Kek Minyak Gebu Dan Sedap
Telah lama saya teringin membuat Kek Minyak selepas terpandang kek yang disediakan sahabat saya, Nikee dari Laman Dapur Helen. Tapi keinginan terpendam gitu jer selepas disahkan allergik dengan tepung gandum. Kini selepas lebih 9 bulan berlalu, allergik saya beransur pulih, saya mula membuat dan makan kek semula walaupun dalam jumlah yang sedikit. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menikmati makanan kegemaran saya. Cuma udang dan ketam masih saya ketepikan. Lagi pulak, umur macam saya ni, saya dah puas menikmati semua makanan laut yang sedap sedap. Inilah masa nya saya berhenti demi untuk kesihatan diri.
Kek ini saya sediakan selepas balik dari Tropicana Medical Centre menemani Boy yang menjalani prosedur sinus. Di samping itu, saya juga menemui doktor pakar untuk rawatan susulan. Hmm lepas satu persatu masalah kesihatan yang timbul walaupun tidak serius tapi memerlukan langkah penjagaan awal dari segi pemakanan dan senaman. Saya dinasihatkan supaya melakukan sedikit aktiviti ringan seperti brisk walking.
Terus terang, sekarang ini saya merasakan diri seolah mengejar waktu yang tertinggal di masa masa lalu. Terasa persediaan yang jauh dari mencukupi. Saya berdoa memohon ruang masa dan mencari peluang sebanyaknya di waktu waktu tersisa, tiada masa lagi untuk bersuka ria. Tidak ada waktu untuk disiakan dengan aktiviti yang tidak memberi manafaat. Al Quran kini adalah teman setia saya yang mendampingi sepanjang hari. Semoga kecintaan ini akan selamanya kekal di dalam diri saya. Insya Allah, Ameen.
Berbalik kepada Kek Minyak ini, memang sangat gebu dan moist. Saya makan ketika masih panas panas kerana dah tak sabar untuk menunggu ianya sejuk. Saya menghulur sedikit kepada jiran saya yang sangat baik hati. Ke mana sahaja pergi, ada sahaja buah tangan yang dihulurkan kepada kami. Beruntung mempunyai jiran yang baik dan berbudi bahasa pulak. Sementara naik ke bilik, saya menjamah lagi sekeping kek yang telah sejuk. Aduhaaii gebu dan sedap sangat. Sangat sesuai kemanisannya dengan citarasa saya. Hahaha saya memang suka kek kosong ala kek kampung begini. Terbaeekk...
Terus terang, sekarang ini saya merasakan diri seolah mengejar waktu yang tertinggal di masa masa lalu. Terasa persediaan yang jauh dari mencukupi. Saya berdoa memohon ruang masa dan mencari peluang sebanyaknya di waktu waktu tersisa, tiada masa lagi untuk bersuka ria. Tidak ada waktu untuk disiakan dengan aktiviti yang tidak memberi manafaat. Al Quran kini adalah teman setia saya yang mendampingi sepanjang hari. Semoga kecintaan ini akan selamanya kekal di dalam diri saya. Insya Allah, Ameen.
Berbalik kepada Kek Minyak ini, memang sangat gebu dan moist. Saya makan ketika masih panas panas kerana dah tak sabar untuk menunggu ianya sejuk. Saya menghulur sedikit kepada jiran saya yang sangat baik hati. Ke mana sahaja pergi, ada sahaja buah tangan yang dihulurkan kepada kami. Beruntung mempunyai jiran yang baik dan berbudi bahasa pulak. Sementara naik ke bilik, saya menjamah lagi sekeping kek yang telah sejuk. Aduhaaii gebu dan sedap sangat. Sangat sesuai kemanisannya dengan citarasa saya. Hahaha saya memang suka kek kosong ala kek kampung begini. Terbaeekk...
Kek Minyak Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru
Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Dua kali dah saya jenguk sini hari ni jer, menatap kek gebu gebas ni sambil telan liur, nak buat sendiri tak cukup bahan buat masa ni. Bersabar jer la skang ni hihi.
BalasPadamcantek nye kaler kek nih.
BalasPadamCantiknya la warna kek ni..Nmapk pon dah sedap ape lagi rasanya kan. Suke sangat tengok menu2 yang Puan Azie masak,,
BalasPadamHi Kak Azie! I love the bold colours of your cake. The texture looks very fluffy.
BalasPadamSalam ziarah Dan ukhwah. Kombinasi warns yg menarik, Kek mmg sedap.
BalasPadamassalamualaikum Kak Azie, saya ada juga cuba resipi yang akak kongsi.
BalasPadamThanks ya.
Tapi nak tanya ni, macamana akak tau yang sah alergi tepung gandum? ada cara ke untuk doctor tau kita alergi apa?
Kena ambik darah dan buat allergik test.
PadamGebunya.. Nampak sedap..bahan pon mudah.nk try la! Tq share resepi! :)
BalasPadamhttp://ourlovebonding.blogspot.com/
Salam sy nk ty klu kukus blh x? Agk2 jd x
BalasPadamSalam kak.. Saya salin resepi ye. X pernah buat lagi kek ni
BalasPadamAssalamualaikum puan,
BalasPadamBaru tadi saya cuba resepi puan with some alteration : omit ovalette dan asingkan putih telur dan dipukul sehingga stiff peak. hasilnya tetap gebu dan sedap!terima kasih puan atas perkongsian.
As salam
BalasPadamTerima kasih sis atas perkongsian ilmu ni...mmg senang dan mudah
Salam..kak Azie..pagi-pagi subuh bersemangat nak try resipi ni. Alhamdulilah..berhasil. Cm diana tak buat clor pelangi lagi. diana buat perasa pandan jer. next time try clor pelangi pulak. Tq di atas resipi ini.
BalasPadamAs salam...
BalasPadamTengok gambar pun dah terliur.
Kek yang sempoi..sedap..tak jemu dimakan..nyumnyum.
jemput singgah blog saya ya.
http://zaizamrichvitashop.blogspot.com/
slm tgk pun dh menarik tertarik mohon share yer...tq
BalasPadamkaler cantek...hmm yummy...
BalasPadamKalau mcm ni 1 kg ada ke
BalasPadamAssalamualaikum....saya dah mencuba resepi kek ini...Alhamdulillah menjadi terima kasih berkongsi resepi
BalasPadamSaya dah buat petang tadi. Hasilnya sgt gebu dan moist. Nampak macam kering. Tapi bila makan.. tak mengkelan (tercekik) pon. Dan sgt lah menyerlah warnanya. Saya buat kaler purple, pink, oren.
BalasPadamSy br siap buat ikut resepi akak..menjadi..hihi..
BalasPadamSy mmg suka follow resepi mskn drp akak.. T.kasih sbb kongsi resepi..
-Shikin
Yupp alhamdulillah mnjadi, sy dah cuba smalam..sngat gebu n sngt sdap :)
BalasPadamAssalamualaikum kak azie...nak tnya..sukatan cawan tu..ikut cawan biasa ke atau mcmna yer? Hhhuhuhu saya baru belajar bab2 kek ni.
BalasPadamWslm. Guna cawan standard. Beli di mana mana supermarket atau kedai menjual peralatan membuat kek.
PadamBru siap mngadun dn bru msuk oven..pepagi lg dh smgt nk buat kek.hrp mnjdi sep n gebu mcm kak azie punye kek..terima kasih bkongsi resepi..sayanggg kak azie kerana Allah
BalasPadamdh try buat.. not bad.. dulu guna kukus, ni first try bakar pulak.. n menjadi.. haha..
BalasPadamTqvm, sy dah cuba, mmg mudah dan sedap.tq sis
BalasPadamSays nk tanyer..klu minyak jagung ganti ngan minyak masak blh x??
BalasPadamBoleh. Tapi kurang sedap.
PadamMaaf bertanya..jika tak ada ovalette.. menjadi tak kek ni
BalasPadamJadi tapi mungkin tak segebu dg guna ovallete
Padamsalam kak Azie, thanks kongsi resepi kek minyak kukus yang moist ni.Saya dah try, cuma saya nak tanya, boleh tak kak Azie kongsi brand atau jenis pewarna yang sesuai dan cantik utk buat kek kukus macam ni.Akak guna pewarna yang cecair ke atau yang serbuk?
BalasPadamSalam kak..kalau tak letak ovalette,kek kita x kan naik cantik ke
BalasPadam