Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Sedap
Terdapat banyak versi untuk menyediakan nasi goreng. Guna sahaja kreativiti samada nak guna cili kering atau cili padi atau cili merah. Begitu juga bahan bahan lain yang ingin diguna seperti daging, ayam, makanan laut, ikan bilis dan juga telur. Semuanya terpulang pada kita. Begitu juga dengan sayuran, boleh guna apa sahaja yang disukai seperti kubis, kacang panjang atau kangkung. Maknanya semuanya ikut suka hati masing masing. Saya pun selain mengikut apa bahan yang ada di rumah, saya ikut gerak hati. Ada kala, saya tumbuk bawang, ada kala saya hiris sahaja. Jadi sesiapa pun boleh menyediakan nasi goreng yang sedap. Celoteh celoteh kosong begini bukan lah untuk sifu sifu tetapi untuk anak anak yang baru belajar memasak atau anak anak yang baru melangkah ke alam perkahwinan.
Nasi goreng saya hari ini sangat sedap walaupun menggunakan nasi yang baru dimasak dan terlembik kerana menggunakan beras baru. Nasi siap masak, terus diceduk dan masuk ke dalam kuali. Jadi jangan pandang pada rupa. Saya makan bersama Boy dan Aween menambah nambah juga lah. Lebih lebih lagi dimakan dengan Ayam Goreng Berempah Madu yang sangat sedap sehingga Boy menanyakan apa yang bau sangat sedap itu, ketika ianya sedang digoreng. Untuk memasak nasi goreng, seeloknya menggunakan nasi sejuk yang mungkin dimasak malam sebelumnya. Barulah cantik berderai nasinya.... Saya memasak dalam keadaan tergesa gesa kerana Boy yang mengambil saya dari pejabat.
Dalam perjalanan balik rumah, singgah kedai runcit membeli barang yang diperlukan dan balik bekejar untuk memasak. Pertama kerana Boy hendak pergi ke rumah sewanya di Shah Alam sebelum memulakan pengajian semester baru pada hari Isnin 7 September. Tahniah buat Boy. Mama bangga dengan keputusan yang Boy perolehi. Keduanya, biasalah bagi blogger cahaya adalah sangat penting untuk mengambil gambar. Jadi jika siap memasak waktu telah malam atau telah gelap, maka agak mengecewakan kerana gambar yang terhasil memang tidak cantik. Ianya berbeza dengan blogger yang memang tidak bekerja di pejabat. Mereka boleh memasak, mengambil gambar dengan pelbagai prop yang cantik bila bila masa sahaja yang sesuai cahayanya. Sedang saya selepas memasak, ceduk ke dalam pinggan, ambil gambar dan terus makan. Tiada kosmetik bagai lah, semuanya real giteww....

Boleh rujuk di SINI untuk nasi goreng Ikan bilis yang saya sediakan sebelum ini. Pendek kata, nasi goreng ala ala kampung yang diletak ikan bilis memang menambat hati saya. Jika suka, boleh juga diletakkan sedikit belacan seperti seperti Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah di SINI. Jom layan resepi mudah tetapi sedap ini. Layaann...
Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 biji telur
Sayur kubis/kacang panjang
Garam
Cara cara:
Tumbuk bawang bawang dan cili cili sehingga hancur sebelum dimasukkan ikan bilis. Tumbuk kasar.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan kacang panjang dan kacau seketika supaya tidak terlalu lembik. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Biar telur agak masak dan dikacau rata.
Kemudian, masukkan pula nasi. Kacau sehingga rata dan taburkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Nota;
Boleh juga ikan bilis digoreng berasingan sehingga garing. Tabur di atas nasi yang telag siap digoreng.
lagi pedas..laaaagi sedap..
BalasPadamWalaupun menu simple dan biasa, tapi gaya persembahan kak Azie,
BalasPadambuat saya teringin nak makan nasi goreng ni.. hihi :)
sedapnya! membuatkan saya nak masak nasi goreng pagi ni :)
BalasPadamsedapnye. Anak saya tak suka pulak ikan bilis.
BalasPadamMmg sedap.. sy dh try.. sy garingkn btol2 tumisan tu baru masukkan nasi.. mabelesss...
BalasPadamTerbaik sis
BalasPadamboleh try ni.mmg terbaik
BalasPadamNk try pg nih
BalasPadamDah try mmg sedap...mmm
BalasPadamSEDAP..TQ SIS
BalasPadamSdp nya..nk try la..
BalasPadamsetiap kali taip any resepi mesti tgok yg azie kitchen punya blogs..banyak ilmu sy dpt..terima kasih azie kitchen..
BalasPadambaru nak try,,thak you kak azie untuk resepi
BalasPadamI'LL TRY YOUR RECIPEE... TQ AZIE...
BalasPadamMmg sedap. Ikan bilis, bawang, cili padi dan belacan...dah cukup perisanya. Tq Azie
BalasPadamBetul sis. My feveret food is nasi goreng
PadamTerima kasih bagi idea buat nasi goreng ni. Mmg sedap bila dah campur bilis dgn bawang2.
BalasPadamBila nk msak pe2 je mst sy akn view resepi azie kitchen lu...resepi2 akk mmg terbaik...tq
BalasPadamBila nk msak pe2 je mst sy akn view resepi azie kitchen lu...resepi2 akk mmg terbaik...tq
BalasPadamBila nk msak pe2 je mst sy akn view resepi azie kitchen lu...resepi2 akk mmg terbaik...tq
BalasPadamSalam kak azie byk sgt resepi akak yang saya dah try. Semua sedap! Pagi ni nak goreng nasii yg tinggal semangkuk kecik hehe. Terima kasih kak!
BalasPadamtq for your recipe kak azie.
BalasPadamResepi Premium Untuk Orang Asia
Sedapnya nasi goreng
BalasPadam