Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap
  
Sebagai menunaikan janji di SINI, saya hari ini ingin berkongsi resepi Kuih Kaswi. Walaupun saya pernah beberapa kali menyediakan kuih kaswi di SINI dan di SINI, namun resepi kali ini lebih istimewa kerana ianya adalah salah satu resepi kuih tradisional yang dikongsikan oleh Kak Sharifah Lok. 

Menurut Kak Lok, kuih kaswi adalah salah satu dari kuih yang sering menjadi pujaan ramai dan paling disukai oleh mereka yang menempah kuih dari beliau. Saya memang sangat sangat gembira mendapat resepi ini dari Kak Lok kerana ianya adalah Kaswi yang paling "perfect" pada selera saya and the best ever kaswi yang pernah saya makan. Hahaha saya memang cerewet sikit bab makan....

Saya menyediakan kuih ini untuk dibawa ke majlis raya serta majlis perpisahan sempena persaraan rakan sepejabat. Memang sedap dengan rasanya yang kenyal kenyal. Saya namakan kuih ini sebagai Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen. 

Yang pastinya resepi turun temurun Kak Lok ini akan menjadi "a keeper recipe" untuk kuih kaswi saya di masa hadapan. Saya suka kaswi yang sedikit lembik seperti ini. Tak perlu risau jika semasa dipotong akan sedikit comot. sebab bila bersalut dengan kelapa akan menjadi cantik juga. 

Kemanisannya juga secukup rasa. Saya kena tambahkan gula pasir kerana saiz gula Melaka yang saya guna mungkin tidak sama dengan saiz gula Melaka yang Kak Lok guna. Gula Melaka kan ada dalam pelbagai saiz dan bentuk. Rakan rakan sepejabat pun memberi maklumbalas yang sama. Alhamdulillah...

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap
Saya sangat berterima kasih pada Kak Lok kerana sudi menurunkan resepi dan cara cara penyediaan serta petua kepada saya. Semoga Kak Lok diberi ganjaran pahala yang banyak dari perkongsian ini....

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga gula hancur. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

69 ulasan for "Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap"

  1. Nampak sedap sangat kuih tu Puan Azie, arwah kakak saya cukup suka kuih ni...:)

    BalasPadam
  2. salam kak azie..cawan ni cawan teh ke measuring cup tu?
    Thanks

    BalasPadam
  3. Terimakasih pd azie kerana sudi share resepi2 yg ada oomph dan telah d cuba. Moga usaha azie d berkati dan teruskan ... teruskan ...

    BalasPadam
  4. ...terus mengidam kueh kaswi pulak.....ehemmmm...

    BalasPadam
  5. Saya sgt suka kuih kaswi. Terima kasih kerana tak lokek berkongsi resepi. Moga dimurahkan rezeki kak Azie.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak..terima kaseh sbb sudi kongsi resepi. tapi saya xfaham gula melaka tu nk letak banyak mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam resepi tu dah tulis pasal gula Melaka. Saya pun tak faham apa yang Anis tak faham.

      Padam
    2. biasa gula melaka bli dlm bentuk buku mcm tebu...

      Padam
    3. Sesetengah tempat jual gula melaka sekeping2 macam belacan tu. 2 keping yg Pn Azie maksudkan adalah 2 keping yg bentuk belacan

      Padam
  7. Terima kasih kak share resepi...akhirnya keluar juga resepi kaswi ni :) ...tgk gambar pon dah terliur

    BalasPadam
  8. sedap ni, teringat pada sorangkawan yang sangat suka buat kuih ni dan sllu bw kepejabat....

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak azie...saya silent reader akak sblum ni...suka sangat tgk resipi2 yg akak share.....salam perkenalan kak azie...saya suhaila...jemput jengah blog saya...saya budak baru belajar..hihihihi...suemanap.blogspot.com

    BalasPadam
  10. As'kum k.zie...nk tnya..resepi kuih ni x guna santan ye...sbb biasanya mak sy buat guna santan..tp elok jugak utk kesihatan kn..

    BalasPadam
  11. Assalam tq kak azie sbb kongsi resepi ni. Sy dah try buat mmg sedap. Tp sy xde gula melaka jd sy gnti dgn gula enau. Derhaka sikit. Tp sdap juga hehe. Fmly pon suka mkn

    BalasPadam
  12. Kalau tepung ubi kayu boleh x...

    BalasPadam
  13. Tgh torai buat ni thanks 4 d recepi chef ☺

    BalasPadam
  14. Aslm. Kak Azie, saya nak tanya lah kenapa saya buat ni dah kukus lebih dua jam dia cair lagi. Dia bawah loyang tu beku lah jugak sikit-sikit tapi bahagian atas tu cair mcm putih telur je. Huhu. Sebelum ni saya ada buat dua kali jadi jadi kuehnye tapi kali ni tak jadi. Adakah kerana saya terlalu berdosa? Eh haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Kalau sebelum ini menjadi, maknanya kenalah cuba lagi. BIasa lah hari tak sentiasa cerah, kan

      Padam
  15. salam kak azie. water bath same tak dgn kukus? sbb kt rumah tkde pengukus. tp nk buat kuih ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama tp jika tak kuat apinya tak berapa menjadi. Kuih spt ini memang susah sikit jika tak diikut caranya.

      Padam
    2. Slm... saye nak tanya.. knape kuih kaswi saye keras?

      Padam
  16. Sedapnya kuih ni..dah buat ikut resepi azie alhamdulillah jadi.
    Hajah rohana amat

    BalasPadam
  17. Salam kak azie, kalo x gune kapur boleh x? Kalau gula Melaka tu digantikan ngn gula caremel jd x?sbb di oversea ni tak jumpa bende alah tu :((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer utk memberi rasa manis. Eila berada overseas di mana. Best nyer

      Padam
  18. Alhmdulillh..trimaksh sudi bkongsi ilmu.Mudh2n azie dmurahkn rzeki.

    BalasPadam
  19. Salam kak Azie, kalau xde tepung ubi blh ganti tepung lain tak?

    BalasPadam
  20. Salam azie...apa fungsi air kapur tu ye?

    BalasPadam
  21. As salam Puan..nak tanya lah, Puan tak gunakan pewarna cokolat, warnanya gelap tak..trksh

    BalasPadam
  22. Saya pun tgh bt skrg.adunan atas tmpat kukus.terima kasih kak azie kongsi resepi

    BalasPadam
  23. saya pun tengah kukus kuih kaswi ni, untuk minum petang kononnya :)


    BalasPadam
  24. Salam syng Azie. Terima kasih kongsi resepi. Tekak terus teringin nk mkn kuih kaswi. In sha Allah, akan ku cuba. 😊

    BalasPadam
  25. Assalamualiakum.. k.azie saya nk ucap terima kasih sbb semua resipi k.azie sdap2.. bl wak nego(berniaga) lagi.. hihihi mntak halalkan semua nya

    BalasPadam
  26. Kak Azie nak tnya sikit..apa yg membuatkan kuih kaswi tu kental eh? Sbb hrtu sy try buat kuih talam ikut resepi akak tp bila da sejuk dia kental gak mcm kuih kaswi..ada kena mengena dgn kalur tak? Kuih talam hrtu sy pakai secalit je pun..mohon pencerahan..tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang tua tua dulu suruh letak kapur nak bagi kenyal kenyal kuih. Tak letak pun tak apa. Jangan terlebih.

      Padam
  27. Salam Azie. Saya paling suka makan kuih ni, arwah mak selalu buat. Terima kasih kongsi resepi. Saya selalu rujuk blog Azie untuk cari resepi. Moga Azie mendapat pahala ganjarannya.

    BalasPadam
  28. Saya pun peminat kak azie. 2 kali buat kuih kaswi guna resepi akak memang menjadi..anak2 pun suka...terima lasih kak kerana menjadi rujukan utama utk memasak kami sekeluarga

    BalasPadam
  29. SAYA DAH BUAT KUEH KASWI NI... SEDAP TKASIH.

    BalasPadam
  30. salam kak azie , nk tanya laaa .. kenapa bila kita potong kuih kaswi tu .. loyang kita tuu mcm berminyak sikit ye ?? sedang kan .. time nk panas kan loyang dlm pengukus .. tak letak minyak pun .. sy yang baru nk belajar ..

    BalasPadam
  31. Kak Azie..sy nk tanya..7 cawan air tu termasuk gula melaka yg dicairkan tu ke? atau kira lain?hubby suka sgt kuih ni..dezz yg xpenah buat..hihihi!

    BalasPadam
  32. Terima kasih kak azie...zura dah buat sedappp sangat....anak2 pon suka makan mcm tu saja..halalkan ye

    BalasPadam
  33. salam.. kak azie, kenapa kuih saya lembik yer bile dh sejuk. klo kukus lme sgt blh jd lembik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kuih ni sedap jika lembik goyang goyang sikit. Tapi kalau terlebih lembik, takut air jatuh masa mengukus

      Padam
  34. Seronoknya bila tengok gambar officemates you, semuanye smile aje dan sungguh sporting. Teringatlah masa I masih keje dulu selalu jak bawa makanan cam mee hoon goreng, kuih seri muka dan kuah lodeh dg nasi impit siap buat port luck lagi dg boss. Sememangnye enjoylah bila masa kita masih bekerja dipejabat dan kita akan tetap menjadi nostlagia bila kita dah berhenti kerja nanti. Sorrylah my comment ni tak de kena mengena dg resepi you anyway keep posting recipes to this blog and lets enjoy trying them. Tq Mam

    BalasPadam
  35. Salam kak azie...sya nk tnye klau gnti gula mlka dgn gula merah boleh ..klau boleh brpa gram ea kak..sya ija 😆

    BalasPadam
  36. Sy guna gula merah menjadi jugak..sukatan sy 1 cawan. Nnt rasa adunan bile da msk tepung kalau kurang manis bole tmbah gula pasir

    BalasPadam
  37. Assalam...kalau sy guna gula merah saje boleh ke sis..terliur plak tgok bkn puasa ni..

    BalasPadam
  38. Tq sis mohon share resepinya ya, tqvm

    BalasPadam
  39. Sya suka cuba reesepi azie kitchen ni..sbb sentia elok & betul sukatan nye..tq..azie..krn membantu sbgai rujukan kami..☺️

    BalasPadam
  40. Assalamualiakum.. K.Azie kuih kaswi gula merah yang kenyal dan sedap kesukaan saya. Pe rujukan nie elok? Terima kasih saling kongsi K.Azie.

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum..k.Azie..maaf brtny.. sy kukus kueh ni.. mula2 1 jam.
    Pastu..masuk kt 2 jam...tp mcm still lembik..melekat kt garpu

    BalasPadam
  42. Tp..Alhamdulillah.. slps tu elok kejadiannye

    BalasPadam
  43. assalam kak azie saya baru try buat kuih ni tapi kenapa akhir2 dia tak jadi warna pekat tapi warna seakan nescafe, macam mana nak buat ya?? nak jgak thu apa puncanya..

    BalasPadam
  44. Hi, I buat smlm ikut resepi Cik. Sukatan secwn = 250ml. Air tinggal byk lepas dituang ke loyang 10" x 10" utk steam. 7 cawan tu air 1750ml

    BalasPadam
  45. Assalam. Saya baru nak try resepi ni untuk berbuka. Tkash Azie ye

    BalasPadam
  46. Tmkasih,sy dah cuba,sedap

    BalasPadam
  47. Saya nak buat sikit je. Buatlah ukuran separuh semua. Tapi saya dapati air 7 cawan untuk 2 cawan tgandum tu terlampau banyak puan. Cair sangat sangat. Saya tambah 3 sudu besar t. Gandum lagi. Cuba puan Azie check tengok ukuran tu betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah btl,sy bt pon cair tgh2. Dah tutup penutup kukus dgn tuala...air xjatuh .pastu kukus dlm 2j...cair jg di tgh2 bhgn ats..

      Padam
  48. Assalamualaikum kak...sy ni seorang suami...kdng2 sy ni minat memasak..suka mencuba resepi2 yg di kongsikan dari akak...bnyk jgk la sy cuba masak ikut resepi akak..alhamdullilah...menjadi..sedap..tq akak kerana kongsikan ilmu

    BalasPadam
  49. Sy dah cuba resepi ni, sama cam yg lain, bhg bwh keras tp tengah bertakung air, sy senduk kluar air dan kukus lg setengah jam. 7 cawan air tu macam cair sangat

    BalasPadam
  50. Blh tak bahan lain yang boleh digantikan kalau tak ada air kapur?

    BalasPadam