Telur Ikan Goreng Berempah Sedap
Saya makan lauk yang menggunakan resepi ini yang dimasak oleh Hafizah, wife Tuan Hairani ini dah lebih dari 10 tahun sewaktu mereka ikut kami bercuti di Port Dickson. Kebetulan saya dapat book banglo di Port Dickson yang sangat besar dan cantik, jadi ke sana bersama keluarga sahaja agak terasalah sunyinya. Semasa di sana, kami dihidangkan dengan lauk Ayam Goreng Berempah yang mereka bawa. Oleh kerana ianya sangat sedap, cepat sahaja habis dimakan oleh anak anak. Saya terus belajar cara cara menyediakannya dan ajar pula kepada pembantu rumah kami. Oleh kerana pembantu rumah telah mahir, jadi saya pun tidak merasakan perlu untuk menyalin resepi mudah ini. Masalah timbul bila pembantu rumah kami telah berhenti dan hubungan dengan Hairani juga telah terputus. Saya memang teringin sangat untuk memasak lauk yang simple tapi sedap itu. Asyik teringat ingat kesedapannya dan menyesal sebab tak menyalin resepinya dulu di dalam buku masakan.
Sekian lama mencari, baru setahun lepas dapat menemui Hafizah dan Hairani di majlis rumah terbuka Dato Salehuddin di Shah Alam. Sekali lagi bertemu sewaktu mereka mengunjungi rumah terbuka kami bulan Ogos yang lalu. Saya tidak mahu lagi terlepas peluang, lantas meminta nombor telefon mereka. Haaa akhirnya resepi berada di tangan lagi. Setelah diolah, saya pun memasaknya hari ini dan berkongsi pula dengan pembaca semua. Tapi hari ini, saya tidak menggunakan ayam sebaliknya menyediakan Telur Ikan Goreng Berempah. Sedaaapp... Ooh selain ayam, sedap juga menggunakan daging untuk resepi ini.
Jom layan resepi di bawah ini...
Telur Ikan Goreng Berempah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Telur ikan
2-3 sudu besar serbuk rempah kari ikan
3 pelepah daun kari
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar halba campur
4-5 tangkai cili kering - gunting kecil
Garam
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk kunyit
Cara cara:
Telur ikan digaul dengan serbuk rempah kari, garam dan serbuk kunyit. Diperap selama 30 minit.
Goreng bawang besar dan kemudian masukkan cili kering, daun kari dan akhir sekali masukkan halba campur. Bila wangi, tutup api.
Goreng telur ikan berasingan. Akhir sekali, campurkan telur ikan yang telah digoreng bersama bahan yang digoreng tadi. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Slm pn Azie. Tq atas perkongsian resepi di atas. Selama ni klu teringin mkn telur ikan saya akan mengunjungi mamak krn x pandai nk memasaknya sendiri. Saya suka resepi2 pn Azie yg simple & praktikal. Sbb klu resepi terlampau byk ingredients jd susah pula nk ikutinya. Blog pn byk bantu saya di dapur selama ni. Saya juga suka lifestyle pn sbg ibu bekerjaya with happy family & byk berkongsi ttg agama...
BalasPadamSedap nie telur ikan...selalu kalau makan nasi kandar mesti ambik lauk ini.
BalasPadamalamak... teringin pulak nak makan telur ikan.. lame nye tak makan
BalasPadamtengok macam sedap sangat ni kak...
BalasPadamentry terkini...Maaf Jikaku Tak Sempurna - Dari sudut aku
mashaAllah..terliurnyer tengokkkk~
BalasPadamSalam..kak azie...
BalasPadamSaya antara peminat blog masakan akak...slalu nk masak bukak blog akak tgk resepi yg detail...suka tgk blog akak yg kemas..
saya baru create blog sdiri untuk perkongsian ilmu masakan...hrp dpt tnjuk ajar dr akak... t.kasih
Assalam Puan azie.. Bole tak kongsikan bagaimana cara nak mengoreng telor ikan itu. Kalau sy goreng telor akan pecah Dan sungguh tidak cantik. Ttp telor ikan puan kelihatan sempurna sekali.
BalasPadamMasa beli telur berada kemas di dalam karung telur. Bila gigoreng, karung tak pecah. Masa atas dapur, baru saya gunting 2 telur yg terlalu panjang
Padamsalam akak..halba campur tu camne...halba yg kita masukkn dlm nasi dagang ye...
BalasPadamnampak sedap akan sy cuba resipi ni yg sgt simple
BalasPadam