Asam Pedas Thai Ikan Pari
Lauk ini adalah lauk yang saya nikmati semasa makan malam di gerai makanan laut di Kuala Perlis dahulu. Klik di SINI. Lama tertangguh kerana hajat hati ingin memasaknya sendiri tapi nampak gaya, tak sempat untuk memasak dalam masa terdekat ini. Jadi saya ambik keputusan untuk kongsikan resepi yang sangat sedap ini. Manalah tahu kot ada pembaca blog Azie Kitchen yang ingin mencuba bagi mengetahui bagaimanakah kesedapan yang saya maksudkan. Hati teringin sekali untuk ke sana lagi. Ketika mula melihat ikan pari yang dihantar ke meja, saya macam tak puashati kerana saya tidak berapa gemar lauk berkuah. Saya lebih suka jika ikan pari kecil itu dibakar sahaja. Kalau di kampung, saya panggil ikan pari kecil ni sebagai ikan Tukko. Tapi bila ikan dimasuk jer ke dalam mulut, haaa sedap pulak. Ikan nya lembut dan kuahnya sedap macam bau tomyam sebab penuh dengan serai dan bawang putih di dalamnya. Mula lah saya sudukan kuahnya dan menghirup. Yooo sedap sangat giteww.
Keesokannya saya mahu pergi lagi tapi sayang kerana gerai dibuka pukul 5 sedang saya harus bertolak ke Alor Setar untuk flight malam ke KLIA. Akhirnya saya memberanikan diri menelefon meminta resepi. Alhamdulillah tuan punya gerai tak kedekut dan berjanji akan bertanya dengan tukang masak dan mesej pada saya resepinya. Seperti dijanjikan, malam tu juga saya mendapat resepinya. Alhamdulillah semoga perniagaan Shar' Nis Corner lebih maju dengan sikap pemurah mereka.
Jom kita tengok resepinya di bawah ini....
Jom kita tengok resepinya di bawah ini....
Asam Pedas Thai Ikan Pari
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ikan pari kecik - potong 4
2 sudu besar sambal belacan - rujuk di bawah
3 gelas air
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit ajino moto
Garam
Bawang putih - ketuk
Serai - dititik
Cara cara:
Masakkan semua sekali bahan di atas sehingga mendidih dan nampak pekat sikit.
Sambal Belacan
Bahan bahan:
10 biji cili padi
10 biji cili merah
Belacan
Asam jawa
Belacan
Asam jawa
Garam
Gula
Ajino moto
Kisar semua bahan di atas. Digunakan jumlah tertentu untuk dimasukkan ke dalam kuah Asam Pedas Thai.
Selamat mencuba...
Selamat mencuba...
salam perkenalan..
BalasPadamsy nik dari kelantan..
sy selalu follow blog kak azie..
klau nk masak2 ape2 mesti sy geledah blog akak utk dptkn idea..
:-)
Salam...resepi ni x perlu Tumis dulu ye.....terus masak dalam air.?
BalasPadammemang sedap asam pedas siam ni... kat siam dorg panggil khengsom kalau x silap... kalau dpt makan kat siam lagi sedap..fuhh terliur tgok kak azie punye asam pedas....
BalasPadam