Korea Day 1 Part 4 Ikan Bakar Dongdaemun
Ini adalah salah satu tempat makan yang wajib dikunjungi oleh pelancung dari Malaysia yang bercuti di Korea. Ini adalah berdasarkan saranan banyak blog dek keenakan ikan bakar yang terdapat di situ.
Ikan yang biasa digunakan adalah ikan mackerel dan juga sejenis ikan yang mempunyai rasa seperti ikan terubuk. Tulang di bahagian tengah telah dibuang, memudahkan untuk kita menikmatinya.
Ikan yang biasa digunakan adalah ikan mackerel dan juga sejenis ikan yang mempunyai rasa seperti ikan terubuk. Tulang di bahagian tengah telah dibuang, memudahkan untuk kita menikmatinya.
Dari Myeongdong subway station, kami ke Dongdaemun Station line 4 dan keluar exit 8. Kaki dah tak larat memanjat tangga yang tinggi tinggi, maka terpaksalah saya menunggu lift yang penuh dan padat dengan warga emas Korea. Manakala Juita dan Aween naik menggunakan tangga. Dari subway exit 8, kami berjalan mengikut arah yang diberi seperti berikut:
- Berhenti di Dongdaemun Station Exit 8;
- Boleh juga keluar ikut Dongdaemun Underground Shopping Centre Exit 2;
- Jalan ke hadapan dengan Marriot Hotel sebelah kanan. Belok kanan dengan Marriot Hotel sebelah kanan dan Cheonggyecheon Stream sebelah kiri;
- Jalan terus ke hadapan sehingga jumpa simpang yang pertama yang ada patung besar manusia di sebelah kiri;
- Belok ke kanan jalan terus sehingga nampak kedai ikan bakar di sebelah kiri;

- Masuk simpang ke kiri, ada banyak kedai makan ikan bakar. Saya memilih kedai yang dikunjungi ramai blogger dari Malaysia dengan berpandukan nama kedai dan gambar kedai yang telah saya cetak terlebih dahulu.
Yang sebenarnya kami telah terlajak jalan bila tak perasan, bridge yang ada patung manusia besar separuh badan. Saya menghitung dan mencari bridge kedua. Dah lah kaki sakit, kenalah pulak berpatah balik. Sebenarnya tak susah nak mencari tempat ini, jika ikut direction yang betul.
Semasa nampak jer kami, Ahjumma terus bertanya Malaysia Malaysia dan mengajak kami masuk. Kebetulan di bahagian bawah telah penuh, jadi kami naik ke tingkat atas. Yang leceh sedikit bab nak menanggalkan kasut boot. Tapi lega kerana dapat duduk berlunjurkan kedua dua kaki. Hilang kepenatan betis yang dah sampai tahap dewa.
Memang sedap ikan bakar ni terutama ikan yang dikatakan mempunyai rasa seperti ikan terubuk. Saya pun tak tahu nama ikan itu. Jadi saya bawa gambar siap siap yang diambil dari blog. Menurut seorang pekerja kat situ, ianya adalah spesis ikan mackerel juga.
Jangan tak tahu, saya bawa botol kicap lemak manis kecil semata mata untuk dicicah dengan ikan bakar di sini. Hahaha maklumlah saya belum pernah lagi makan makanan Korea. Jadi kot kot lah tak kena pada tekak, adalah juga perisa masakan Malaysia yang boleh membantu membangkitkan selera.

Di situ juga saya bertemu dengan pasangan dari Malaysia yang suaminya sedang mengikuti kursus selama 6 bulan di Korea. Saya lupa nama beliau walaupun sempat bergambar. Aduhaai, boleh lah macam tu.
Katanya dia pun ada mengikuti blog Azie Kitchen bila saya memperkenalkan diri saya sebagai Azie. Kos untuk makan ikan bakar kami 3 beranak adalah 21,000 won. Kira ok lah untuk 2 ikan dan 1 sotong pedas. Side dishes semuanya diberikan percuma.

Di belakang itulah, lorong masuk ke deretan ikan bakar Dongdaemun yang sangat terkenal. Kedai ini hanya menjual ikan bakar dan sotong sahaja. Tiada menu lain di sini...
saya selalu folo cerita akak ni.. bestnya korea... :)
BalasPadamSaya ada soalan. Ada yg cakap xhalal ada yg cakap halal. Kedai yg mana 1 yg xserve pork and alcohol?
BalasPadamSaya tak pasti. Mana ada kedai status halal di sana. Yang ada hny di Malaysia. Kedai yg saya masuk hanya jual ikan bakar dan sotong sahaja.
Padam