Sambal Sotong Yang Sedap
Selepas melihat Sambal Sotong yang ditayang sahabat saya Chahaya Shiela, di facebook, saya menjadi sangat teringin untuk menikmati Sambal Sotong yang dimasak seekor seekor. Lagi pulak, sotongnya dipenuhi telur menjadikan saya sangat sangat tak boleh tahan. Terus menghantar whatsApp kat hubby. Kebiasaannya saya akan menghiris nipis sotong sebelum dimasak.
Aduhaai bukan nak cakap lah, bau sambal tumis ni semerbak sehingga ke dalam bilik. Semasa saya menunaikan solat Asar, saya meminta Juita mengacau sambal yang sedang ditumis itu dahulu. Aduuh masa tu, dah terbau sedapnya sambal yang sedang ditumis tu. Hahaha sampai ke malam, masih terbau keenakan sambal tumis di ruang tamu. Haa camne tu? Kali ini saya membuat sambalnya agak kering sedikit.
Rahsia untuk membuat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing. Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Manakala untuk menjadikan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing. Itulah tips yang saya belajar dari kawan kawan. Kalau untuk sotong, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar.
Jom layan resepi mudah dan sedap ini...
Aduhaai bukan nak cakap lah, bau sambal tumis ni semerbak sehingga ke dalam bilik. Semasa saya menunaikan solat Asar, saya meminta Juita mengacau sambal yang sedang ditumis itu dahulu. Aduuh masa tu, dah terbau sedapnya sambal yang sedang ditumis tu. Hahaha sampai ke malam, masih terbau keenakan sambal tumis di ruang tamu. Haa camne tu? Kali ini saya membuat sambalnya agak kering sedikit.
Rahsia untuk membuat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing. Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Manakala untuk menjadikan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing. Itulah tips yang saya belajar dari kawan kawan. Kalau untuk sotong, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar.
Jom layan resepi mudah dan sedap ini...
Sambal Sotong
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
10 ekor sotong
20 biji cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji bawang besar - hiris bulat
Garam
Gula
Cara cara:
Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering.
Akhir sekali, masukkan garam, asam keping dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak.
Makae dengae nasik lemok, pun sedap ni. Susoh nok jupo, sutun telor lonni
BalasPadamhuwaa..baca sambil nangisss....tertelan telan air liooooo..
BalasPadamtak cukup sepinggan nasi ni kalau makan sambal sorong ni mesti nak bertambah kalau ada kat rumah sambal ni
BalasPadamAzie, the way you described the sambal sotong got me very excited to try it too. I also like sotong that has eggs. Yum!
BalasPadamSalam Puan,
BalasPadamsaya nak bertanya, macamana nak latak ads nuffnang di blog.
Terima kasih
Ida
Wslm Ida. Mula mula daftar blog dg nuffnang di www.nuffnang.com.my. Lepas tu copy code dari nuffnang dan paste di blog. Masuk ke layout dan insert column for nuffnang code tadi
Padamsalam puan azie..
BalasPadamsaya silent reader puan azie..memang nampak sedap sambal sotong ni.. kechor liyo nengok nye..
salam perkenalan dari ipoh perak..
Kak Azie,
BalasPadamhmmmm....belum lagi 12 pm perut dah berkeroncong tengok gambar sambal sotong u...
i mmg suka sangat sambal sotong...laparnya :P
Sedap nya k.azie.....malangnya,husband x bagi makan sotong......:-(.Rasa nak nangis je bila tengok sambal sotong k.azie ni...huhuhu!
BalasPadamkenapa takleh makan sotong.. alergik ya? tapi mmg nampak sedap, lagi-lagi kalau dapat makan dengan nasik lemak. mesti cuba ni!
PadamSemoga dalam rahmat اللە, t.kasih atas ilmu yg bermanfaat
PadamSalam nk tny. Cili kering tu akk rebuskan dulu tak? Nmpk sdp btol sambal tu ;)
BalasPadamWslm. Biasanya saya rebus tapi ada masa saya rendam dg air panas jer.
PadamMy fav too...
BalasPadamSelalunya azie masak sotong brp min? Sbb klu lama sgt katanya sotong jdi liat..
Macam sedap
BalasPadamAssalamualaikum kak azie...
BalasPadamSalam Ramadhan al-kareem...ya Allah ni memang mengundang air liorku meleleh kak....ish kena buat jap lg ni sedapnye!
Hannani Ruwaidiyah Mustafar
012.314.7529
Blog: For Peace of My Mind
http://forpeaceofmymind.blogspot.com/?m=1
sedap sedap sedap.....hari sy nk try resepi kak azie yg ni plak....semalam masak ayam ikut menu akk azie habis kak.....suami sy siap ratah sampai licinnn
BalasPadamNak try buat tgahari ni..thanks tuan rumah
BalasPadamSedap...try tip n resipe ni.tq
BalasPadamharini nak masak sambal sotong. ikut resepi ini.
BalasPadamkak azie, blog kak azie memang best!
http://ummierna.blogspot.my/
Hmm saye tgh try msk ni...ritu try msk resipi rendang perak kak azie cume kmi tmbh serai n daun limau purut sgt sedap abg ckp...trbaik semua resipi kak azie saye sk....
BalasPadamsinggah menuntut ilmu,,hihi
BalasPadamtq share resepi. nak try buat.
BalasPadamDtg nak try sotong sambal
BalasPadamsy dh try resepi ni. sedap sangat. tq akk atas resepi ni
BalasPadamMcm mana nk elakkan sotong jd liat?? Anggaran bape lama utk sotong betul2 masak dgn lembut.. Kalau sy masak, x penah sotong jd lembut, asyik liat je.. Tolongggg
BalasPadamKnp kak masak x kuar minyak.pdhal kak ltk minyak byk da
BalasPadamThanks sis azie.. resepi..mmg cari resepi nak buat sambal sotong hari ni..
BalasPadamThanks sis untuk resepinya... Semoga di murahkan rezeki dan sentiasa sihat...
BalasPadamWow..nk try kejap lg..tq kak..sy try resipi akak ni..
BalasPadamMemang semua resepi dari azie sedap2 semua.. Kalau nk masak saya google resepi dari azie..sape yg belum try.. Try la segera. Tq azie
BalasPadamSedap
BalasPadamKalau guna cili kering yg dah siap dikisar, nak letak berapa sudu ya?
BalasPadamBoleh agak agak jer. Bergantung pada nak sambal banyak atau sikit. Boleh masukkan sikit sikit. Nisbah banyak bawang dsri cili. Bila agak dsh cukup. Stop. Itu cara orang yang memasak agak agak. Utk ini boleh masukkan dalam 4-5 sudu besar.
PadamSalam puan Azie..
BalasPadamGula kena letak berapa tablespoon ya??
Secukup rasa atau sesuai rasa yg disukai. Ada orang suka manis sikit. Ada orang tak suka manis. Kalau tk pasti masuk 1 sudu dulu dan rasa. Tak cukup, tanbah sikit lagi hingga dpt yg sesuai dg citarasa
PadamMasya Allah... baru lepas cuba resepi ni...trrangkat beb! 🖒
BalasPadamTQ Azie
sedap.
BalasPadamKenapa saya buat.. Jadi banyak kuah.. Tak kering macam tu😫
BalasPadamMohon guna resepi ye puan Azie.tq
BalasPadam