Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Melaka Yang Sedap


Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Assalamualaikum pembaca blog Azie Kitchen yang budiman. Sebelum saya meneruskan catatan dalam entri ini, saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa saya telah meletakkan Nuffnang mobiles Ads. Jadi iklan yang dipaparkan akan muncul bila ada melayari blog Azie Kitchen menggunakan mobile phones. Jadi saya berharap, sudi kiranya anda semua singgah dan klik iklan yang dipaparkan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 

Sejak balik dari Melaka, asyik terkenang kenangkan keenakan Asam Pedas Restoran Rahmah di Ayer Keroh yang sangat sedap. Nampak simple dan kuahnya tidak lah terlalu pekat tapi tak tahu apa rahsia sehingga menjadi sangat sedap. Saya siap makan hingga menghirup kuahnya lagi. Isi ikannya pula sangat lembut dan manis. 

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Saya menghantar mesej pada hubby supaya singgah kedai runcit untuk membeli ikan merah. Alhamdulillah, ada rezeki. Ada hanya 2 ekor sahaja. Sampai rumah dah pukul 6.15 petang. Bergegas ke dapur untuk memasak supaya semua dapat diselesaikan sebelum Maghrib. 

Memasak dengan berbaju kurung. Lepas memasak, baju pun berbau ikan. Tapi semuanya berbaloi baloi walaupun memasak dalam keadaan tergesa gesa, kerana hasilnya ialah Asam Pedas yang sangat sedap. 

Saya mendapat resepi ini sebelum ke London lagi, masa tu dah teringin untuk memasak Asam Pedas. Ada juga hajat untuk memasak asam pedas salmon masa di London tapi memikirkan tiada blender jer di sana. Kalau tidak pasti dah berasam pedas di London.

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap
  
Resepi ini saya dapat dari anak buah saya, Farhana yang mempelajarinya dari housemate beliau, Azie yang pandai memasak. Katanya ini adalah resepi turun temurun keluarga Azie yang berasal dari Melaka. 

Setelah mendengar cerita dari Farhana tentang kepandaian dan keenakan masakan Azie, saya meminta Farhana menyalin resepi semasa Azie memasak. Katanya Azie memasak main campak campak jer. Saya meminta anggaran sukatan bahan yang digunakan supaya lauk yang terhasil adalah sama atau hampir sama dengan masakan Azie. Maklum air tangan berbeza beza walaupun menggunakan resepi yang sama. 

Satu yang unik dengan resepi ini ialah penggunaan ketumbar dan jintan manis. Kali pertama saya memasukkan rempah ke dalam asam pedas. Kalau boleh rempah yang ditumbuk sendiri, lebih sedap berbanding dengan rempah serbuk yang dijual. 

Sangat sedap lauk ini lebih lebih lagi menggunakan ikan merah yang isinya sangat lembut yang perlu dimasak sekejap sahaja supaya ianya tidak hancur. Cari ikan yang sederhana saiznya, yang boleh dipotong 5-6 keping. Saya cadangkan anda mencuba resepi ini dan rasakan sendiri kelainannya.

Jom layan resepi yang saya olahkan dari apa yang diberi oleh Farhana kepada saya. Jom layaann...


Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap
Asam Pedas Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong 6 keping atau 5 ekor ikan
5 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah
sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam

Bahan tumbuk:
2 sudu ketumbar biji 
2 sudu jintan manis 

Bahan kisar:
8-9 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar benar garing, masak dan terbit minyak. 

Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan. 

Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Nota:
Jika menggunakan ikan merah, masak sekejap sahaja supaya ikan tidak hancur.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

43 ulasan for "Asam Pedas Melaka Yang Sedap"

  1. wahhhs edapnye...mmg tercari2 resepi asam pedas .....

    BalasPadam
  2. Pekat kuahnya, sedap ni..kalau saya masa makan nasi tu tambah kicap ckit, lagi sedap..

    BalasPadam
  3. Saya pernah bekerja di Melaka. Asam pedas yang disediakan oleh ibu kawan saya sangat sedap. Bila ditanya resepi, ibu kawan saya beritahu dia akan masukkan rempah ikan cap Peladang di dalam asam pedasnya. Tapi rempah ikan tu cuma ada di Melaka sahaja kalau tak salah saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh share resepi yang digunakan.

      Padam
    2. sis boleh guna mana mana rempah kari ikan.. arwah mak saya tambah kerisik utk kuah pekat

      Padam
    3. REMPAH IKAN TU REMPAH APA.....CAP PELADANG EA.NTI SAYA GOOGLE. TQ

      Padam
  4. Slm. T kasih pn Azie krn sudi berkongsi resipi ini..sedap sgt2 umpama mkn di kedai. Saya masak menggunakan ikan jenahak dan di akhir masakan saya tambah daun limau. Thumbs up! Barakah atas pn Azie sekeluarga...

    BalasPadam
  5. mak saye memang guna resepi ni...kalau d kampung, ade 2 jenis..asam tumis dan asam pedas... kalau resepi yang ni dipangil asam tumis...kalau yg xtumis tu, yang rebus je, di pangil asam pedas...itu bab asam tumis n asam pedas...ade lagi 1, jeruk ikan..bukan ikan di jerukkan..tapi dinamakan jeruk ikan...nanti kite bagi..insyaAllah...best tengok akk masak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg rebus dipanggil asam rebus.. asam pedas mesti tumis.. mana boleh tak tumis.

      Padam
  6. Da try mmg sedapp...terbaik la kak azie...mekasih yea..

    BalasPadam
  7. salam, boleh gunakan ikan lain seperti ikan tengiri atau pari dan bawal tak untuk resepi ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole je guna tenggiri.. Saya mmg buat guna tenggiri atau nyok2 pon sedap

      Padam
  8. Kalau tambah daun kesum sesuai tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga jika suka. Kantan ke

      Padam
    2. Xsesuai... Kalau asam pedas biasa xpe... Kalau asam pedas ni jgn guna daun kesum atau bunga kantan tp guna daun limau purut... Baru real... Mak saya org melaka.. Dia ajar saya... Mmg sedap sgt..

      Padam
    3. Kalau Melaka, ramai guna daun limau purut. Tapi asam pedas Melaka pun banyak versi. Ada yg guna bunga kantan dan daun kesum juga. Tak boleh nak claim siapa punya yg ori. Ada orang letak serai, ada yg tk letak. Jadi kita buat apa yang kita rasa sedap di tekak kita.

      Padam
  9. Sal..kak..resepi nie pedas x...?nmpk menarik ..boleh Cuba Hr ni nk buka posa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedas bergantung pada cili kisar yg kita gunakan. Ada cili yg sgt pedas. Boleh tambah atau kurangkan cili ikut kepedasan yg disukai

      Padam
  10. Mohon izin nk Cuba resepi ni....sedap nampaknya.....

    BalasPadam
  11. Slm puan azie kitchen..stakat hri ni..resepi dr blog puan jer yg saya sntiasa yakin nk mncuba... tq so much... sgt byk mmbantu..

    BalasPadam
  12. Slm puan azie kitchen..stakat hri ni..resepi dr blog puan jer yg saya sntiasa yakin nk mncuba... tq so much... sgt byk mmbantu..

    BalasPadam
  13. Mmmm..mmg sedap. Tp klau sudah ltk asam jawa blh ker masukkn asam keping..

    BalasPadam
  14. Ikan pari pn bole kn..sy suka msk guna resepi dr bloq ni, bahan dye xbanyak, xrumit sgt.. Tqvm

    BalasPadam
  15. Ikan pari pn bole kn..sy suka msk guna resepi dr bloq ni, bahan dye xbanyak, xrumit sgt.. Tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Ikan pari, ikan senangin, okan tenggiri, ikan parang. Semua pun sedap. Ikan kembung juga sedap

      Padam
  16. Salam Azie.. nk tanya sukatan sudu tu.. sudu besar atau kecil? Utk biji ketumbar n jintan tu

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Aziae. Terima kasih byk atas resepi2 yg menarik termasuk tazkirah2 yg diberi. Akak nak tanya resepi ni sesuai tak utk masak ikan darat spt keli, haruan dan puyu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh utk semua jenis ikan tapi ikan darat mesti lah dibersihkan mengikut cara yg biasa spt guna asam keping utk hilangkan hanyir

      Padam
  18. Excellent. Sudah cuba sangat sedap. Tapi saya tambah daun kesum byk-byk,belacan sedikit n garam digantikan dengan kiub ikan bilis. Terangkat! TQVM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, tahniah dear. Alhamdulillah.

      Padam
  19. tak letak belacan tak bes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak lah jika suka. saya tak letak kerana allergi

      Padam
  20. Terima kasih kak Azie kerana sudi kongsi resipi

    BalasPadam
  21. Kalau kuah pekat macam kuah kari pun mungkin tak sedap sangat... tetapi yang kuah sederhana x pekat sangat dan x cair sangat... itulah yang agak susah nak buat...satu lagi rasanya pun mestilah sempurna cukup rasa... itulah asam pedas yang terbaik...

    BalasPadam
  22. Assalam puan..kalau ikan kembung/selar boleh ke utk asam pedas ni?

    BalasPadam
  23. Rasanya kalau x ada bunga kantan n daun kesom or belacan kurang kit asam pedasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada pelbagai resepi asam pedas. Ads yg guna bunga kantan dsn kesum. Ada yg guna belacan. Tapi saya jarang guna belacan kerana anak anak saya tidsk boleh makan belacan.

      Padam
  24. 5 sudu cili kering kisar tu berapa banyak cili kering ye?? Kalau nak tambah pedas lg..kena letak brapa byk cili??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cadangkan kisar cili kering secara berasingan. Masukkan dulu 5 sudu. Kemudian boleh rasa. Jika kurang pedas, tambah sedikit demi sedikit. Kepedasan ikut citarasa masing masing. Anak saya tak suka pedas. Jadi saya kurangkan cili kisar

      Padam
  25. Sedap sgt..br sudah masak asam pdas ikn bawal emas resepi kak azie.tqvm kak

    BalasPadam
  26. Tq sahabatku saya akan cuba resepi ni.minta halalkan semua resepi yg telah saya buat.

    BalasPadam
  27. Salam Azie, utk biji ketumbar dgn jintan manis guna sudu kecik atau besar

    BalasPadam