Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap


Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap


Ini adalah entri tertunggak sebelum raya lagi. Terpaksa bagi laluan pada menu untuk hidangan raya. Sekarang dah agak lapang, bolehlah diletak entri ini. Bak kata Ustaz Johari, Nabi Muhammad SAW tidak menyebut bila masa untuk melakukan puasa 6 di bulan Syawal. Hanya disebut dalam bulan Syawal. Tidak seperti puasa lain yang dinyata secara spesifik. Jadi bila masa sebaiknya? Hari raya kedua kah, atau hari Isnin kah? Kata Ustaz, para ulamak berpendapat yang masa sebaiknya ialah apabila apabila keriangan raya seseorang telah mulai pudar. 

Jadi sebab keriangan raya saya dah mula pudar, saya mahu kongsikan resepi Bendi Goreng dengan Telur. Saya menyediakan Sambal Tumis Udang dengan Petai di SINI dan juga Bendi Goreng bersama Telur untuk hidangan berbuka puasa hari Juita balik bercuti raya sebagai memenuhi permintaan dia. Memang bendi goreng telur adalah antara lauk kesukaan Juita yang gemar meratah ratah sayuran. Dari ramai anak anak saya, hanya Juita yang lebih sikit makan bab sayuran. Yang lain, hmm semua tak suka, termasuklah yang cik Doktor tu. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Ada macam macam cara menyediakan Bendi Goreng Telur, ada yang diletakkan udang kering atau ikan bilis. Tapi saya guna cara biasa yang lebih ringkas.


Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Hubby bertolak sebelum subuh lagi bersama Boy untuk mengambil Juita balik sempena cuti raya. Semasa kembali ke kolej, hubby telah mengambil tiket penerbangan Malindo untuk Juita dan saya sekali. Memang selama ini, saya tak tahu kalau airport Kerteh agak besar. Sesampai di sana, hubby menyewa kereta untuk menghantar Juita ke asrama. Agak sukar untuk mencari kedai makan, nasib baik ada gerai di kawasan RTC yang dibuka. Sedap sungguh keropok lekor goreng panas panas di situ. Selepas itu, kami balik ke bandar Kerteh untuk mencari hotel penginapan. Akhirnya kami menginap di Kerteh Damansara Inn yang merupakan rumah banglo yang dijadikan hotel penginapan. Keesokan hari, pagi pagi telah bertolak ke airport untuk balik KD. 

Jom layan resepi mudah dan sedap di bawah ini...


Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Serbuk perasa

Bahan tumbuk:
3 cili merah - dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan perasa. Agak agak bendi dah separuh masak bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.

Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan boleh lah ditutup api.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap"

  1. nmpk sedap!boleh cuba nnti...saya pun ada resepi dari bendi ni..tapi lain skit dr puan..salam kenal dari saya ua dr housewifearts.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Masakan simple2 mcm ni mmg menarik...

    BalasPadam
  3. Ooh nampak sedap. Boleh jamu kawan2 nak dtg mkn esok..

    BalasPadam
  4. please someone translate this into english ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. You can use the google translate and the bottom of right hand side. But must use the web version. Can choose any preferred language.

      Padam
  5. Hari ni Mira nak try yang nie..
    Selalu mira masak letak ikan bilis, cili merah, bawang merah dan bawang putih.. tumbuk dan tumis..

    Hari ni nak try yang letak telur pulak..

    Kalau sedap leh jadi menu ulangan.. hehehe

    Tq for the resipe ye kak.

    Ni blog Mira.
    Baru je berjinak-jinak dengan blog.
    Blog more towards kesihatan.

    Jemput ye jalan-jalan.
    www.jomhidupsihat.com

    BalasPadam