Daging Kambing Masak Hitam Terbaik
Dari masa ke semasa saya diberi peringatan oleh ustaz ustaz yang mengajar bahawa baki umur kita tidak banyak lagi, jadi perbanyakkan lah melakukan amalan soleh dan kebaikan. Iman seseorang memang ada up and down dan mudah dibolak balikkan. Jadi memang kita perlu diberi peringatan dari masa ke semasa. Dalam masa sekarang kita perlu menpunyai ramai sahabat yang bukan sekadar kawan. Ada bezanya antara sahabat dan kawan.
Hari ini saya ingin kongsikan apa yang saya lihat berkenaan status sosial. Ya yang kaya bersama yang kaya, yang berpangkat bersama yang berpangkat. Golongan bawahan bersama golongan bawahan. Teringat arwah bapa yang suka mengusik anak anak muda di kampung, dengan kata kata apa nak risau, yang comel sama yang comel, yang tak comel sama tak comel. Comel tu kalau di Kelantan bermaksud cantik yang bukan sahaja terpakai untuk anak anak kecil tapi juga orang dewasa. Arwah Bapa memberi motivasi secara berlawak supaya kalau tak lawa pun, jangan rasa rendah diri, pasti ada jodoh yang sesuai. Lebih kurang gitulah maksudnya.
Berbalik pada status sosial, citernya malam tadi, semasa melayan facebook, saya terpandang majlis perkahwinan anak seorang ternama yang saya kenali dari kejauhan. Saya pernah melihat cincin 3 biji solitaire diamond dipakai isterinya dalam satu majlis yang rasanya melebihi 5 karat. Majlis perkahwinan sebelah menantunya yang dipaparkan oleh sahabat sahabat besannya boleh digambarkan glam meriah dengan tetamu dari golongan berkedudukan yang berpakaian anggun termasuklah Dato Siti Nurhaliza. Jika saya, pasti yang diintai adalah pakaian dan handbag yang dibimbit oleh tuan rumah dan tetamu wanita. Selepas melihat gambar gambar tersebut, saya terfikirkan bahawa Ya, golongan atasan layak berbesankan golongan atasan juga, barulah tiada jurang sosial antara mereka.
Kesimpulan ini dibuat setelah mengingati kembali perbualan dengan seorang kawan dari Shah Alam yang memberitahu bahawa beliau sangat bersyukur dikurniakan besan yang sangat sporting dan kiranya menpunyai persefahaman serta setaraf. Bukan maksudnya saya memandang serong pada golongan kaya. Tidak sama sekali. Tidak salah untuk hidup kaya raya, malah dengan kekayaan kita boleh membuat banyak kebaikan dan amal jariah juga. Ada juga mereka yang sangat baik dan merendah diri. Persamaan status sosial memudahkan urusan. Cuma, Ya setiap orang mengharapkan yang terbaik tetapi jodoh pertemuan ditentukan Allah. Bila sampai jodoh, pasti dibukakan hati dan dipermudahkan segalanya.
Begitulah harapan saya buat anak anak yang nampaknya belum ditemukan jodoh. Manusia dilahirkan secara berpasang pasangan, jadi belum diketemukan. Jika sudah jodoh, ikan di laut asam di darat, dalam kuali pasti bertemu. Hmm puas juga memujuk hati supaya tidak terpesona dengan perhiasan dunia tetapi kejarkan apa yang akan ditempuhi selepas kematian. Kiamat pasti berlaku, samada kiamat kecil yang berlaku dengan kematian atau kiamat sebenarnya. Malam tadi semasa mengaji dan tadabbur surah 43-45, jelas banyak kali peringatan diberi di dalam Al Quran tentang hari kiamat, pembalasan atas setiap perbuatan di dunia serta azab menanti pada manusia yang engkar dan lalai. Mungkin anda dapat membaca betapa celarunya saya memerangi perasaan sendiri dan mengimbangi antara keinginan dan nafsu serta tuntutan agama. Akhirnya malam tadi saya memohon Allah memudahkan saya memiliki apa yang saya impikan di saat ini supaya saya lebih tenang dan gembira menjalani hidup seharian bila impian menjadi kenyataan.

Sekarang kita beralih bab resepi pula. Sekali lagi saya kongsikan resepi yang sahabat saya pelajari dari Bonda Chef Wan yang sangat sedap. Kali ini, ianya menggunakan daging kambing korban yang masih belum sempat dimasak sebelum ini. Sangat sedap walaupun dimakan dengan telur dadar dan Acar Timun Masak sahaja.
Boleh klik di SINI untuk resepi Acar Timun Masak. Hanya gaul gaulkan daging kambing dengan nasi putih, cukup berselera walaupun tidak ada lauk berkuah lain. Hanya cukup dengan kuah kicap yang melekat di daging sahaja.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Boleh klik di SINI untuk entri Daging Masak Hitam yang saya sediakan sebelum ini.
Daging Kambing Masak Hitam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging kambing
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan
Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - guna 3 sudu besar cili kisar
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
assalamualaikum Azie,
BalasPadamnampak menyelerakan lah kambing tu
boleh try suatu hari nnt
kena cari kambing dulu lah ni
Suka baca blog kak azie. Nak cari resepi, dapat ilmu lain sekali.
BalasPadamTerima kasih:-)
BalasPadamsalam kak,, hari raya qurban mmg banyak dapat daging,
BalasPadamblog akak rujukan saya,terima kasih kak keraana sediakan resepi yang mudah untuk saya belajar.
kalau tak keberatan boleh la melawat blog kami,,
sambalbelacan.com
Saya dah beberapa kali try resepi ni. Alhamdulillah memang sedap. Ni antara menu favorite suami sy sebab dia suka kambing. Terima kasih Puan Azie
BalasPadamAssalamualaikum sis.klo xmsk buah keras blh?
BalasPadamwsl. Boleh jer
PadamAssalamualaikum sis..
BalasPadamResepi tu.. selain kicap jalin bolh ke?
Buah keras x ltk blh ke?
Assalamualaikum sis..