Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempoyak Ikan Bilis



Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Saya pelajari resepi ini dari sahabat fb saya, Puan Jamaliah Ibrahim yang sentiasa sudi berkongsi resepi tanpa sebarang syarat. Itulah perkongsian ikhlas yang Allah janjikan ganjaran pahala yang besar. Kalau zaman dulu orang begitu kedekut untuk berkongsi resepi terutama orang berniaga. Perlulah diingatkan dengan resepi yang sama, belum tentu menghasilkan masakan yang sama sedapnya. 



Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Begitu juga rezeki seperti mana kita tidak dapat lari dari kematian, begitu juga rezeki Allah akan sampai kepada kita seperti mana kematian akan sampai pada kita. Itulah antara petikan kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad tapi saya tak sempat menyalin hadis diriwayat oleh siapa. Jadi sama sama lah kita berebut ganjaran pahala di akhirat dengan berbuat amalan soleh dan kebaikan sebanyaknya sementara nyawa masih di badan. Ustaz Ibrahim selalu berpesan pada saya yang di saat ini, fokus pada membanyakkan amal soleh dan melupakan urusan dunia yang tidak penting.




Saya teringat untuk mencuba resepi ini setelah teringatkan tempoyak baru yang diberi oleh Kak Nyah, kakak ipar saya dari Ipoh. Memang sedap tempoyak baru, masih terasa manisnya. Kalau dulu tempoyak akan dibawa sahaja dari rumah arwah Bonda Mertua tapi kini, terpaksalah membeli. Bekalan tempoyak memang sentiasa ada di dalam peti sejuk rumah kami. Haaa cuma budu jer tak ada di sini kerana saya tak makan budu, walau pun akan makan jika dihidangkan.

Jom kita tengok resepi dulu....


Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Sambal Tempoyak Bilis Goreng

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak 
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:
8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi - iku pedas disukai
3 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:
Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan

Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.



Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Tambah sedikit air dan kacau hingga pekat. Perasa garam dan gula dan akhir sekali masukkan bilis yg telah digoreng tadi, kacau sebati. 



Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Tutup api dan sedia dihidangkan. 



Sambal Tempoyak Ikan Bilis




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

15 ulasan for "Sambal Tempoyak Ikan Bilis"

  1. SY BARU NAK MENCUBA NI. NMPAK MACAM MENYELERAKAN. TQVM.!! raihan

    BalasPadam
  2. Sy dh try resepi dan sememangnya BEST.
    x rugi mencubanya....
    tq atas perkongsian resepi ini

    BalasPadam
  3. Terima kasih kak azie. Saya dh try resepi ni utk family. Mmg sedap dan membuka selera.

    BalasPadam
  4. Nmpk mcm sedap..
    feveret encik hasben..thanks sis
    nk try buat resepi ni

    BalasPadam
  5. Baru buat petang tadi. Sedap sangat..
    Alhamdulillah..

    Terima kasih atas resepi enak ni.

    www.natrahmohamed.com

    BalasPadam
  6. Sedapnya....nak try la. Tq resepi nya admin

    BalasPadam
  7. Sy dh cuba..sedapppp...terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini..

    Ps:resepi patin,carrot cake,roti jala dan stew pun dr sini..sedap...terima kasih.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.. Minta izin share resepi,
    Pernah makan Ibu mertua adik yg masak., lama dah cari resepi.Terimakasih sis

    BalasPadam
  9. Asal sy taip nama resepi yg sy nk cuba masak je...nama azie kitchen mesti ada dlm list.alhamdulillah...tq akak.mudah2an allah ganjarkan akak dgn pahala yg berpanjgn...resepi pun ilmu.byk pahala akak.

    BalasPadam
  10. Ye betul. Kalau cari resepi mesti nak azie kitchen. Tq so much kak

    BalasPadam
  11. Ye betul. Kalau cari resepi mesti nak azie kitchen. Tq so much kak

    BalasPadam
  12. Saya dah buat sis..sedap..

    BalasPadam
  13. ikan bilis tu goreng hingga garing ke

    BalasPadam
  14. Alhamdullilah...dah jumpa resepi ni...tkasih kak Azie...saya dah lama sangat teringin nak makan..last sekali saya makan sambal ni masa masih jadi student UM dulu..mak angkat saya org N9...selalu makan dia masak...dah lost contact sampai sekarang..

    BalasPadam