Kerabu Kulat Gelam
Bila musim tengkujuh seperti sekarang ini, pasti banyak makanan eksotik yang dijual di Pekan Jelawat. Antaranya ialah Kulat Gelam, ikan keli lembut, ikan pekasam dan macam macam lagi. Masa ke Pekan Jelawat tempohari, terjumpa Kulat Gelam. Tinggal 1 tin sahaja lagi. Biasanya ia dijual dengan disukat menggunakan bekas tin susu. Terpaksalah juga beli sebab teringin nak makan kerabu Kulat Gelam yang menpunyai rasa sangat exotik. Rasanya pahit pahit kelat giteww. Jenuh jugalah kakak saya membersihkannya kerana banyak yang tak elok dari yang elok.
Seperti biasa, kulat Gelam sedap dibuat kerabu. Saya memang suka makan kerabu Kelantan. Tak kiralah kerabu kulat Gelam, kerabu terung, kerabu timun, kerabu Bekko atau apa apa jer. Kalau kerabu Kelantan, bahan utama yang mesti ada ialah isi ikan rebus. Sambil menulis, sambil menelan air liur. Aduhaai bestnyer kalaulah semangkuk kerabu kulat gelam ni ada di hadapan saya sekarang. Sebelum layan resepi, ada sedikit pesanan buat kita semua. Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“ (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Maknanya:
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA.
2.SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung. Jom sama sama amalkan dan sebarkan....
Sekarang kita layan resepi yang disediakan oleh kakak saya, Kak Hasnah di bawah ini....

1 tin susu kulat Gelam - bersih, rebus dan tos
Santan pekat secukupnya
1 ekor ikan rebus - ambik isi
3 ulas bawang merah
Garam
1/2 biji kelapa parut - digoreng & tumbuk kasar
Beberapa biji buah limau nipis - jika tak guna mangga parut
1 biji mangga muda - diparut halus
Cara cara:
Tumbuk bawang merah dengan sedikit garam dan masukkan isi ikan. Gaul sebati. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan pula kelapa parut goreng dan kacau rata. Kemudian baru dituangkan santan sedikit demi sedikit secukupnya sesuai dengan kuantiti bahan yang bergaul tadi.
Masukkan pula, mangga parut (atau air perahan limau nipis).
Akhir sekali, baru masukkan kulat gelam yang telah ditos. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

unik betul namanya...kulat gelam :)
BalasPadamKULAT NI SEDAP DALAM TOM YAM GUNG....
BalasPadammacam mana rupa kulat gelam yang belum di masak ya,kak azie,saya belum pernah tengok.
BalasPadamBoleh klik link ini. http://aziejaya.blogspot.com/2013/08/kerabu-kulat-gelam-yang-sungguh-eksotik.html
PadamAnds tahu tak, kulat gelam tu sangat pahit rasanya?
BalasPadamItulah keunikan kulat gelam. Bagi yang dah biasa macam kami, pahit itu yg unik dan sedap
PadamKlau goreng sdp x kak zie?
BalasPadamFirst time dengar dan tengok kulat gelam nie..
BalasPadam