Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis


Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis


Ini adalah entri yang dah lama bersawang. Kita layan jer. Sambil sambil menyediakan Kuih Bom berinti Kacang Hijau dan Kuih Lompang, saya juga memanaskan lauk yang masak sehari sebelumnya. Belum sempat dihidangkan telah disimpan di dalam peti ais. Sementara hubby tiada di rumah, saya malas lah pulak untuk keluar makan. 

Melihatkan ada 2 biji telur masin yang diperolehi semasa menghadiri wedding Azmeer di Melaka, saya terus memanaskan lagi kuah Gulai ikan Sembilang yang sangat sedap dimakan dengan telur masin. Serius, sangat sedap gulai yang dimasak menggunakan Rempah Segera Naim Gulai ikan Sembilang Tanjung Dawai ini. 

Sebenarnya inilah kali pertama, saya menerima telur masin sebagai buah tangan dari majlis perkahwinan. Tapi OK lah sebab saya memang penggemar telur masin. Saya boleh menghabiskan sebiji telur masin sorang sorang. Memang berselera makan kalau ada telur masin.


Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis

Tapi bila dilihat yang ada 2 lauk berkuah, jadi saya pun mengeluarkan bahan bahan untuk membuat Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis supaya ada juga lauk kering. Resepi ini telah saya kongsikan sebelum ini di mana saya memperolehinya dari Black Rose. Roslina Hitam, rakan sekerja yang dulu membawa tempe untuk dimakan bersama roti Gardenia untuk bersarapan. Sejak itu, saya menyalin resepi dan selalu menyediakannya sebagai lauk segera di rumah kami. Ini adalah kerana penyediaan nya sangat cepat dan ringkas.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini. 



Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis

Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis

Bahan bahan:
Segenggam ikan bilis - goreng rangup
1 keping tempe - potong kecil dan goreng rangup
10 cili kering - kisar
5-6 ulas bawang merah - tumbuk kasar
1 biji kentang - hiris wedges & goreng (opsyenal)
Garam
Gula

Cara cara:
Selepas menggoreng ikan bilis, angkat dan ketepikan. Goreng pula tempe, angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar sehingga cili masak dengan api perlahan. 



Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis


Selepas cili masak, masukkan bawang merah yang ditumbuk. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak lagi sehingga ianya terbit minyak.



Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis

Masukkan garam dan gula. Padamkan api dan kemudian tuangkan ikan bilis dan tempe goreng. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan samada dengan nasi putih atau dimakan bersama roti putih.



Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis"

  1. masakan simple gini yang meleleh air liur.. hihi..

    BalasPadam
  2. Kak Azie, this is my favourite!

    BalasPadam
  3. Boleh juga tambah kentang potong nipis digoreng garing.

    BalasPadam
  4. Salam kak azie, kalau bawang merah boleh tak jika dikisar selain dari ditumbuk? adakah rasanya akan sama?

    BalasPadam