ketika itu cuti panjang sempena Maulidul Rasul dan juga Hari Krismas. Saya melahirkan hasrat saya yang telah lama terpendam. Saya ingin menjadikan sesuatu yang saya idamkan menjadi kenyataan. Apa yang saya idamkan, biarlah menjadi rahsia saya. Kalau ada yang tahu, kira sama sama tahu sahaja. Tanpa diduga sama sekali, hubby menyokong hasrat saya dan memberikan beberapa cadangan. Keesokannya kami membawa anak anak berjalan jalan di KLCC yang merupakan shopping mall kesukaan saya namun saya tidak selalu berpeluang ke sini kerana hubby dan anak anak tidak suka dengan keadaan jalan yang sesak serta kesukaran mendapatkan parking. Rasanya telah bertahun lamanya kami tidak ke sini. Kali ini, hubby parking di Mandarin Oriental Hotel secara vallet parking kerana hubby memang tidak suka mencari cari parking di KLCC. Jadi hari itu, saya bebas ke sana ke mari singgah di mana mana kedai yang saya sukai. Hubby pula lepak sambil minum sendirian.
Lanjutan dari perbincangan, hubby meminta saya membuat booking penerbangan ke London semasa cuti Tahun Baru China kerana ketika itu, Boy dan Juita sedang bercuti. Pada mulanya saya memang teragak agak dan memberitahu hubby yang saya tidak mahu ke sana dalam masa terdekat kerana kami baru sahaja balik dari Korea. Namun hubby tetap mencadangkan supaya saya pergi juga semasa cuti CNY tersebut. Setelah tiket dibeli, saya mula membuat perancangan tentang jadual perjalanan samada ke Paris dahulu atau London. Kalau diikutkan, saya mahu bertolak terus ke Paris dan balik melalui Heathrow Airport. Rupanya tiket agak mahal jika berdasarkan destinasi yang berbeza.
Walaupun ini bukan kali pertama saya ke Paris dan London namun saya tetap membuat perancangan dan itineri percutian. Kiranya saya bercuti di musim Winter di Korea penghujung tahun 2015 dan musim Winter di Paris dan London pada awal tahun 2016. Kegembiraan yang teramat sangat. Inilah hadiah percutian yang paling mahal yang hubby hadiahkan buat kami. Juga sebagai hadiah harijadi Aween. Walaupun tidak cukup quorum tetapi sekurang kurangnya Boy yang telah lama tidak bercuti ke luar negara dapat menyertainya. Hubby berpesan bahawa ini adalah percutian, bukan shopping trip. Maklum dengan kadar pertukaran ringgit yang teruk, matawang Malaysia yang dibawa tidaklah seberapa berbanding pound dan euro. Kadar pertukaran semasa adalah 6.16 untuk pound dan 4.58 untuk Euro. Kadar diguna untuk auto conversion di sana ialah 6.20 dan 4.80 untuk pound dan euro masing masing. Namun saya bersyukur kerana percutian ini akhirnya menjadi realiti. Kalau mahu ditunggu sehingga ringgit stabil, memang tidak tahu bila ianya akan terjadi.
London dan Paris adalah destinasi percutian yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, malahan dari seluruh pelusuk dunia. Apa yang akan saya catatkan kelak bukanlah sesuatu yang istimewa tetapi lebih kepada catatan percutian buat kenang kenangan pada anak anak kami sahaja. Hanya sebagai ingatan dan kenang kenangan.
salam singgah.
BalasPadamseronoknya dapat bercuti ke london & paris! tak sabar nak baca next entry :)
seronok nyaaaa...
BalasPadamkalau lah suami saya dgn senang hatinya dan dengan tiba2 ajak pergi bercuti di london. fuuuhhh...one day mesti kena jejak juga kaki di london...share banyak2 gambar dan cerita di london ye aunty :)
BalasPadam