Asyura Kelantan Yang Sentiasa Di Hati
Sebelum masuk bab Asyura, saya kongsikan tazkirah Ustaz Abdul Rasyid berkenaan kematian tiba tiba. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "Siapakah yang dapat menyembuhkan. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Tuhanmu lah pada hari itu kamu dikembalikan." (QS. Al-Qiyamah : 26-30). Berkaitan kematian mengejut ini, selain kematian akibat strok sakit jantung, darah tinggi dan kemalangan jalanraya yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Alangkah moleknya sekiranya kita dapat melakukan persedian sebelum menghadapi kematian. Antara amalan yang boleh kita jaga mulai sekarang untuk dilakukan sebelum ajal menjelang tiba pada bila-bila masa ialah:
1) Bertaubat dan Beristighfarlah Setiap Hari. Baginda Nabi kesayangan kita Rasulullah SAW sendiri walaupun seorang nabi yang maksum (terpelihara dari dosa kecil mahupun dosa besar) tetap beristigfar lebih 70 kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah. Firman Allah SWT:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُون
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar).” (QS. Al-Anfal : 33)
2) Jagalah Solat kita. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardhu sesuatu. Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardhu. Demikianlah keadaan amalan lain." (HR : At-Tirmidzi)
3) Melunaskan Semua Hutang-piutang. Bila mana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak, isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati. AllahurmRabbi, takut sangat.. "Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (HR : At-Tarmidzi)
4) Banyakkan berSedekah Jariah.
Amalan mewaqafkan harta pada jalan Allah SWT adalah termasuk sedekah jariah. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka pewakaf akan mendapat pahala yang berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia meninggal dunia.
5) Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat. Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan kebaikan, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan kejahatan, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR : Muslim)
6) Pastikan Anak-anak menjadi Soleh dan sokehah. Kerana mereka inilah yang akan Sentiasa Mendoakan Kita. Doa seperti :
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dan menjagaku sejak kecil dahulu."
Di dalam syurga nanti, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah SWT lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”. Allah SWT menjawab : “Ini disebabkan doa dari anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (HR : Ahmad - Kitab Mustika Hadis)
7) 'Kosong-kosong' Kepada Semua Orang. Kita hendaklah mendapatkan kemaafan daripada semua saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan kesalahan dan dosa. Sekiranya berkaitan wang ringgit ataupun harta-benda, hendaklah kita pulangkan semula atau kita gantikan dengan senilai dengannya.
Sediakan payung sebelum hujan, check tekanan darah, buatlah persiapan. sediakan amalan sebelum kematian. OK sekarang kita bercerita pula bab Asyura. Seperti yang dijanjikan dalam entri projek Asyura di Surau Ad Dhuha di SINI, hari ini, saya akan kongsikan resepi serta cara penyediaan asyura Kelantan yang memang terkenal dengan tempoh memasak yang lama. Oleh itu, penyediaan asyura di belah Pantai Timur dibuat secara bergotong royong bagi membolehkan ianya dikacau secara bergilir gilir. Sekarang ini pun, agak sukar untuk mencari majlis membuat asyura. Mungkinkah kerana kebanyakan anak anak muda telah berhijrah dan bekerja di ibukota.
Selain dari ubi dan kekacang, asyura Kelantan menggunakan bahan utamanya iaitu rempah asyura yang dikatakan oleh jemaah jemaah Ad Dhuha sebagai berbau seperti makjum. Selain itu dimasukkan juga daging atau ayam yang telah direbus dan disiat halus seperti membuat serunding daging. Kali ini, ianya juga dimasukkan telur. Rasanya ini adalah penambahbaikan kerana saya tak ingat kalau telur dimasukkan di masa dahulu.

Jemaah lelaki secara bergilir gilir mengacau asyura untuk kedua dua kawah. Bila sepakat, ianya membawa berkat. Kerja berat juga akan menjadi ringan. Selepas penat mengacau, jemaah bergilir untuk menunaikan solat Zohor dan disambung balik selepas solat. Asyura masak sepenuhnya sebelum masuk waktu solat Asar. Hmm bayangkan dari pagi sehingga waktu Asar. Lama kan?
Ramai jemaah yang menyukai asyura yang lembik. Jadi ianya telah diceduk dan bakinya terus dikacau sehingga ianya sering, iaitu masak pekat dan meletup letup kecil. Asyura kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang dilapik dengan daun pisang untuk diagih agihkan. Kali ini, dimasukkan juga kambu, iaitu beras yang digoreng tanpa minyak sehingga garing dan dikisar halus. Banyak juga kuih yang menggunakan kambu seperti kuih Bronok.
Jom kita layan resepi dan cara penyediaannya seperti di bawah ini....
Asyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
7 kg beras
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa
Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah
Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas
Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.
Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.
Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.
Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat.

Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang.
Nota:
Jika mahu dipotong, tunggu sehingga sejuk. Jika dimakan panas panas, boleh makan menggunakan sudu.
Memasak asyura ini tidak perlu ikut aturan pun, boleh sahaja dimasukkan dahulu apa sahaja bahan yang disukai kerana proses memasaknya yang berjam jam lamanya.
sedapnya suro ni kak... faveret saya tu. tahun ni alhamdulillah dapat la rasa yang member bawak dari kampung. nak buat sendiri x berbaloi pulak. ingat kalau dok kampung, makan masa panas2 tu letak dalam tempurung, pastu makan dengan daun nenas... nostalgia sungguh
BalasPadamYa Allah rindunya asyura, Kelantan especially. Ni kalau saya nak buat sekuali kecil untuk kami anak beranak jer macam tak berbaloi pulak lama2 nak mengacau, takut tak menjadi pun satu hal. hehehehe. tapi tak perla tengok akak letak gambar kat sini pun dah mengubat kerinduan.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi inu.Moga menjadi ilmu bermanfaat dan amal jariah yg berterusan buat Kak Azie.
BalasPadamHabibah
Rindunya masakan tradisi ni... teringat masa budak2 dulu.. nak buat macamana takde kesempatan nak balik musim2 bubur suro ni..
BalasPadamKak. Repoh suro tu kalau tade,nk ganti dengan gapo? Saya jauh. Yw
BalasPadammyk muda tu pedia?
BalasPadamMinyak yang mula mula, maknanya bila mula kelihatan naik minyak.
Padamgula 12 kilo kak baru manis
BalasPadamazie boleh bg resepi utk mkn 10 org ja. sy tak pandai nk sukat.
BalasPadamTringin nk buat.. .
BalasPadamRindunyee zman knk2 dlu...
Kat mana ada jual versi klate ni.. Nak buat malas.. Sapa jual pm😁
BalasPadam