Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Mudah Dan Sedap


Puding Roti Mudah Dan Sedap


Setelah melihatkan ada baki beberapa keping roti Gardenia yang telah hampir tarikh luput, saya terus ke dapur untuk menyediakan Puding Roti Bakar. Puding roti adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang sangat cepat disediakan dan rasanya pun sangat sedap. 

Ya lah dari dibiarkan membazir begitu sahaja, baiklah dibuat sesuatu yang boleh dinikmati bersama keluarga. Puding ini sangat sedap dimakan begitu sahaja. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula 2 sudu besar atau guna hanya ½ cawan. Semua terpulang kepada citarasa dan selera masing masing.



Puding Roti Mudah Dan Sedap


Sebelum ini, saya telah mencuba 3 resepi Puding Roti. Boleh klik di SINI dan di SINI. Untuk Puding Roti Kukus Pandan pula, boleh klik di SINI. Puding Roti memang sesuai dihidangkan samada untuk sarapan atau untuk minum petang.

Jom kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya memang suka membuat Puding roti yang tidak menggunakan kuah kastard. Bukan apa, lebih mudah dan jimat.


Puding Roti Mudah Dan Sedap

Puding Roti Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia
½ cawan kismis - opsyenal
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair - boleh ganti 2 cawan susu segar
¾ cawan gula pasir
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla extract
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan vanilla extract. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.



Puding Roti Mudah Dan Sedap

Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya.



Puding Roti Mudah Dan Sedap

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.

Puding Roti Mudah Dan Sedap

Puding Roti Mudah Dan Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

31 ulasan for "Puding Roti Mudah Dan Sedap"

  1. Yam...yam...sedap...tk...

    BalasPadam
  2. sedapnyee..terliur..lama benar x baking...

    BalasPadam
  3. wah sedapnya... nk try la.. resepi nya simple.. ke betul an roti ada lagi kat dapur

    BalasPadam
  4. Nampak sedap dan sgt simple..tp kalau kita kukus guna resipi ni blh x

    BalasPadam
  5. Thanx for the recipe..mmg sedap sgt cuma saya tambah dgn sos kastard..

    BalasPadam
  6. menyelerakan..sesuai dibuat untuk berbuka ni :)

    BalasPadam
  7. Baru je buat utk bbuka puasa td..sya siatkan kurma skali sedap ringkas n mudah

    BalasPadam
  8. Saya da try wat n mmg sedap...tq share resepi

    BalasPadam
  9. Sy da try buat tp x sdp sgt la.. Rs kayu manis lbeh.. Sdeh plak sy hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah sedih sedih. Banyak lagi dalam hidup yg blh disedihkan. Lagi pulak selera berbeza. Wp 1 sudu kecil kayu manis, mungkin sukatan saya guna tk sama dg yg u masukkan.

      Padam
  10. Nak buat esk...yeay.

    BalasPadam
  11. saya dah try.. mmg sedap sgt.. tq kak azie...

    BalasPadam
  12. thanks for this recipe. memang sedap, tapi terlalu manis utk tekak saya. next time saya cuba kurangkan gula.

    BalasPadam
  13. Sedap..dh try,terima kasih utk resepi

    BalasPadam
  14. Saya sedang mncuba resepi harap2 sedap mcm pn buat,nk tnya apa beza bakar dan kukus

    BalasPadam
  15. sy pon tgh wat nie...xde kismis..gune kurma jer...huhh..harap2 menjadi..

    BalasPadam
  16. Xdak kulit kayu manis boleh buat tak?

    BalasPadam
  17. Hr ni try buat utk berbuka. Cuma ganti kismis ngn kurma. Sbb kismis tiada. Minta2 lah sedap..
    Yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah. Sambil masak sambil berzikir dan doa supaya masakan menjadi sedap.

      Padam
  18. Alhamdulilah byk resepi dr blog akak sy wat menjadi n byk bnda sy bljar dr blog ni...

    BalasPadam
  19. Nak tanya...xpyah buat dobel boil baked ye kak...tq

    BalasPadam
  20. Azie. Boleh ke jika saya 'lumatkan' roti supaya masak nanti mcm kueh pudding bila di potong? Tak nsmpak roti nya. Tkasih.
    Noreen

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Puan. Nak tanya, kenapa bila saya buat, kat roti tu masih basah & x masak.?

    BalasPadam