Majlis Perkahwinan Dalam Taman
Penuh kesederhanaan tapi sangat meriah. Begitulah yang boleh disimpulkan mengenai majlis menyambut menantu Datuk Ibrahim Fadzil dan Datin Nik Junainah di Melaka. Inilah kali pertama kami menghadiri majlis perkahwinan secara seated yang diadakan di rumah. Perkahwinan berkonsep garden wedding dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dari band jemputan dikhususkan untuk keluarga dan teman rapat. Manakala majlis keesokan hari nya adalah untuk tetamu dan jemputan lain.
Oleh kerana majlis berlangsung sebelah malam, kami telah bertolak dari rumah selepas solat Zohor. Kami mengambil bilik di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh untuk bersolat dan bersiap. Dato' Salehuddin Saidin dan famili juga mengambil bilik di situ. Selepas solat maghrib, kami berangkat bersama sama. Sahabat kami, Saudara Finar sedia menanti di sana. Majlis perkahwinan ini sangat elegance dengan dekorasi yang menarik. Pakaian Datin Nik dan anak anak juga sangat glam sesuai sebagai hos majlis. Tahniah atas perkahwinan putera dan semoga mereka sentiasa di dalam kebahagiaan.
Selepas majlis, kami bergambar sebagai kenang kenangan. Majlis ditinggalkan dengan seribu kenangan manis. Yang lebih utama ialah persahabatan yang tetap terjalin utuh selepas lebih 30 tahun. Tambah menarik, Dato Salehuddin, Datuk Ibrahim dan kami adalah 3 pasangan yang percintaan terjalin di Kolej Ketiga Universiti Malaya. Alhamdulillah selamat tiba di rumah pukul 1.00 pagi. Gembira dapat meraikan majlis sahabat sahabat dan tumpang gembira apabila melihat sahabat gembira.
Catat Ulasan for "Majlis Perkahwinan Dalam Taman"
Add your comment