Sambal Tumis Ikan Bilis Sebagai Lauk Nasi Lemak
Sekembali dari Ipoh bulan lepas, saya tidur seketika kerana terasa sangat kepenatan melakukan perjalanan di dalam cuaca luar yang panas. Sebaik bangun, perut pun mula terasa lapar. Saya turun ke bawah untuk memasak Nasi Lemak. Kebetulan banyak stok ikan bilis yang hubby bawa balik dari Tawau.
Sementara saya tengah memasak, Nana balik dari kerja dan terus ke dapur menanyakan apa yang saya masak. Selepas itu, Nelly pula balik dari pejabat dan terus makan. Pendek kata sangat berbaloi baloi saya memasak hari itu kerana semua anak anak makan di rumah.
Jom kita tengok resepi saya untuk memasak Sambal Tumis yang asalnya saya pelajari dari sepupu saya, Cikgu Wan Faizah selepas merasai sambal beliau yang sangat sedap.....
Sambal Tumis Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.
Sedapnyer..owh. Saye baru tahu pasal letak gula dahulu tu. Terima kasih kak.
BalasPadamBaru warnanya berkilat dan merah cantik
PadamAndai guna gula melaka lg cantik warna sambal tu
PadamSalam Puan Azia..
BalasPadamSayapun kalau buat sambal, mesti kena ada rasa manis-manis pedas, kalau tak, memang anak-anak tak nak makan ...
K azie..Nk tanya mmg pakai bwg puth 1 labu ke?
BalasPadamYa. Tgk pada jumlah juga. Yg tu, mmg byk. Guna 3 biji bawang besar. Kalau masak utk 1 bwg besar, blh guna 3 ulas bawang putih jer.
Padamk.azie: nape byk sgt guna bawang putih?...1 labu ke 1 ulas?
Padambiasanya sy letak 2 3 ulas jer...hehe
Cantiknya. Warna merah berkilat. Nk mkn pun rasa berselera
BalasPadamSalam kak azie..
BalasPadamIkan bilis tu perlu digoreng dulu atau tidak?
Mana yg lebih baik?
Mohon cadangan akak...
Wslm. Dulu saya goreng tapi jika tak kena cara, ia akan menjadi liat. Saya lebih suka dimasukkan terus ke dalam sambal yang telah garing
PadamAs salam..mohon halal resepinya yo
Padamterima kasih utk resepi �� sedap!
BalasPadamYummy...👍👍
BalasPadamTq saya br tau letak gula dlu tu...
BalasPadamNak dapat bonus sambil goyang kaki???
BalasPadamklik link di bawah dan register as new account
then anda akan diberi referral link
then promote referral link anda dekat fb, twitter, whatssap, wechat and macam2 pun boleh...
rugi tak cuba..
payment via cheque (min 500 US Dollar)
http://myinvitepay.com/?ref=277008
Kenapa sambal saya warna oren?
BalasPadamMmm First time try buat
sbb awk guna bwg byk sgt kot.. x padan dgn kuantiti cili.. kak zie guna 3 biji bawang utk cili yg banyak.. kalu cili sikit, guna 1-2 biji bawang ikut cili byk mana
PadamSaya dh buat ikot resepi kak azie...
BalasPadamSedap n sambal look cantik!!!
Trm kasih azie kitchen. Byk manfaat yg sy dpt de blog ni. Sy budak br belajar, rasa seronok bila dpt memasak. Trm kasih. Nk try buat nasi lemak plak! :)
BalasPadamsalam kak zie.. nak tanye, 1 mangkuk tu, mangkuk besar mana ye?
BalasPadamThanks sis azie utk resepi...😊
BalasPadamsedapnya....mohon share resepinya kak azie...
BalasPadammmg sdp!
BalasPadamTerima kasih dgn resepi tu..nak try lpas nie..huhu
BalasPadamSalam kak azie,nmpak sedap smbal bilis ni.. nnti nl cuba,tp bwang putih tu guna 1biji atau 1labu? ☺
BalasPadam(Adda)
Wslm. Satu labu
Padamwah thanks kak Azie utk resepi ni..
BalasPadamSy br je buat ni...tunggu husband mkn,suruh dia komen....hehe
BalasPadamTerima kasih utk resepi2 akak..byk yg sy masak
BalasPadamguna resepi akak..utk sambal bilis sy lebih suka ikan bilis yg xdigoreng..lg terasa ikan bilisnya..ap2 pn terima kasih utk resepi2 akak.
Try masukkan daun limau purut.lagi wangi bay sambal
BalasPadamAssalam.. sy nak tanya mangkuk tu kecik ke besar ye puan?sy baru nak belajar masak nasi lemak 😄
BalasPadamMangkuk yang sedang saiz nya.
PadamSooooddaapppp.!!!
BalasPadamPengen banget bikin ini, gula nya gula merah/Jawa atau gula pasir putih yaaa??? Bales yaa, mau bikin, hmmm enakkkkk, waktu ada pameran budaya kata sini, saya cuba makan nasi lemak Malaysia, teringat trus sama sambal nya, alhamdulillah ade resep ini
BalasPadamBisa guna gula pasir dan masukkan sedikit palm sugar atau gula jawa supaya menambah lemak.
PadamKak Azie, boleh sy tanya saiz mangkuk mcm mn? sebab ada mangkuk kecil dan besar
BalasPadamSorry nak tanya soalan budak mentah... 1 labu bawang putih tu maksudnya 1 clove ke 1 bulb/head of garlic?
BalasPadamBoleh check dalam english translation. 1 bulb tu 1 labu. 1 clove is 1 ulas.
Padamassalam,kak azie..apa kbr?xthu sjk bila suka masak..dan google tntg mskn..mgkn smnjk prgnnt.. sblum ni ssh ke dpur..kak azie punya blog sy cari..dan mskn²nye sy try..sedap kak..mhn mf dan halalkn ilmu nye kak..terbaik smbal ni.mula² terperanjt juga 1 labu..tp rupanye sdp..
BalasPadamTq kak azie ats resepinya..☺
BalasPadamHarini saya masak sambal nasi lemak guna resepi kak azie tuk celebrate birthday anak saya. First time buat...hehe..tq kak azie.
BalasPadamFirst time cooking sambal and it's a success. Tq azie!
BalasPadamassalam. nk tanya ikan bilis tu nk rendam air berapa lama. mcmna nk buat ikan bilis tu jd lembut. saya buat sambal ikan bilis tu liat.
BalasPadamWslm. Tak perlu rendam. Sekadar utk membasuh sahaja. Masukkan dlm sambal dan masak lama lama akan jadi lembut
PadamAssalamualaikum, kalau kita goreng ikan bilis tu dulu boleh ke? Then baru masukkan ke dlm sambal?
BalasPadamWslm. Boleh juga tapi kena tahu cara kegaringannya supaya ianya tidak menjadi liat bila terkena dengan sambal.
PadamAssalamualaikum kak Azie ... all ur resepi memang terbaik . My fav and jadi fav utk semua family and friends yg dtg umah . Asam pedas Melaka .
BalasPadamMay Allah swt bless you and family
Regards
Jusmira Jamaluddin
Melbourne
Wslm. Salam juga buat orang Melbourne
Padamsy dh try tapi xtaw knp pedas gila...menangis sy mkn sambal tu...huhuhu..
BalasPadamhana
melbourne
As salam Hana. Ada 2 kemungkinan. Satu, cili kering memang jenis pedas terutama yg kerinting. Kedua, cili tidak benar benar ditumis garing. Tanda ianya telah garing ialah ianya pecah minyak dan sedikit berbuih. Jika tidsk benar benar masak, akan terasa pedas spt cili mentah. Tumis dengan minyak banyak dan api kecil sehingga ianya benar benar garing
PadamSalam kak zie..
BalasPadamAlhamdulillah, baru habis buat sambal ni. Esok husband nak bawa g keja. Kiranya request dia lah.
Sy pakai cili giling paste. Tak berapa pandai sebnrnya. Prefer yg cili kering asli.
Apapun, sedaaaaapp sangat. Hihi.
Hi Ms. Azie
BalasPadamToday first time I cooked sambal by following your recipe. It came out bitter a bit. Can you please advise how to avoid sambal being bitter in taste please? I am Indian from India, speak hindi, working in Malaysia. I love nasi lemak especially with spicy sambal and your sambal looks so gooood. Thank you for sharing.
Hi Iman. Thank you for following my blog and trying the recipe. I guess it taste bitter due to burnt of the chili paste. When you stir fry the blended ingredients and the chilli paste, must use slow fire for at least 20-30 minutes until it is fully cooked and oil rises at the surface. Then only to add sugar and stir well before the rest of the ingredients. Hooe it helps. Please try one more time.
Padamnak cuba lahh😄 xda idea nak masak apa...
BalasPadamHello sis. Rasa sambal ikan bilis ni rasa macam sambal ikan bilis yeos tu ke? Sebab saya tengah cari sambal ikan bilis tu hahaha. Suka sangat makan sambal ikan bilis dlm tin tu
BalasPadamAssalamualaikum semua! 😍 .
BalasPadamBulan puasa hampir tiba! Dah ade stok sambal garing che' nor utk bekalan sahur / berbuka puasa nanti? .
SMS/CALL – 013 6180 665
Like FB : https://www.facebook.com/SGCPUNCAKALAM/
Wasap : wasap.my/60136180665/SGaziekitchen
🌺 Sambal Garing / Serunding yang wajib ada di meja makan!
🌺 Sambal / Serunding sedia dimakan (ready to eat). Boleh dimakan dengan apa sahaja seperti nasi, roti, bubur...atau nak ratah macam tu sahaja pon boleh!
🌺 Tak perlu simpan dalam peti ais. Tanpa bahan pengawet. Produk halal muslim dan bumiputera.
🌺 Sambal yang tidak terlalu pedas dan extra ikan bilis yang rangup..bila makan, krup krap krup krap ohh nikmatnyaa!
Harga pos pun kita bagi harga BEST dan packaging yang SELAMAT & SECURE sebab kami ejen pos.
0136180665
wasap.my/60136180665/SGaziekitchen
wasap.my/60136180665/SGaziekitchen
wasap.my/60136180665/SGaziekitchen
Kalau terlebih masam mcm mn kita nk buat pn.azie?
BalasPadamMasukkan sedikit gula. Kemudian seimbangkan balik rasa masam masin dan manis
Padam