Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap


Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap


Entah kenapa sejak kebelakangan ini, minat untuk membuat kuih muih menjadi jadi selepas hampir setahun memendam rasa dek masalah allergy dengan bahan berasaskan tepung gandum. Setelah beberapa hari memikirkan apa kuih yang hendak dibuat, akhirnya saya memilih untuk membuat Puding Roti. Kebetulan di sebelah malamnya ada kuliah maghrib di surau, jadi bolehlah saya bawa ke sana untuk dimakan selepas solat Isyak.



Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap


Terdapat banyak versi puding roti. Ada yang dibakar, ada yang dikukus. Saya pertama kali menyediakan puding roti ialah sewaktu saya berada di tingkatan empat. Saya menyediakannya menggunakan resepi yang diberi oleh sahabat saya Cikgu Noriah Mohamed. Ceritanya bermula apabila Noriah membawa puding roti ke sekolah untuk satu majlis. Tapi saya lupa majlis apa pada masa itu. Dari situ saya mula teringin nak membuatnya sendiri. Masih saya ingat Noriah menulis resepi di kertas dengan tulisan yang sangat cantik. Selain resepi Puding Roti, dia juga memberikan resepi Kuih Cream Puff. Noriah memang pandai memasak dan pandai di sekolah dan cantik pula. Kami sama sama masuk ke Univerisiti Malaya cuma berbeza fakulti kerana Noriah sejak di bangku sekolah bercita cita untuk menjadi seorang pendidik sedangkan saya berminat dalam bidang ekonomi. Semasa di UM, dia tinggal di Kolej ke4 dan saya di kolej ke3. Bila saya merajuk dengan sesiapa, saya akan membawa diri dan melepak di bilik Noriah. Hmm itu kenangan lama yang masih segar di ingatan.

Jom kita tengok resepi yang saya guna pada hari ini. Saya membuat 2 adunan. Sangat mudah menyediakannya dan sedap pula. Bolehlah cuba membuatnya sendiri untuk hidangan keluarga anda. Pasti mereka suka. Untuk puding ini, ianya dimakan begitu sahaja, tak perlu disediakan kuah sos kastard.


Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap

Puding Roti Nur Qaseh

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.


Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap

Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap


Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.


Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap


Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.


Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap


Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.


Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

62 ulasan for "Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap"

  1. Baru je beli roti petang tadi..kalau tak habis..leh la guna resepi wat puding roti :)

    Jemput baca http://momsbeautyshoppe.blogspot.com/2014/09/10-petua-mencerahkan-dan-memutihkan.html

    BalasPadam
  2. Assalam Kak Azie,
    maaf baru perasan....salam takziah buat akak sekeluarga ya..
    semuga roh arwah bonda akak dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi org2 yang beriman..alfateha..
    alahai ada puding roti disini rupanya...
    marilah kita exchange puding raja kita tu..:)

    BalasPadam
  3. Assalam
    Saya dah try resepi ni...mmg sedap dan senang dibuat..terima kasih

    BalasPadam
  4. kena cuba ni. Nampak sedap sangat. Btw kak azie, saya selalu singgah blog akk tgk resepi:)

    Jemput singgah rumah saya nanti:)
    http://tipssihat-ibuzara.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Salam kak Azie.
    Suka tgk blog kakazie sbb resepi yang dikongsi. Kadang2 ada masa buat ada masa mls hihi tp ape pon tq 4 sharing...harap kakazie bole jenguk2 ke http://mienbutat.blogspot.com/ (baru je create). Hehehe

    BalasPadam
  6. Salam kak azie..
    tiap kali saya nak masak mesti saya cari resepi kat sini. ....... terima kasih. Semua masakan atau resepi sangat senang dan yang penting simple.

    Salam takziah buat akak sekeluarga ataa kehilangan bonda tercinta. Moga beliau tenang di sana. Alfatihah

    BalasPadam
  7. Salam, saya google resepi ni, glad i found it here. thanks.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Boleh juga. Bakar spt biasa. Yg ini kaedah steam bath

      Padam
  9. Klau gnti gula kastor tu dengan gula biasa boleh x?

    BalasPadam
  10. Kak..susu segar boleh pkai dgn susu cair x..?

    BalasPadam
  11. mmg sdapp trime ksihh yeee. sgt puas aty alhamdukilah

    BalasPadam
  12. tq sis..memang sedap..menjadi.. mohon share resepi ni dalam blog saya boleh? jemput singgah blog saya juga.. vitaminibuaina.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Saya dah 2x cuba.tapi basah dibawah.tak pasti sama Ada sukatan saya salah atau oven sy bermasalah

    BalasPadam
  14. dry try.mmg sedap .terima kasih kak azie :))

    BalasPadam
  15. hi kak azie, saya dah try resipi nie 2x. 1st sabtu minggu lalu alhamdulillah habis satu loyang and ahad buat lagi cuma saya tukar menggunakn susu cair, tekstur pudding berbeza sbb kali nie jd lembap n tekstuk lembik compared ari sabtu yg saya guna fresh milk.. apa2 pun hubby suka and family pun xde comment negative.. alhamdulillah, terima ksh!

    BalasPadam
  16. Salam Kak Azie, dah try pun...memang senang dan yg paling bes memang sedap...thx.

    Irni Yusof

    BalasPadam
  17. Tq kak atas resepinya.. saya tak sabar nak cuba....

    BalasPadam
  18. Dah try, memang sedap!!
    http://ainaez.blogspot.com/

    BalasPadam
  19. Sye dpt thu rsepi ni dri kwn. Sye byk cube rsepi dri blog nih. Trime ksh.. share ye =)

    BalasPadam
  20. Salam kak azie..kalau nak kukus boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh juga kukus. Tapi kalau bakar, ada ranggup sikit.

      Padam
  21. Tu yg duk cari resepi ni Kak Azie

    BalasPadam
  22. kalau x letak serbuk kayu manis...x boleh ke akak?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer...sy ltak perisa pandan sdap

      Padam
  23. salam kak..gula tu mmg terus bubuh cmtu je eh.xpyah blend dlu dgn telur ehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Saya tunjukkan gambar lagi gula dimasukkan ke dalam adunan.

      Padam
  24. AsSalamualaikum , Kak Azie , sy Naina . Sy nak tanya cikgu Noriah Mohamed tu tinggal dimana sekarang dan dia ada buka kedai bakery ke ?


    sy salin resepi ni dan cuba .Alhamdulillah

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  25. Salam azie...dah byak resepi awak saya cuba..sangat memuaskan hati saya.ianya senang dan mudah...mcm kek pisang tu tu dah dekat 10 kali saya buat tq azie untuk resepi2 awak.

    BalasPadam
  26. As salam k.azie... sya suka sgt google resipi k.azie.. kekadang tu ada gk try buat.. alhamdullillah menjadi.. semoga rezeki k.azie murah selalu koz x kedekut kongsi resipi.. dh la pandai masak... cantik lak tu.. halal kan semua resipi yg sya ikut ye k.azie...amin...

    BalasPadam
  27. suhu berapa nk bakar n berapa lama

    BalasPadam
  28. Salam sis.bakar guna api atas bwh ke?

    BalasPadam
  29. salam kak..gula kastor tukar gula biasa or brown sugar blh ke???

    BalasPadam
  30. Salam,

    saya google resepi ni,

    thanks.
    lea

    BalasPadam
  31. Salam kak suzi..thanks utk resepi ini...akak ada tak resepi puding roti yang ada kuah pekat custard tu? Kalau ada minta tolong share boleh hihi..

    BalasPadam
  32. Harus ku cuba !

    Tq share resepi ya :)

    BalasPadam
  33. Salam kak azie! Saya selalu akan gugel blog akak utk cari resepi. Resepi akak semua tip top..terima kasih kak x lokek berkongsi ilmu. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga. Jap lagi nak buat puding ni pulak. Thanks again kak!!

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah terima kasih kerana kongsi resepi ini😊Sangat sedap.Semoga bertambah rezeki anda, Ameen😊

    BalasPadam
  35. klu tak guna air tu,rasa seperti apa ya?ada effect tak rasa asal die?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka ubahsuai resepi sdr. Sebab takde susu , saya ganti santan segar dan bakar tanpa water bath. Memang sedap rangup di atas gebu di dlm. Masa masakpun singkat.

      Padam
  36. Dari zmn bujang smpi la dh kawen.. Blog kak azie jdi rujukan klu nk wat kek ke puding ke.. Resipi puding roti ni mmg sdap & menjadi.. Tq so much kak! =)


    www.fazlina.com

    BalasPadam
  37. Alhamdulillah menjadi...sya bakar 35 minit api bwn dan 15 min kemuadian api atas bwh...siap buat sos kastad skli...t.kasih perkongsian

    BalasPadam
  38. Dah try resipi ni. Memang sedap n senang nak buat.

    BalasPadam
  39. Ada roti x habis, bleh la buat puding roti hari ni...

    BalasPadam
  40. Baru cuba buat..harap2 menjadi..Amin

    BalasPadam
  41. Kak azie,sesuai x guna roti wholemeal ya?

    BalasPadam
  42. Hi kak azie! Saya peminat setia resepi akak. Selain blog ni akak ada fb atau ig tak? Nak follow. By d way saya tengah buat pudding roti ikut resepi akak, lagi 30min in sha Allah siap! Tak sabar! Tq πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna desktop atau ipad, boleh nampk link to my Instagram aziekitchen dan juga page facebook Azie Kitchen Blog. Nnt follow ya.

      Padam
  43. Saya pun tgh cuba ptg ni..terima kasih akak share resepi, mohon halalkan ilmunya ye..

    BalasPadam
  44. Alhamdulilah. Sedap sgt acik Azie.😍😍
    Saya memang pengikut setia acik. Kalau nak buat mknn y baru, msti saya cari resepi kt blog acik. Alhamdulilah. Semuanya menjadi. Boleh tak saya guna resepi ni utk jualan Sy? Mksdnya Sy jual puding Roti y dibuat memggunakan resepi acik.

    BalasPadam
  45. Sy bru lpas buat guna resepi akak...first time buat ni,hubby ckp sedap😊😊😊thanx resepinya kak

    BalasPadam
  46. Kos bahan buat puding + sos susunya agak tinggi. Bahan tambahan seperti esin vanila, kismis dan kayu manis kalau dah ada ok juga, kalau tak de perlu tambah RM untuk lengkapkan. Saya bajetksn RM10/- satu adunan (serve untuk 5 orang)

    BalasPadam
  47. Alhamdulillah...
    share resepi ye..
    mudah dan sedap

    BalasPadam
  48. Salam. Guna gula biasa Dan susu cair bole tak ?

    BalasPadam
  49. Saya dah cuba, memang sedap. Saya x bubuh kismis sbb ank x suka. Terima kasih sgt, 1st time cuba terus menjadi & sedap

    BalasPadam