Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry


Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry


Saya menyalin resepi Cream Puff dengan French Cream Choux Pastry dari majalah Going Places oleh penerbangan Malaysia Airlines bulan Oktober 2014 semasa dalam penerbangan ke Hong Kong. Resepi kuih yang menjadi feveret keluarga diraja ini dikongsi oleh Raja Badariah Redzwa yang terkenal sebagai pembuat pastri diraja. 

Apa yang menarik hati saya ialah ketelitian beliau dalam menyediakan kuih pastri bersaiz mini sebagai hidangan diraja. Banyak resepi diperolehi dari kelas kelas masakan yang beliau pelajari di Hong Kong. 

Saya boleh membayangkan keenakan memakan seketul kuih yang bersaiz mini kerana saya sendiri tidak suka makan kuih yang berderai sewaktu digigit. Alangkah seronoknya jika ianya terus disuap dan dikunyah dengan perlahan lahan untuk menikmati keenakannya.



Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry

Bayangkan semasa bercuti dan berehat di bilik hotel 5301 di L' Hotel Nina Hong Kong, saya masih sempat menulis dan membuat terjemahan resepi ini kerana sangat sangat teruja dan tak sabar untuk mencubanya sebaik kembali dari percutian di Hong Kong. Untuk percutian saya ke Hong Kong, boleh klik di SINI. Hari pertama selepas balik, saya membuat Kuih Tart Nenas, boleh klik di SINI

Setelah berbulan bulan lama, barulah tercapailah cita cita saya untuk membuat kuih Cream Puff.  Itupun kerana saya sangat sangat kesepian keseorangan di rumah ini. Hanya berdua dengan Aween yang berkurung belajar di bilik. Saya pulak, lepas tidur, bangun mengaji sambil taddabur, kemudian mengaji, kemudian tidur lagi. Begitulah selama 2 hari. 

Hendak memasak pun terasa macam tak berbaloi. Tapi untuk resepi hari ini, saya telah bertukar fikiran dengan menggunakan resepi choux pastri dari Joy Of Baking. Itupun setelah menonton youtube Joy Of Baking berkali kali di SINI. Tak jadi untuk menggunakan resepi Raja Badariah. Insha Allah lain kali boleh cuba resepi beliau. 

Memang heaven cream puff menggunakan resepi ini yang digandingkan dengan fresh Cream sebagai filling. Saya sertakan juga resepi French Cream Raja Badariah sebagai alternatif kepada anda semua. Sangat world, macam tagline Mawi suatu ketika dulu. Sedap dengan setiap ketul cream puff yang rangup, lompang di dalam dan diisi pula dengan cream dan dilapisi  pastri yang diayak dengan gula ising. Kulit choux pastri kelihatan seperti sayur kubis di mana istilah choux dalam bahasa Peranchis membawa makna kubis atau cabbage. Kulit yang sempurna mestilah berlompang dan cukup kering di dalamnya. Jika ada bahagian yang kelihatan lembut, boleh dicubit keluar sahaja.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat mudah menyediakannya dan lebih menjimatkan jika dapat menyediakannya sendiri....



Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry

Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry

Choux Pastry:
½ cawan (65 grams) tepung serba guna
½ sudu kecil gula halus
¼ sudu kecil garam
¼ cawan (4 sudu besar/57 grams) unsalted butter - potong dadu
½ cawan (120 ml) air
2 biji telur gred A - pukul sedikit

Glaze:
1 biji telur gred A - pukul sedikit

Hiasan:
Gula ising

Choux Pastry:
Panaskan oven pada suhu 200C. Lapik loyang dengan baking paper atau menggunakan loyang yang di spray sedikit minyak.

Di dalam mangkuk, ayak bersama tepung, gula dan garam. Ketepikan.

Masukkan butter dan air ke dalam heavy saucepan di atas api sederhana sehingga mendidih. Pastikan butter telah cair sebelum air mendidih. Angkat saucepan dari dapur dan dengan menggunakan spatula kayu, tuang adunan tepung sekali gus dan kacau sehingga sebati.







Letakkan semula di atas api dan terus dikacau dalam 1-2 minit atau sehingga ia menjadi adunan yang tidak melekat di periuk. Tujuannya juga supaya air tadi menjadi sedikit kering dari adunan.




Masukkan adunan ke dalam mixer dan diputar dengan kelajuan perlahan dalam 1 minit. Bila doh telah suam kuku, tuangkan telur sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga menjadi adunan doh. Doh akan jatuh bila dituang menggunakan sudu membentuk tanduk. Tak perlu habiskan jika doh telah sesuai kelembutannya.

Menggunakan 2 sudu, sudukan atau paipkan menjadi 12 biji doh atas baking paper dengan jarak 2 inci setiap satu. Dengan menggunakan berus pastri, lumur permukaan atas doh dengan telur yang telah dipukul untuk menghasilkan warna keemasan yang cantik. Namun pastikan telur tidak meleleh jatuh ke atas loyang bagi mengelakkan bawah pastri menjadi hangus semasa dibakar.

Bakar selama 15 minit pada suhu 200C bertujuan untuk pastri naik dengan cepat. Pastikan semasa 15 minit pertama, jangan dibuka pintu oven. Kemudian suhu dikurangkan ke 180C dan  bakar lagi selama 30-35 minit atau sehingga berwarna keemasan. Boleh ambik sebiji dan dibelah untuk melihat jika ianya telah benar benar kering bagi mengelakkan ianya menjadi kempis ketika sejuk. Tutup oven dan keluarkan loyang.

Cucuk cucuk di bahagian tepi dengan pisau dan jika masih ada yang belum kering, masukkan semula ke dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka. Biarkan pastri benar benar sejuk dan kering di dalam oven. Jika ada bahagian yang masih lembab, boleh dicubit keluar.



Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry



Setelah pastri sejuk, pastri dibelah dua dan diisi dengan inti krim putar samada menggunakan sudu atau dipaip dengan piping bag. Untuk mendapat pastri yang rangup, isikan krim putar sebelum dihidangkan.



Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry


Pastri bahagian atas diayak dengan sedikit gula ising sebagai hiasan dan letak di atas krim putar. Jika suka pastri yang sedikit lembut, boleh sediakan beberapa jam sebelum dihidangkan, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk.



Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry

Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry



Nota:
Jika ada lebihan, balut cream puff dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk. Atau masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga 1 bulan. Sebelum dihidang, defrost dengan dipanaskan dalam oven 180C selama 5-7 minit sebelum dimasukkan cream. Jika telah diletakkan cream, cream puff hendaklah disimpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari. Lebih sedap dimakan pada hari di mana cream diletakkan.


Krim Putar

Bahan bahan:
1 cawan (240 ml) heavy whipping cream atau double cream
½ sudu kecil pure vanilla extract
1 ½ sudu besar gula halus atau secukup rasa

Cara cara;
Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream, vanilla extract dan gula. Kacau sebati. Tutup dengan plastik dan sejukkan mangkuk serta whisk di dalam peti sejuk selama 15 minit. Setelah sejuk, putar sehingga ianya kembang dan kental bertanduk.


French Cream Raja Badariah

Bahan bahan:
1/3 cawan gula kaster
¼ cawan tepung kastard
1 cawan susu segar
 sudu kecil garam
½ sudu kecil esen vanilla
3 biji kuning telur - pukul seketika
3 sudu besar mentega
1 ketul mentega - 200 gram

Cara cara:
Satukan gula, garam, tepung kastard dan susu di dalam periuk. Sambil dikacau menggunakan whisk, masak menggunakan api sederhana.

Apabila adunan telah pekat, masukkan telur dan terus tutup api. Terus dikacau sehingga adunan pekat seperti riben.

Masukkan 3 sudu besar mentega dan esen vanilla. Kacau rata. Tutup periuk dengan glad wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Putar mentega dan masukkan ke dalam adunan kastard yang telah sejuk sebanyak 1 sudu besar setiap kali sehingga habis. Sedia untuk digunakan.

Dengan menggunakan piping bag, pipe menggunakan corak yang disukai ke dalam pastri cream puff yang telah dibelah dua. Masukkan ke dalam cawan kertas dan akhir sekali ayak gula ising sebagai hiasan.



Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry "

  1. Sedapnya...cream puff kegemaran sy juga. sy br cuba buat Japanese crispy cream puff.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak azie
    Terima kasih kerana berkongsi resipi.

    Saya berjalan jalan di blog kak dan terjumpa resipi "vanilla-butter-cake"

    Vanilla extract dlm resipi tu sama ke dengan esen vanila? Biasanya ada jual di mana vanilla extract tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vanilla extract lagi pekat dan harga pun lebih mahal. Kalau tak ada, blh jer guna esen vanilla.

      Padam
  3. Cream puff kegemaran anak-anakku...

    BalasPadam
  4. Whipping cream tu yg anchor uht whipping cream ke atau non-dairy whipping cream ?

    BalasPadam
  5. Puan azie..
    sy amira..
    skrg sy tgh blja membuat cream puff..
    Putar mentega dan masukkan ke dalam adunan kastard yang telah sejuk sebanyak 1 sudu besar setiap kali sehingga habis. Sedia untuk digunakan.

    Tlg bg pencerahan..sy kurang paham..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Yang mana yg tak faham. Sebab rasanya telah jelas. Maksudnya masukkan mentega tu jgn sekalj gus. Masukkan 1 sudu besar sekali masuk ke dalam adunan kastard

      Padam
  6. Salam... Saya dah buat tadi... Masya Allah.. Terima kasih sis sharing resepi ni.. Mmg menjadi. Tqsm

    BalasPadam
  7. kalau takde whipping cream, boleh guna cooking cream ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cooking cream tak blh kembang. Mesti kembang macam orang buat inti durian. Ala lupa lak nama kuih tu

      Padam
  8. Kalau ganti susu segar pd susu sejat blh tak-lyeen sg besar

    BalasPadam
  9. Askm. Sy beli puff yg sudah dimasukkan cream pd sebelah pagi dlm Kotak kertas(Kotak kek). Jika jamuan pd sebelah petang, apalah cara TERBAIK utk kekalkan kesegarannya? Adalah biar dlm Kotak Dan masukkan dlm chiller atau tukar bekas kedap udara Dan masukkan dlm chiller? Atau masukkan dlm freezer. Manakah cara TERBAIK.. Buntu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau utk makan petang masuk dalam chiller pun ok. Dalam kotak yg ditutup rapat. Sekejap shj pun. Dalam freezer jika utk dibeku dan disimpan dalam tempoh yg lama

      Padam
  10. Jika dah bubuh krim waktu pagi, elok simpan dlm chiller atau freezer utk rasa yg Segar utk mkn sblh petang? By uh dlm Kotak kek OK tak? Ke kena tukar bekas lain?

    BalasPadam
  11. Cara simpan TERBAIK: dlm chiller atau freezer, dlm Kotak kek atau bekas kedap udara?

    BalasPadam
  12. Salam. Nak tanya. 3 telur dlm resepi choux pastry utk apa ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk buat pastry dan utk glaze. Baca step by step

      Padam
  13. salam.nk tye.. krim putar n french cream tu 2 filling berbeza ke? @nak kena campurkan 2 krim tu. terima kasih

    BalasPadam