Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap


Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap


Telah lama saya ingin menyediakan lauk sambal dengan menggunakan cili merah. Kalau biasa sambal dimasak menggunakan cili kering yang dikisar sahaja. Maklumlah lebih jimat menggunakan cili kering. 

Harga cili merah hidup sekarang memang sangat mahal. Saya dicadangkan mencuba memasak Sambal Tumis Ikan Bilis dengan menggunakan cili merah hidup yang memberikan rasa yang sangat sedap dan berbeza dengan cili kering. 

Bahan bahan dan cara penyediaannya adalah sama. Cuma untuk memasak sambal ikan bilis, boleh dimasukkan sedikit belacan bakar, jika suka. 

Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap

Sangat sedap Ayam Berlada Cili Merah ini sehingga Aween makan meratah ratah kerana tak sabar menunggu nasi masak. Saya menyediakan lauk ini untuk Aween kerana kami ada jemputan majlis perkahwinan anak sahabat kami di Kampung Jawa Shah Alam.

Jom layan resepi mudah dan sangat mengancam ini dulu. Selain makan dengan nasi, lauk ini juga sedap dimakan dengan roti. Resepi saya ambil dari SINI. Jika apa yang saya kongsikan ini sedap pada selera semua, berikan pujian ini pada Allah SWT kerana hanya Allah yang berhak dipuji. 

Apa yang menjadi adalah kelebihan dan kasih sayang Allah yang memberikan ilmu dan resepi untuk kita memasak. Kita tidak layak dipuji sesama hamba, hanya Zat Allah yang berhak atas segalanya....


Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap

Ayam Berlada Sedap

Bahan bahan:
½ ekor ayam - lumur garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato buah - cincang dadu
2 sudu besar gula
1 - 2 sudu kecil garam 
1 asam keping/air asam jawa

Bahan Kisar Kasar:
10 batang cili merah
5 tangkai cili padi - opsyenal
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga separuh atau ¾ masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa/ asam keping, gula dan garam. 


Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap

Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap


Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak, baru dimasukkan bawang mayang bulat. Sesuaikan rasa. Bila kuah lada terbit minyak dan bawang layu, bolehlah diangkat. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan dengan roti.


Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Ayam Masak Berlada Yang Serius Sedap"

  1. Memang sedap kalau guna cili merah, saya pernah cuba.. tak nyesal punya.. masa tu sebab cili kisar saya habis dan saya tak ada pilihan lain..cili merah saya gunakan hehehe...

    BalasPadam
  2. Nur suke follow resepi azie..semuanya sedap2 dan mudah dan sediakan ;)

    BalasPadam
  3. Macam sedap jer nak cuba lah ari ni

    BalasPadam
  4. Baru habis masak ayam berlada sedap...Alhamdulillah...mmg SEDAP dan LAZAT!Terima kasih pd Azie Kitchen krn sudi kongsi resipi ni.Rekomen cubalah resipi ni.

    BalasPadam
  5. Salam kak zie sye dh try resepi ni..mmg terbaik lah..sume suke.😉😉😉

    BalasPadam
  6. sedap sgtt!!semua duk nambah2 makan.alhamdulillah..terima kasih kak azie.sy mmg xpandai memasak tp sy suka mencuba utk memasak.sedap tak sedap no 2.luv u lah kak!!

    BalasPadam
  7. Sdap gle..ni kali ketga sy buat ..nyum2

    BalasPadam
  8. Nak tanya...Cili merah tu utk gantikan cili kisar, atau kedua duanya perlu digunakan dlm masakan ini?

    BalasPadam