Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang


Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang


Hari ini kami menyediakan Roti Jala untuk dimakan bersama Gulai Kambing di SINI yang saya masak untuk dihidangkan semasa kunjungan Dato Salehuddin dan keluarga di SINI. Juita yang menyediakan roti jala ini semasa saya dan hubby keluar ke rumah terbuka pertama tahun ini di Paramount Garden, PJ. Sekembali di rumah, tengok semuanya telah siap dan sedia terhidang. Masih menggunakan resepi sama yang disediakan sebelum ini di SINI. Memang terbaik resepi ini, kerana sehingga ke malam ianya masih kekal lembut sahaja.


Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang


Sejak akhir akhir ini, kami semua dah tak makan nasi lebih lebih lagi di malam hari. Kalau dimasak 1 pot pun, tak habis dan akan terbuang begitu sahaja. Sejak mengurangkan pengambilan nasi, berat badan saya lebih stabil dan kadar gula di dalam darah juga sudah berada di tahap normal. Jadi bila memasak lauk pauk yang dulunya dimakan dengan nasi terpaksalah digantikan dengan makanan lain seperti roti gandum, pau atau roti jala. Kalau ikutkan doktor pun, nasi bukan satu keperluan tapi lebih kepada kebiasaan masyarakat kita di Malaysia. Ini adalah kerana sumber kabohidrat yang diperlukan badan terdapat juga di dalam makanan lain seperti daging. Jadi kalau ke mana mana open house, roti jala lah yang akan saya cari sebagai alternatif. 



Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang


Jom tengok resepi jika ada yang mahu mencuba resepi roti jala yang sangat lembut ini. Memang banyak resepi roti jala tapi setakat ini, kami masih setia dengan resepi di bawah ini...


Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

125 ulasan for "Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang"

  1. Wahhh..xsabar nak cuba, en hubby suka sangat makan roti jala nih..

    Tima kasih kak..

    BalasPadam
  2. Wah! dah lama tak menjala... terima kasih Azie kongsi resipi roti jala yg sedap...

    BalasPadam
  3. kak azie, time menjala tu kene letak minyak x atas kuali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau non stick, tk payah. Kalau kuali biasa, lap sikit

      Padam
    2. Assalam azie.. ni kak inna dari klang.. nak tnya 1 adunan ni berapa banyak dapat.. cantik2 nya roti jala azie ni..

      Padam
  4. Assalam Azie...satu adunan ni dapat banyak mana ye? tks

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, adunan ini boleh buat utk brapa org? TQ

    BalasPadam
  6. Wow...sedapnyerrrrr laa.....

    BalasPadam
  7. dh sebulan teringin nk buat roti jala tp belum buat2 jgk...lps raya ni in sha Allah....

    BalasPadam
  8. Nak try resipi nie lak..
    Sebelum nie guna mentega.. Rasanya sama dengan minyak kan..

    BalasPadam
  9. Tq kak azie ats perkongsian resepi ni...asalnya sy x de niat pun nak belajar buat kuih muih kelantan ni memandangkan saya n suami menetap di kelantan.Nak makan,cari je kat kedai atau Pasar Siti Khadijah,tetapi sejak anak2 dah besar & punyai favourite food masing2, niat saya kena ubah sebab anak no 3 suka sangat roti jala n kuzi...hehe

    BalasPadam
  10. Thanks sis utk resipi yg senang ni..semua bahan2 dh ada kat rumah...blh cuba esok...bersemngat nak buat ni, almaklumla baru beli acuan roti jala kluaran syarikat menang..thanks ye sis!

    BalasPadam
  11. Tgh try resepi ni..lembut je roti jala nye..thanks for the recipe 😊

    BalasPadam
  12. saya mohon kongsi resepi ni dalam blog saya ye:)

    BalasPadam
  13. Baru je buat hari ne....Memang sedap...Anak2 serta suami pun suka...Terima kasih Kak Azie atas perkongsian resepu ne....Terbaik...Siti kasi 5 bintang ^_^ heheheheh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pon dah cuba. Mmg sedap. Tumbs up kak azie

      Padam
    2. Assalam, dapat utk berapa orang makan kalau ikut sejibik resepi ni

      Padam
  14. Salam kak azie..tq kongsi resepi roti jaa nie..saya dah buat ikut resepi akak..sedap dan lembut..

    BalasPadam
  15. As salam Azie, saya dah cuba resepi roti jala ni. Memang sedap dan lembut. tq for the resepi.

    BalasPadam
  16. nak cuba lah esok... petang ni nak buat donut dlu..

    jemput jenguk rumah saya

    nurulanizantasim.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Tq kak, sy dh cuba..memang lembut dan sedap..

    BalasPadam
  18. Wah boleh try ni. Saya tak pernah buat roti jala. Tapi bila tengok resepi agak yang simple ni...mesti nak try. Thanks kak.

    BalasPadam
  19. Tq puan azie. saya dah buat pagi tadi .mmg lembut dan sedap sangattt...

    BalasPadam
  20. Nak cuba...hubby suka roti jala... tq kak... ^^

    BalasPadam
  21. terima kasih kak azie resepinya...

    BalasPadam
  22. Salam,
    Terima kasih untuk resepi roti jala yang sedap ni. Dah try buat, dapat sepinggan penuh.yum..yum...mmg lembut kejadiannyer. masa menjala punyer la lama...tapi time makan, kejap je habis. :)

    BalasPadam
  23. Salam kak azie. Thanks for the recipe. Baru je buat Utk makan tengahari tadi. 1st time buat sebab resepi sgt simple. Sebelum ini pernah dpt resepi tapi punya lah byk bahannya. Favourite suami ni. Dapat la satu mangkuk penuh Pyrex size medium. Minyak masak tu saya gantikan dgn vco, air saya gantikan dengan fresh milk. :)

    BalasPadam
  24. Salam Auntie Azie.. semalam saya sudah cuba buat. Alhamdulillah jadi. Terima kasih buat semua resipi yang dikongsikan. Saya banyak belajar memasak berpandukan blog Auntie :) Terima kasih.

    BalasPadam
  25. Assalam puan..sedap dn lembut roti jala ni. Nk kirai pun cantik. Terima kasih di atas resepi yg hebat ni ..;)

    BalasPadam
  26. Dh cube buat utk bbuka td..mkn dgn kari ayam..mmg betol resipi pn azie kalu buat mmg menjadi..bnyk dh resepi pn azie sy try..alhamdulillah sedap n cantik..tqvm..

    BalasPadam
  27. Salam, dah try resepi ni banyak kali. Mak ayah, adik adik semuuua suka 👍

    BalasPadam
  28. Nak cuba la arini...hihih

    BalasPadam
  29. Assalam..saya tengah buat ni..terima kasih azie..cantiknya kejadian...lembut dan sedap samgat2...

    BalasPadam
  30. Dah buat..Alhamdulillah menjadi..tq2...

    Jom singgah..

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam
  31. Acik Azie..memang sedap roti jala yg dibuat dgn resepi nie.

    terima kasih..minta izin guna ya ☺

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah roti jala memang sedap tqvm

    BalasPadam
  33. Salam kak, klu adunan yg tak habis dijala boleh simpan dalam peti tak

    BalasPadam
  34. Akak.. Ni boleh pakai acuan botol tu x? Ke guna acuan cawan?

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum...tq sharing.
    Boleh buat roti jala sendiri sbb teringin

    jemput singgah blog saya MARSHA SPORTING MUMMY

    BalasPadam
  36. hihi..cicah kari..cicah serawa durian..syokkk

    BalasPadam
  37. Pn. Zuraidah salam kak,hari ni saya mencuba resepi akak iaitu roti jala.....fuuuhhhh memang jadi kak.sebab menjadi spai 3 kali adunan ,saya pasti suami akan tersenyum lebar sebab isterinya dah pandai menjalaaa .temakaseh kak.

    BalasPadam
  38. Senang sangat resepinya. Terima kasih kak azie.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum puan.

    Terima kasih sudi share resepi ni..mudah sangat. Cumanya saya buat tanpa acuan khas tu..

    http://shyda-dwan.blogspot.my/2015/09/roti-jala-tanpa-acuan.html

    BalasPadam
  40. Ooo...ari ni nak buat roti jala. Ada left over kari ayam yesterday!!! Roti jala fav seme org kat rumah ni...pinjam resipi eh?

    BalasPadam
  41. Wah..Best ni..nk try Cuba buat jg la kak

    BalasPadam
  42. Thanks.. Is this google translated English ? Might help if you could get someone to help you with the editing. :)

    BalasPadam
  43. Hye sis.. saya hasraf.. tgk resepi sis simple aje.. nak cuba masak untuk mak.. hope mak hppy.. tq sis..

    BalasPadam
  44. Teringin nak buat pagi ni Azie....tq ye

    BalasPadam
  45. tqvm yer pn azie
    sy byk n slalu share resepi awak sy guna utk masak sendiri. Minta halal yer. Tqvm
    nadiah razak

    BalasPadam
  46. Tqvm n minta halal yer sy guna resepi awak utk masak sendiri

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum.Terima kasih ...atas perkongsian ilmu masakan yang manfaat..dan saya minta halal resepi yang saya guna...

    BalasPadam
  48. Terima kasih atas perkongsian.. Minta halal ya guna resepi ni semua

    BalasPadam
  49. Aslm..mohon kongsi resepinya kak Azie...

    BalasPadam
  50. mohon kongsi resepinya kak Azie...

    BalasPadam
  51. Mohon kongsi ya resipinya azie....

    BalasPadam
  52. Terima kasih di atas perkongsian resepi tersebut...minta halal yer saya guna semua resepi...memang sedap dan lembut... nurul.

    BalasPadam
  53. sedapnya...selalu tengok blog akk nak cari resepi. tq akk

    BalasPadam
  54. Terima kasih atas perkongsian. Byk resepi puan yg menjadi rujukan saya dan menjadi hidangan kegemaran sekeluarga. Semoga puan sekeluarga dirahmati Allah di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  55. Tkasih kak azie kerana kongsi ilmu..

    BalasPadam
  56. salam kak azie..mohon halalkan resipi2 kak azie ni ye..byk yg sy ambil n cuba buat.. terima ksh byk2 ats ilmu yg dicurahkan.. :) @amy

    BalasPadam
  57. Aslm, ape beza adunan yang same cume yg bezanya 1 telur dengan 2 telur ? Thanks

    BalasPadam
  58. assalamualaikum kak azie, klu adunan putus² kena buat apa ye?? :-)

    BalasPadam
  59. Salam kak azie..nak tanye pasal santan..kak azie guna santan kotak or santan fresh yer?
    Sabtu nk buat hehe tq harap kak azie rply😘😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Yg terbaik santan fresh. Klu tak ada, guna santan kotak

      Padam
  60. Salam Azie,

    Terima kasih atas resepi mudah ini. Semalam saya buat sehingga 4 kali bancuhan. Dapat leih 100 biji.

    BalasPadam
  61. assalamualaikum..mohon share resepi ye....terima kasih

    BalasPadam
  62. Mohon share resepi..tqvm

    BalasPadam
  63. sedapnya roti jala...my feveret time open house..selain laksa

    sudi2kanlah ke blog saya

    adianazulhilmistory.blogspot.com

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum kak azie, sy nk share gak resepi ni. Pastu nk ty, brp kuantiti roti jala yg kita blh dpt ye. Tq akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya tak hitung pulak.

      Padam
    2. Hehehe...xpe kak azie. Apapun resepi kak azie meme d'best. Byk dah yg sy cuba. Tkasih kak sudi curah ilmu..minta halal ilmu ye...

      Padam
    3. Assalamualaikum kak azie. Blh ke kita buat roti jala sebelah malam utk di makan esok paginya...tkasih

      Padam
    4. Wslm. Boleh tapi kena wrap betul betul supaya tak masuk angin atau kena udara. Tapi saya cadangkan bangun awal pagi. Lagi pun tak susah sangat. Buat awal pagi. Lagi fresh

      Padam
  65. Dah buat ikut resepi ni, mmg sedap ..thx kak azie

    BalasPadam
  66. Kak azie.. tqvm.. dah 2x guna resepi akak.. memang menjadi & sedap.. minta dihalalkan ilmunya ya.. :)

    BalasPadam
  67. Sy dh 3 kali buat...mula2 1adunan.
    2nd 2adunan..hari ni 1kg terus..fuhhh
    Berpeloh sakan nk siap... dib baik ank rajin tlv glgkn...
    T.kasih sis azie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu 1kg, sis dpt brape gulung roti jala?

      Padam
  68. dh lama x mjala...ari ni x kijo bole lh menjala....

    BalasPadam
  69. Assalam, thanks share resepi ni! dh try buat and sgt sedap, buat smp 3 adunan :)

    BalasPadam
  70. Askm ....terima ksh kpd kak Azie,dah lama sy ikuti resepi roti jala kak azie ne..mmg sedap dan lembut...

    BalasPadam
  71. 1 adunan dpt berapa roti jala ye.. utk brp org mkn?

    BalasPadam
  72. sukatan bahan yg mudah.cara2 yg ringkas dan senang faham.Thank you.

    BalasPadam
  73. Assalamualaikum. Nak tanya minyak masak tu, minyak yang dipanaskan atau tidak? Mohon pencerahan

    BalasPadam
  74. Tq kak azie for the recipe. Dah cuba, alhamdulillah menjadi dan sedap.

    BalasPadam
  75. Terima kasih atas resepi. Saya sekarang belajar di UK tetiba mengidam dapat la buat sendiri hehe, acuan ni dapat la dalam 30 ketul roti jala. Disebabkan takde santan kitorg gantu dgn susu je. Saya post gambar hasil di instagram saya beserta link kpd resepi ni @hazimikhwan

    BalasPadam
  76. Hari ni buat kari kambing, husband plak x nk mkn nasi. Dia kata klu ade lempeng sedap ni. Terus teringat acuan roti jala baru je beli kat diy last week. Kd google terus dpt resipi sis azie. Thanks a lot. Sedap rasanya tp jalanya belum berapa nak jadi. Baru first time buat.tp anak anak dan husband suka. Husband ckp, lepas balik kayuh, klu ade lagi tolong simpan ye. Hahaha.
    Thanks azie.

    BalasPadam
  77. Memg sgt sedappp..tq kak bg resepi yg sgt osemmmm ni😁😁😁

    BalasPadam
  78. Tenkiu utk resepinya...br nak belajar

    BalasPadam
  79. Hari ni tak nak makan nasi so lunch teringat nak masak roti jala ni...hari tu dah cuba menjadi...tq Azie suka sgt dgn resipi2 Azie semua marvelous!!

    BalasPadam
  80. Da buat ikut resepi ni, hasilnya mmg roti jala yang sgt sedap dan lembut aja.

    BalasPadam
  81. As salam saya mintak izin nak buat ikut resepi ni..t.kasih azie

    BalasPadam
  82. Petang ni sahur nak buat roti jala so nak try resepi ni...tk sis kongsi di sini..:)

    Jemput ke blog saya

    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam
  83. Haha...silap sis bukan sahur untuk bula puasa... alhamdulillah dah try buat resepi ni...sedap anak2 saya suka...tk sis azie...

    BalasPadam
  84. Tk k.azie... nk cuba wat bbuka ptg ni..mkn dgn serawa durian...hm..

    BalasPadam
  85. Kak zie .sy mmg suka smua resepi kak zie mmg bagus . Memandgkan sy studnt blajar masak dari resepi2 kak zie . Tq akk

    BalasPadam
  86. Assalamualaikum kak, api nak masak roti jala tu api sederhana atw kecil?

    BalasPadam
  87. Tk kak azie. Dah cuba resepi ni. Sedap even 1st time cuba menjala. Selalunya mmg ke blog akak utk try resepi2 lain. Thanks again kak

    BalasPadam
  88. Tq for sharing kak azie.. nak buat perisa pandan ptg ni utk jamuan raya.. mkn dgn kuah durian 😊

    BalasPadam
  89. Dah try buat ikut sukatan ni sempena puasa sunat di bulan Syawal..Menjadi dan sgt lembut....Kirai nya pun cantik..halus2 je.....Saya buat makan dengan kari ikan ala mamak Penang...best sgt...Nanti nak buat lg..

    BalasPadam
  90. Dah usha lama resepi ni. Baru buat hr ni. Alhamdulillah. Jadi dan sedap. Terima kasih puan Azie. ;)

    BalasPadam
  91. Kegemaran suami ni, nanti nak cuba resepi yg ni pulak

    BalasPadam
  92. Kalau resepi mak saya lg simple.. 2cawan tepung gandum.
    2cawan air.
    1 bijo telur.
    Sedikit garam n serbuk kunyit.
    Lepastu blendkan dia. Dh siap bolehlaa start buat dkt kuali dah hehe.. tp yg kak azie ni ada tambahan minyak masak dan santan an..?

    BalasPadam
  93. saya juga dah cuba... Alhamdulillah. thank u pada yg empunya resepi. barakah buat beliau sekeluarga

    BalasPadam
  94. Nak tnya buat roti jala yang 3 cawan air/susu/santan..ketiga2 bahan tu kena masuk ke @pilih slh satu? Boleh wssp sy x kat 0196546115..sbb sy jrang bukak blok..siti

    BalasPadam
  95. terima kasih, kak azie..dah cuba resipi..memang lembut dan sedap.

    BalasPadam
  96. Salam kak azie..mmg mnjdi resipi kak azie...Biasalah dah kahwin n..Kna try mcm2..Walaupon x brp mahir..Tp, bila ikut resipi akq..Sronok plak rsa bertukang dkt dapur

    BalasPadam
  97. Nk tny..Adunan roti jala n mcm mna nk tahan smpai esoknya..

    BalasPadam
  98. Tq kak azie..Sy dh try bnyk resipi akq..Alhamdulillah smua mnjdi..Maklumla sy xbrp reti nk msuk..Tp, bila guna resipi kak azie..jdi..Rsa sronok sgt..

    BalasPadam
  99. Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
    I nak share Resepi Roti Jala Mat Gebu.
    Boleh try ni....Taste memang sdaap gila sampai jilat tangan.
    Source and citation: http://resepirotijalamatgebu.blogspot.com/

    BalasPadam
  100. mmg sedap saya dah cuba...jala jer tak tentu arah roper nya...payah gak nak design jala nie :)

    BalasPadam
  101. Terima kasih puan. Memasak adalah hobi saya yang ketiga. Mohon share ya. Semoga Allah berkati usaha puan ini. Insya Allah.

    BalasPadam
  102. Hari tu saya buat roti jala folo resepi kak azie. Menjadi n lembut jaa roti jala nya.
    Tq kak share resepi. :)

    BalasPadam
  103. Terima kasih Pn Azie kongsi resepi.
    Banyak pahala dapat.
    Banyak kali dah saya menjala guna resepi ni sepanjang ramadhan sebab anak suka sangat.

    BalasPadam
  104. Kalau pagi kirai, dan petang nk kirai lagi, adunan perlu masuk aisbox atau dibiarkn di luar saja?

    BalasPadam
  105. tq kk azie, most of ur recipe sy dah try. mmg sedapp. minta halalkan recipe ye

    BalasPadam
  106. Mohon tiru resepi ye kak Azie. Tq

    BalasPadam