Karipap Sardin
Karipap adalah antara kuih yang paling kerap saya sediakan kerana saya memang penggemar tegar karipap terutama karipap sardin. Walaupun badan memang sakit sakit kerana demam dan selsema sejak beberapa hari lalu tapi saya bertekad untuk membuatnya walaupun seorang diri. Teringin sangat sangat. Tapi karipap orang sakit ni, kira asal siap dan jadi karipap jer.
Cantik atau tidak, itu dah belakang kira. Nasib baik, masa tengah mencanai, Nelly balik dan telah sedia menolong mencanai doh sementara saya memasukkan inti dan membuat kelim. Penat penat pun sangat berpuashati kerana karipap saya lah yang paling menepati selera saya. Memang tak puashati makan karipap yang dibeli. Dah lah tak berapa sedap dan mahal pulak harganya. Jika sedap, saya sedia membayar dengan harga yang mahal pun.
Setakat ini, saya mempunyai 3 versi resepi penyediaan doh pastri. Boleh klik di SINI, SINI dan SINI. Kalau ditanya saya ianya hampir sama sahaja, dan yang pastinya semuanya pun sedap dan rangup, jadi bolehlah dipilih mana mana resepi pastri pun jika anda ingin membuat karipap. Perbezaan resepi hari ini dengan resepi yang telah saya cuba sebelum ini ialah kuantiti air. Biasa saya menggunakan 450ml tapi kali ini saya guna 400ml sahaja. Saya membuat pastri menggunakan 1 kg tepung gandum. Memang banyak karipap yang terhasil. Jadi saya goreng separa masak sekadar untuk mematikan tepung dan simpan di dalam freezer bag dan simpan dalam freezer. Jadi lain kali, kali rasa teringin nak makan, tinggal gorengkan sahaja sehingga masak keperangan.

Sebelum kita melihat resepi saya ingin kongsikan sedikit pesanan Ustaz Ibrahim Muhammad kepada saya supaya bersabar walaupun hati disakiti dan diumpat di belakang kerana sabar adalah istana iman. Katanya lagi, dengan bersabar kita akan diberikan ganjaran pahala, sedangkan mereka yang mengumpat akan mendapat dosa besar. Dalam kuliah Dhuha Ustaz Iqbal pula dikongsikan bahawa orang yang masuk syurga adalah orang yang tinggi taqwanya kepada Allah dan baik akhlaknya. Bukan semata mata orang yang banyak amalan soleh tapi mungkin kurang dari segi akhlak sesama manusia. Sekarang ini banyak cara untuk mendapatkan ilmu demi untuk meningkatkan amalan kita. Setiap hari kita dipesan dengan pelbagai pesanan terutama melalui whatsApp. Sama samalah berpesan pada kebenaran kerana mati tidak semestinya pergi pada yang tua ataupun yang sakit. Mati itu pasti...
Jom layan resepi di bawah ini....
Karipap Sardin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air + 1 sudu besar garam
Cara cara:
Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas.
Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam di dalam peti sejuk. Canai doh dan bentukkan karipap. Jika ada lebihan doh, boleh disimpan di dalam freezer.
Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel - tin besar
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis
Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis.
Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.
Sejukkan inti sebelum boleh digunakan.
Cara Membuat Karipap
Saya tidak menggunakan acuan untuk doh yang dicanai. Kalau untuk dimakan sendiri, memang OK kerana saiznya tak sama besar. Selepas memasukkan inti, saya menutup doh, kemudian menekan keliling inti dan memotong lebihan pastri dengan menggunakan pisau.
Lepas tu tekan keliling dan di kelim. Kalau mahu cantik dan sama saiznya, bolehlah doh dicanai dan diterap dengan acuan.
Lepas tu tekan keliling dan di kelim. Kalau mahu cantik dan sama saiznya, bolehlah doh dicanai dan diterap dengan acuan.
Cara Menggoreng
Pastikan minyak yang banyak dan betul betul panas. Selepas itu, api dapur ditutup dan dimasukkan karipap. Kemudian barulah dinyalakan semula api dapur. Dengan cara ini, karipap kita menjadikan kurang berjerawat dan menggerutu. Gorenglah dengan api perlahan sehingga masak dan garing.
Cara Menyimpan
Untuk dibuat karipap frozen atau sejuk beku, ada dua cara iaitu satu digoreng dulu separa masak. Angkat, sejukkan dan masukkan ke dalam bekas bertutup atau freezer bag dan simpanlah di dalam freezer.
Cara kedua ialah dengan menyusun karipap yang telah siap di kelim dan disusun di dalam dulang yang dilapik dengan plastik dengan jarak antara satu sama lain. Masukkan dulang ini ke dalam freezer dalam 30 minit. Selepas ianya agak keras, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas bertutup atau freezer bag. Simpan lah di dalam freezer.
nampak sedap karipap azie simple takyah nk pusing2
BalasPadamSalam Kak Azie...boleh bagi petua tak..macam mane x nak bagi kulit karipap masa digoreng tak terbuka?...terima kasih ya.
BalasPadamasalamualaikum semua..kak siti hajar kena pastikan minyak panas..klu myk tk brapa nk panas tu yg jd terbukak kulit..
BalasPadammak pon suka buat kuih ne...:)
BalasPadam
BalasPadamsaya suka & mau share
Thank you,
ikhlas dr,
lily
Try buat jgak la.. Simple je resepi ni..
BalasPadamTq...nak buat ni.. doakan ye. Br kupas kulit kntg..
BalasPadamJom jln2 ke blog saya jo.
Saya dah cuba buat kulit karipap. Jadi. Mmg boleh ikut resepi ni. Sy buat separuhkan. Pastu inti kentang lada hitam. Tq dpt kulit karipap cantik.
BalasPadamEnter your comment...cantik karipap kak azie ni.kena cuba ni.insyaallah
BalasPadamTeringin wt karipap sendiri..
BalasPadamX puas mkn yg org lain buat hihi..
Bukan x sedap tp xde kepuasan😝
TQ azie 😊
BalasPadamNak tny kenapa bila goreng kulit karipap jadi menggerutu?
BalasPadamCara menggoreng. Blh baca cara menggoreng utk mengurangkan ianya menggerutu
Padamslm k.azie... kalau xde limau boleh ke kita ganti dgn asam keping?
BalasPadamWslm. Boleh. Tak bubuh pun OK juga
PadamMcm mana nk elakkan kelim terbuka sebelum menggoreng? Tq
BalasPadamMcm mna nk buat kelim tu..sya buat xcantik la..hehe..tp resepi ni mmg best..dh try buat..kulit karipap mmg ranggup..sedapp..tq..��
BalasPadamSalam..sya dh try resepi ni..mmg best..kulit karipap mmg ranggup dan sdap..tq k.azie.
BalasPadamTp nk tanya..mcm mna buat kelim cantik mcm tu..hehe
Assalamualaikum wbt. Nak tanya kentang xperlu rebus dulu ye..
BalasPadamTak perlu. Tak mahu terlalu lembut.
PadamCara Menggoreng
BalasPadamPastikan minyak yang banyak dan betul betul panas. Selepas itu, api dapur ditutup dan dimasukkan karipap. Kemudian barulah dinyalakan semula api dapur. Dengan cara ini, karipap kita menjadikan kurang berjerawat dan menggerutu. Gorenglah dengan api perlahan sehingga masak dan garing.
kene buat macam ni setiap kali masuk batch baru ke akak?
Salam. Akak azie...plg sedao guna majerin brand apa ?
BalasPadam