Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tart Nenas Landak Gebu Yang Menjadi Idaman


Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen


Sejak kebelakangan ini memang kemaruk nak makan tart nenas terutama bila ramai yang kongsikan tart nenas yang dibuat sempena menyambut Hari Deepavali di facebook dan blog. Semasa dalam penerbangan ke Hong Kong pulak, terbaca dalam majalah Going Places MAS berkenaan tart yang dihasilkan oleh pembuat pastri yang terkenal di kalangan kerabat diraja yang dikatakan sebagai kenyal di luar dan lembut mencair di dalam mulut. Hissh serious...sepanjang di Hong Kong, bila masuk bilik jer saya akan menggoogle berkenaan kuih tart nenas. Hmm tengah bercuti pun, masih dok mengidam kuih tart. Nasib baik percutian ini adalah percutian santai yang banyak masa juga untuk berehat dan lepak di bilik sambil menikmati keindahan pemandangan yang sangat sangat mempesonakan. 


Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen


Rata rata peminat kuih tart nenas menggunakan resepi yang saya gunakan hari ini. Hatta saya menemui juga resepi yang sama digunakan dalam youtube di SINI. Boleh klik di SINI untuk melihat Kuih Tart Gulung yang saya hasilkan sebelum ini. Resepi ini pun sedap tapi saya memang suka mencuba resepi yang lain juga untuk mempelbagaikan koleksi resepi yang telah dicuba.

Sebelum berangkat balik saya telah menghantar whatsApp kepada Boy minta dibelikan senarai bahan bahan yang diperlukan. Setiba di rumah, memang dah tak sabar untuk membuatnya. Nasiblah sampai di rumah malam. Kalau sampai pagi, mahu saya masuk ke dapur melepaskan gedik nak membuat kuih tart nenas. Keesokan pagi pula, iaitu hari inilah, kami menghadiri majlis pernikahan cousin my hubby di Masjid Wilayah. Selamat Pengantin Baru buat Nim dan pasangan. Selesai majlis, adik beradik dan cousin hubby ingin singgah di rumah, jadi saya terpaksa menangguhkan seketika projek nak menge tart. Sebaik mereka balik, saya terus ke dapur menyediakan doh untuk kulit tart dan mula menggentel inti tart. Oleh kerana telah agak lewat petang, saya terpaksa meminta Boy dan Juita untuk sama sama menolong bagi mempercepatkan kerja.



Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen


Untuk inti tart hari ini, saya beli sahaja inti tart nenas yang telah siap dari Bagus. Pilih jenis premium yang memang sedap walaupun harganya sedikit mahal. Saya sertakan juga di bawah ini, resepi inti tart nenas yang saya gunakan sejak berpuluh puluh tahun dahulu bila membuat kuih tart nenas. Resepi yang dipelajari pada penghujung tahun 1980an dari Haji Hasbullah, bekas rakan sekerja ini memang sedap dan menepati selera saya. Bukan sahaja inti tapi resepi untuk menyediakan doh juga dipelajari dari Haji Hasbullah yang saya panggil sebagai Bull. Resepinya yang bertulis tangan masih tersimpan rapi dalam buku masakan saya. Maklumlah zaman itu, mana ada blog dan facebook. Jadi resepi kena belajar dari kawan kawan yang pakar kerana resepi di buku masakan dan majalah, memang jarang menghasilkan kuih yang lembut dan sedap.

Hajat hati nak membuat pelbagai bentuk kuih tart seperti kuih tart bunga dan juga kuih tart dalam cawan kertas terpaksa dilupakan kerana mengejar masa yang sudah hampir senja. Jadi untuk hari ini, meh layan kuih tart berbentuk landak atau ada yang memanggilnya sebagai bentuk nenas dengan dicucukkan sekali bunga cengkih di atasnya. Tapi saya hari ini, tak letak pun bunga cengkih tersebut sebagai hiasan. Apa apa pun sangat berpuas hati dengan resepi ini yang sangat gebu dan mencair di dalam mulut... Impian tercapai sudaahh...



Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen


Jom kita layan resepi kuih tart ini yang sangat fofular di alam maya dan telah dicuba oleh ramai blogger dan peminat kuih tart....


Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen

Kuih Tart Nenas Landak Yang Gebu dan Sedap

Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm butter Anchor
2 kuning telur
1/2 kg jem nenas 
Kuning telur + pewarna kuning telur 

Cara-cara:
Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan kuning telur dan satukan menjadi doh. Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.

Bulat bulatkan doh, kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat bulatkan Kemudian ditutup kemas dan dibentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai. Cucuk bunga cengkih di bahagian atas, jika suka.



Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen

Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen

Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen

Susun doh yang telah siap di atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven 180C selama 20 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Jika suka, kuning telur untuk disapu atas tart boleh juga diletakkan sedikit pewarna kuning telur.



Tart Nenas Landak Gebu  Azie Kitchen

Inti Tart Nenas

Bahan bahan:
1 Ib isi nenas parut 
1/2 Ib gula pasir
Bunga cengkih dan kayu manis
Daun pandan
Sedikit pewarna kuning - opsyenal

Cara cara:
Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer. Kemudian timbangkan isi nenas.

Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering.

Sejukkan dan siap untuk digunakan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

35 ulasan for "Tart Nenas Landak Gebu Yang Menjadi Idaman"

  1. comelnya tat nenas ni... saya pn suka buat tat nenas ni tapi membuatnya ya ampun sakit pinggang2..

    BalasPadam
  2. Saya pun gemar makan tart nenas tapi nak membuatnya...hehe.

    BalasPadam
  3. Nampak pon tau sedap, gebu, cair di mulut. yum..yum...

    BalasPadam
  4. Memang sedap. Saya dah cuba, cuma masa untuk membakar kurangkan 5 minit. It's melt in the mouth!!!

    BalasPadam
  5. Assalam. .kak azie..sy kurang faham sikit..gaul2 pkai hujung jari je ke? xpyh pkai mixer ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramas tepung dg butter dg hujung jari.

      Padam
  6. salam kak..
    nak bakar tu pakai api atas bawah dengan kipas ke mcmana

    -dila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Api biasa atas bawah tanpa fan. Mana mana resepi yg tak disebut secara spesifik, maknanya guna cara biasa.

      Padam
  7. Assalamualaikum kak... anggaran resepi ni dpt bpe biji tart ye kak?

    BalasPadam
  8. sesuai tak kalau nak guna resipi doh ni untuk buat tart nenas gulung?

    BalasPadam
  9. 1 LB TART NENAS TU BANYAK MANA KAK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh buat conversion. 1 Ib = 0.453kg

      Padam
    2. Assalammualaikum kak..anggaran dpt brpa biji tart rsepi ni kak? Klau sy pkai butter biasa bleh ka?

      Padam
    3. Ianya bergantung kepada saiz. Apa kata cuba buat dulu satu adunan dan tgk berapa biji dpt.

      Padam
  10. Saye selalu ikuti resepi k.azie....biasenye menjadi dan sedap..tq kerana sudi kongsi resepi utk mereka baru nk belajar termasuk saye

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kak. Nk tnye, bole ke butter tu sy change tu planta? Sukatan sama ke? Sbb mk sy x mkn butter. >.<

    BalasPadam
  12. Akak....sy nak tiru akak nya duri landak tu...tapi tak menjadi secantik itu :-) tapi ini idea yang menarik sbb saya tak reti nak buat tart nenas gulung. hehe tq....

    BalasPadam
  13. M....boleh ke resepi ni buat tart gulung

    BalasPadam
  14. kak azie..tq konsi resepi...ila dah buat n sgt sedap dan gebu.... ila share resepi akak dlm blog ila ye.....tq sgt2...utk 1st timer mcm ila.. mmg xsusah nak buat tart ni...n dijamin kompom jadi la...

    BalasPadam
  15. Assalam kak azie apa nama alat utk letak mining telur tu ye...kt mn ada jual..-mai-

    BalasPadam
  16. Dear Kak Azie,

    Thank you so much for this wonderful recipe. I became the instant pro with this recipe..hehe! The tart came our perfect and was 'very gebu' lah... i did it for this deepavali and everyone said this is the most delicious tart they ever had!! how great is that.... thanks to you!

    I did tart gulung and it did turn out to be perfect... and from this recipe it yields 150 + cookies.

    Thanks again Kak Azie.

    BalasPadam
  17. Sy dah buat kak azie....memg sedap sungguh satu perkongsian yg sungguh bagus

    BalasPadam
  18. ѕalaм ѕιѕ ĸlυ вaттer тυ gne мajerιn вlн ĸe х ѕιѕ

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah. Sukses! 2nd batch buat nenjadi betul guntingan duri landaknya. Hehe. Thumbs up. Kalaulah saya boleh upload pix kat sini. Thank u so much Sis for sharing this awesome recipie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tahniah. Saya belum lagi buat tart. Tunggu Nana balik. Minta Nana buat tart nenas tahun ni

      Padam
  20. Assalam sudu besar tu sudu makan ker atau mcm ne?

    BalasPadam
  21. salam..

    izin share resepi ye? nak try buat :)

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum..klau nk jual 50bji brape rm ye?

    BalasPadam
  23. Dapat buat 10 biji ja sebab nenas comel. Gebu gebas cair kat mulut:) Thank u kak azie. Selalunya kak azie guna nenas apa ya?

    BalasPadam
  24. Klau gntikn gula icing dgn gula kastor bole ke?

    BalasPadam