Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong Dengan Rempah Awang


Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong


Selepas balik dari mengaji pada hari Sabtu lepas, saya terus ke dapur. Setelah lama tidak ke dapur, mulalah terasa sedikit malas. Tapi selepas membaca whatsApp geng semasa di kolej dulu yang masing masing telah siap memasak, hati menjadi sangat teruja untuk ke dapur. Selepas menamatkan pengajian, kami terputus hubungan. Masing masing membawa haluan sendiri. Saya tiba tiba terfikir untuk mewujudkan whatsApp sahabat UM untuk membolehkan kami kembali menjalin persahabatan dan mengimbau kenangan zaman kampus yang terindah di dalam hidup Terima kasih kepada teknologi yang telah menghubungkan kami semula. Sekarang ini sesiapa pun boleh memasak dengan cepat dengan bantuan peralatan memasak seperti pressure cooker, food processer dan bahan bahan masakan ready made. Keluaran terbaru adalah produk jenama Awang yang sangat sangat membantu samada wanita bekerja atau suri rumah untuk memasak dengan cepat. Terdapat pelbagai jenis bahan masakan seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, cili padi, serai dan lain lain bahan yang telah dikisar menjadi pes. Ianya menggunakan bahan asli yang tidak dicampur dengan mana mana bahan pengawet.





Hari ini saya menyediakan Asam Pedas Telur Ikan Mayong dengan menggunakan rempah masakan jenama Awang. Sangat mudah, hanya perlukan sudukan sebanyak mana bahan yang diperlukan ke dalam mangkuk, gaul rata dan tumislah. Jadi tak perlu nak mengupas, menumbuk dsb, tapi hanya perlu sudukan sahaja. Sangatlah mudah dan cepat memasak dengan Awang. Produk jenama Awang boleh di dapati di kedai kedai runcit, juga di pasaraya seperti Pasaraya Giant. Haa jangan lupa, dapatkan pelbagai bahan masakan jenama Awang dan cuba sendiri. Boleh digunakan di saat kita perlu memasak dengan cepat. OK sekarang kita berbalik pula pada kisah ikan duri.


Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong


Teringat masa kecik kecik dulu, memang suka makan lauk ikan duri yang dimasak oleh arwah Bonda. Sekarang ini, barulah saya tahu yang ikan duri dipanggil sebagai ikan mayong. Apa yang saya ingat Bonda akan memerap ikan dengan garam dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak gulai lemak. Kali terakhir saya makan lauk ini ialah bila saya memasak sendiri gulai ikan duri selepas berkahwin. Walaupun hubby masa tu tak komplen tapi saya dapat merasakan dia tak berapa gemar lauk yang dimasak seperti itu. Ini adalah kerana hubby dah terbiasa makan ikan segar. Saya dulu macam ada kejutan juga bila melihat hubby selepas melumur garam kunyit pada ikan, terus digoreng. Sedang kami pula, selepas dilumur garam kunyit, ikan akan dibiar beberapa jam sebelum digoreng. 


Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Berbalik kepada telur ikan mayong ini, saya memang suka makan telur ikan lebih lebih lagi telur ikan mayong. Lama juga mencari di pasar pasar dan pasar tani tapi tak ditemui. Akhirnya minta tolong Zah, tuanpunya Restoran Lekor untuk membelinya di pasar borong. Itupun agak lama juga, kena tunggu kerana ikan mayong yang dijual tidak bertelur. Hati gembira bila dapat telur ini walaupun sedikit. Cukuplah untuk melepas keinginan untuk makan telur ikan mayong.

Jom layan resepi dulu....



Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Bahan bahan:
Telur ikan mayong
3 ulas bawang putih - guna 1 sudu kecil
1 labu bawang besar - guna 2 sudu besar
1 inci halia - guna 1/2 sudu kecil halia
1 senduk cili giling - 3-4 sudu besar
Sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah - tak letak
1 pelepah daun kari
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa

Cara cara:
Satukan pes bawang bawang, halia dan belacan. Tumis pes ini sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.




Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan ikan dan asam jawa. Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.

Jika terlebih masam, masuk air.  Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.


Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Nota:
Cara memasak agar telur ikan mayong menjadi betul-betul enak. Semasa dibasuh telur ikan, jangan leraikan kulit yang ada, sebab kulit tu akan pecah semasa kita memasaknya. 

Gunakan api sederhana dan ditutup periuk semasa dimasak. Jangan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan telur ikan mayong akan menjadi keras.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong Dengan Rempah Awang"

  1. first time tgk telur ni hikhik cantikkk

    BalasPadam
  2. teringin pula nak merasa telur ikan mayong... memang tak pernah tengok apalagi merasa... ikan mayong pun saya tak pernah makan lagi... harus kena cari juga ni... hihi..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Puan Azie,
    Boleh bagi petua macammana hilangkan bau hanyir ikan moyong ni

    BalasPadam
  4. kami mnjual Telur Ikan Mayong
    dan kami boleh hnta terus ke rumah anda semua
    1 kg RM 38.00 ringgit
    dan siapa yg borong HARGA 1 kg RM :35.00 ringgit
    berminat
    call saya : 0172399057
    wassap : 0172399057
    SMS. 017-2399057

    BalasPadam
  5. boleh goreng ka telur ikan ni?

    BalasPadam
  6. tak boleh goreng, nanti meletup letup di dalam kuali

    BalasPadam
  7. Telur ikan mayong rasanya macammana?
    Tak pernah makan,tau je sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dan saya suka. Susah nak terangkan. Lemak lemak gitu

      Padam
  8. Salam sis azie. Nak nangis pagi2 baca entri ni. Terputus hubungan ibarat putus nyawa. Bersinar telur tu. Fresh. Thanks for telling about rempah awang. Thanks brother Usop delivery ikan mayong. Orang utara x panggil mayong. Peloktan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Terima kasih kr sudi meninggalkan komen di sini.

      Padam
  9. assalamualaikum Pn. Azie
    sy cuba masak asam pedas telur ikan mayong mcm yg puan ajar tp kenapa kuah asam pedas jadi pekat ya?

    BalasPadam