Ikan Siakap Sweet Sour
Entah kenapa kebelakangan ini, saya selalu dalam keletihan. Kadang kadang saya terlena di dalam kuliah zohor sehingga terpaksa dikejutkan oleh rakan rakan. Saya ada mengambil vitamin dan supplemen tapi badan masih tetap lesu. Sebelum tidur, saya akan membaca buku buku tapi selepas habis satu muka, saya dah pun rasa mengantuk. Apa yang saya perhatikan adalah pergerakan masa yang terasa sangat pantas. Kalau dulu, selepas balik dari pejabat, saya masih punya waktu untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuklah memasak. Tapi kini, saya tiba di rumah telah lewat dan selepas duduk seketika, kena pula bersiap untuk solat Maghrib. Balik dari solat Isyak, telahpun pukul 9 malam.
Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?
Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?
Jom layan resepi mudah yang saya sediakan hari ini. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Jom layaan...
Ikan Siakap Sweet Sour
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit
1/2 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang
Sedikit cili kisar
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung
Hiasan:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang
Daun sadri
Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu.
Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
sedapnya ikan tu...:-)
BalasPadamsedap nyer kak!
BalasPadamSedapnya kak azie, nanti boleh cuba resepi ni. Tapi saya suka guna ikan kerapu.
BalasPadamlauk tu nampak dah sedap tapi bila baca content entery dah x terfokus pada gambar..
BalasPadamtakutnya bila fikir kalau nak kiamat..
Jom kurus! Malam berzumbaa
Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
BalasPadamKunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)
lama tak buat :)
BalasPadamKAK AZIE...SEDAP IKAN TU..AKAK CUBA CARI COLLANGEN SUPPLEMENT UTK BADAN TERNYATA BGUZ UTK KESIHATAN...NIKEE MENGAMBIL KERANA SAKIT2 SENDIRI..APA PUN TAKE CARE KAK
BalasPadamSiakap sweet sour tu menu saya hari ini. Anyway bila baca entry kak azie tu buat saya rasa gusar sedikit. Gusar sebab masih belum cukup bekalan untuk dibawa mengadap Maha Pencipta...
BalasPadamEmmmmm sedapnyaaaa! Boleh cuba ni resepi ni :)
BalasPadamEkin singgah sini ye kak azie..
Jemput singgah blog ekin kalau sudi..
www.ekinhoza.blogspot.com
hurm..bape umur akk...barangkali kita sebaya..sy juga sering merasa tak sihat kebelakangan ni....hampir sudah 6bulan.sekarang saya amal minum air kunyit dan minum halia madu dan delima....nampak perubahannya....tq ye...sy nak cuba reswpi ni....take care kak azie...
BalasPadamBgs blog akak ni. Slalu jadi reference bdk2 yg study luar negara yg nk msk mskn malaysia ��
BalasPadamMcm sedap je.. Simple je kan.. Nak try lah namti..tqvm Azie kitchen...
BalasPadamSy dah try bnyk resepi akak ni. Menjadi semua..tq membantu..
BalasPadamTazkirah yg bagus sblm dapat resepi. Tkasih. nak guna resepi ni utk masak buka pose nanti.
BalasPadamSaya masak lauk ni untuk berbuka semalam. Memang tak mengecewakan langsung. Bila sahur siap nasik bertambah. Terima kasih kak Azie.
BalasPadamLauk kt azie kitchen ni smuanye mnjdi..
BalasPadamResepi dari azie kitchen memang tidak mengecewakan.
BalasPadambangnagol makasih Resepi dari azie kitchen
BalasPadambangnagol makasih banyak ya min buat resep ikan Siakap Sweet Sournya.
BalasPadamMantap dah Cara akak. Masukkan dakwah. Saya suka 😊😊. Cuma tak 'seamlessly' masuk....
BalasPadamMacam tiba2 habis dakwah. Pahtu tiba2 ajak masak.
Saya tak kecam. Komen membina untuk akak.
Keep it up.
Thank you for the recipes.
saya bukan ustazah. ambil yang mana blh beri manafaat jer. kalau tak puashati pun, lebih baik diam sahaja. lain lah kalau saya memang bidangnya ini. Rasulullah berpesan, kongsikan dari ku walaupun sepotong ayat. sya dah tulis hadir majlis ilmu yang akan diajar semua oleh mereka yang ariff
PadamSalah Satu Favorit menu jika dibuat dengan sweet sour, terimakasih telah memberikan artikel bermanfaatnya
BalasPadamvisit me site here mancing138