Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Goreng Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap



Udang Goreng  Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap


Saya mula menyukai lauk ini selepas menikmati semasa makan malam di Restoran Waneeda Kota Damansara. Walaupun, kami order Sotong Goreng Butter dan Telur Masin tapi rasanya adalah sama sahaja dari segi keenakannya.  Berbezanya kalaj sotong, sotongnya perlu dicelup tepung dan digoreng. Memang sedap lauk ini, siap boleh menjilat jari sehingga licin di pinggan. Gambar hari ini hanya menggunakan handphone, jadi memang tak berapa cantiklah sikit. Hidangan lauk hari ini dimasak untuk hidangan saya berbuka puasa. Boleh klik di SINI untuk resepi Udang Goreng Butter tanpa Telur Masin. Bahan bahan dan cara caranya sama, cuma perlu ditambah telur masin sahaja untuk menjadikan Butter dan Telur Masin. 

Hmm sebelum tengok resepi, saya nak kongsikan sedikit intipati kuliah maghrib oleh Ustaz Sharizan kerana rasanya dah lama saya tidak menulis intipati tazkirah buat renungan kita semua. Kuliah kali ini sangat terkesan di hati terutama doa yang dibaca di penghujung majlis membuatkan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Kuliahnya berkenaan matlamat hidup yang utama bukanlah mengejar pangkat, kedudukan dan harta. Sebaliknya untuk mencari hidayah Allah. Kita kena perbetulkan dulu matlamat hidup kita. 



Udang Goreng  Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap

Macam mana nak cari hidayah Allah? Caranya ialah dengan bersungguh sungguh membuat amalan soleh seperti bangun untuk solat malam dll. Memang agak susah untuk bangun malam dengan rasa mengantuk dan letih. Memang penat bila mahu melakukan perkara baik. Dunia ini tempat berpenat penat, jadi kenalah sabar dengan kepenatan supaya di dalam kubur kita boleh berehat. Selain hidayah, kita hendaklah mencari keberkatan. Apa dia keberkatan? Ianya adalah menambah benda kebaikan dalam kehidupan kita. Yang susah rasa mudah, yang sempit rasa luas dan yang sedikit tetap rasa cukup. Itu sebab di dalam doa yang dibaca sebelum makan juga, kita memohon keberkatan. Cukup setakat ini dulu dan semoga di masa depan, saya mampu menghurai intipati kuliah dengan lebih baik lagi. 

Jom kita semak resepi dulu....



Udang Goreng  Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap

Udang Goreng Butter dan Telur Masin

Bahan bahan:
500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih - di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus & hancur
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung

Cara cara:
Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.

Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).

Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.






Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)






Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.



Udang Goreng  Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Udang Goreng Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap"

  1. Selalu buat butter prawn sahaja, tiada telur masin. Mungkin boleh cuba resepi ini nanti

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  2. salam kak azie..selama ni saya silent reader...tp tergerak lak nk komen coz terliur sgt ngn butter prawn nii..mcm simple jer cara msaknyee...(^_^)

    BalasPadam
  3. Sedapnye...rasa nak try buat...thanks for the recipe...

    BalasPadam
  4. saya nk pkai resipi ni,tapi nk guna telur sotong boleh kan?any idea please..huhuhu

    BalasPadam
  5. sye dah cube....sedap..sye gune butter SCS...susu dutch lady low fat..tapi dang sye greng celup telur dan gaul dgn tepung jagung dulu...lebih ranguo...:-)

    BalasPadam
  6. Masak untuk juadah berbuka puasa....nmpk nyummy

    BalasPadam
  7. Sy dh try.mmg sedap dgn mjadi.tq kak azie kongsi resepi ni..terrrbaikkk

    BalasPadam
  8. Saya dah try.mmg sedap.tambah sekarang saya baru beli salted egg paste.lagi rajin lah nak mask resepi ni 😅.tak payah rebus telur masin bagai dah

    BalasPadam
  9. Nak buat hari ni.. Anak yg kecik suka sangat.... Salu makan kat luar je menu ni.. Hr ni nk try resepi Azie Kitchen... Nanti update sini lepas maaak

    BalasPadam
  10. Nak cuba hari ni... Nanti da siap nk update tq Azie Kitchen

    BalasPadam
  11. Memang terbaikkk lah resepi yg akak bg niiii...tq Azie kitchen

    BalasPadam
  12. Saya mmg suka resepi2 dari azie kitchen..semua sedap2

    BalasPadam
  13. Assallamualaikum Azie.. Saya dah bertahun jadi pengikut setia Blog Azie Kitchen ni.. tak pernah tak menjadi masakan saya bila ikut resepi Azie... Thank you so much for teaching me all kinds of resepi ni.. suami kata tak payah makan kat kedai dah.. hehehehe..

    BalasPadam