Kek Red Velvet Istimewa Dari Juita
Seperti yang saya tulis dalam entri di SINI, hari jadi saya kali ini agak terlebih istimewa berbanding tahun tahun sebelumnya. Saya diraikan oleh rakan rakan sepejabat di sebelah pagi. Di sebelah malam, sessi makan makan bersama anak anak di Noddle House dan keesokannya saya meraikan bersama beberapa orang sahabat baik di Restoran Serai di Empire.
Untuk majlis di pejabat, Juita telah menyediakan kek Red Velvet menggunakan resepi kami yang biasa di SINI. Kawan kawan ramai yang memuji kek ini yang sangat moist and velvety. Dengan dekorasi simple, kek ini sangat laku dan sekejap sahaja telah licin.
Untuk majlis di pejabat, Juita telah menyediakan kek Red Velvet menggunakan resepi kami yang biasa di SINI. Kawan kawan ramai yang memuji kek ini yang sangat moist and velvety. Dengan dekorasi simple, kek ini sangat laku dan sekejap sahaja telah licin.
Teringat dulu dulu, saya membeli kek Red Velvet di Bangsar Shopping Mall dengan harga RM100 sebiji. Setiap pagi saya akan ke dapur, buka peti dan terus makan kek. Saya akan makan setiap kali ke dapur sehingga kek habis.
Sebenarnya kek ini sangat nyaman jika dimakan sewaktu masih sejuk. Memang heaven gilerr.... Nana juga sukakan kek ini. Pernah sahabat saya, Dato' Daing Khatijah membeli kek Red Velvet untuk Nana sebelum dia balik ke Egypt.
Begitulah kegemaran kami kepada kek yang berwarna merah ini. Tapi kini setelah menyediakannya sendiri, kesukaan memakan kek telah berkurangan, lebih lebih lagi selepas saya disahkan mempunyai masalah allegik dengan tepung gandum.
Resepi ini bukan sahaja digunakan untuk menyediakan kek tapi juga untuk disediakan cupcake dan juga Red Velvet Cheese Cake Brownies. Pendek kata, ini adalah a Keeper Recipe for Red Velvet untuk keluarga kami.
Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri, silakan lah....resepi memang untuk dikongsi tapi bukanlah gambar gambarnya. Kebelakangan ini, terdapat pihak yang mengambil gambar gambar dari blog saya tanpa kebenaran. Saya tidak kisah jika gambar diambil untuk koleksi dan simpanan sendiri kerana saya juga suka menyimpan gambar gambar masakan....
Red Velvet Cupcake
Red Velvet Cupcake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ½ cawan all-purpose flour
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cocoa powder
1 ⅓ cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sudu besar red food colouring
1 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 ¼ cawan gula kaster
1 sudu kecil white distilled vinegar
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara:
Bahan bahan:
2 ½ cawan all-purpose flour
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cocoa powder
1 ⅓ cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sudu besar red food colouring
1 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 ¼ cawan gula kaster
1 sudu kecil white distilled vinegar
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak
dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan
ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan ½ tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Nota:
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan ½ tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Nota:
Cupcake
dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.
Hepi belated besday kak azie..moga selalu sihat ceria disamping insan tersayang juga sentiasa dirahmati olehNya..aamiinn!
BalasPadamSaya dah buat hari ini. Dah lama nak mencuba tapi tak berapa yakin. Sangat lembut teksturnya dan sangat moist. Cream cheesenys sangat sedap. Saya hanya letak 1 cawan gula aising sebab dah manis. Lain kali nak buat cupcake pula. Terima kasih Azie. Sukatan resepi Azie tak pernah menghampakan.
BalasPadamhappy birthday kak Azie...semoga sihat dan bahagia selalu.
BalasPadamas slm kak azie..blh x nk tau 8 oz itu berapa gram yer?? sori sya xtau
BalasPadamGoogle the conversion. Shd be able to get in grams
Padamok tq kak..dh tau skrg.
Padamsedapnye, bole cuba ni..
BalasPadamAssalam kak azie, bole tak kalau buttermilk tu diganti dgn plain yogurt?
BalasPadamSaya tak pernah lagi buat mcm tu. Blh lah cuba tapi rasanya kena tambah air lah sikit sebab buttermilk tak sama kecairannya dg yoghurt.
PadamSalam kak azie.. Nk tanye.. Boleh x all purpose flour tu ganti dgn tepung gandum+baking powder?? Dan boleh x resepi ni guna untuk kukus?
BalasPadamAll purpose flour rasanya tak ada penaik spt self raising flour. Jd kena tambah baking powder. Semua resepi kek boleh dibakar atau dikukus.
PadamTq 4 the info kak... Lagi 1 nk tanye.. Nape kek bleh jd pahit ye?? Acctually, sbelum ni sy ade try resepi Rv ni yg diberi kawan.. Sy kukus.. Tp rase kek pahit n texture nye padat... Kenapa ye kak??
BalasPadamMaybe u campurkan cuka & baking soda terlalu awal dan letak tepi. Bila simpan tepi lama dia jadi pahit. Campurkan dua bhn ni, dah berbusa terus masuk ke adunan tepung.
PadamSis , krim cheese ni tahan brp lama ya kalau letak kat luar. Mudah cair tak
BalasPadamLama juga jika bukan di tempat panas. Tak cair nyer
PadamKak azie , kalau 8 oz ni kira mcm mana ? Kena guna penimbang ke ? Tnpa penimbang tk boleh ?
BalasPadamSalam kak azie.. Nak tanye.. Red food colouring yg akak guna jenis ape? (Liquid/paste/powder/other) dan brand ape..? Boleh share??
BalasPadamSalam kak, kalau vegetable oil tu ganti dengan minyak biasa mcm brand naturel tu bole ke? Tq kak
BalasPadamsedapnye kek red velvet. haritu sy ade buat jgk. tp beli tepung yg dh siap je kt kdai kek. tp sy nk cube resepi ni pulak la. terima kasih ye sbb share resepi yg menarik ni.
BalasPadamTerima kasih atas resepi yg ikhls yg mudah di fahami umum.. =)
BalasPadamThanks a lot for the recipe.. utk substitute buttermilk tu, susu apa ye yg digunakan (full cream, fresh milk, susu cair?) terima kasih :)
BalasPadam-jamilah-
Sukatan guna cawan senang nak ikut, tq Puan Azie..
BalasPadamtq kak azie..sedapnya nampak kek tu..lama dah elly x makan..uhuhhu..nk buat..tkut x jd...elly nak save resipi kak azie ni..
BalasPadamhihihhi....
Assalamualaikum. saya mohon minta resepi ni ye,nk share. nampak sedap bila tgk gmbr. terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum. Nak tnya sukatan cawan ni guna measuring cup or cawan apa2?
BalasPadamWslm. Guna measuring cup
PadamSalam kak..sy sedikit confuse..kalo pkai butter spread ok tak?
BalasPadamSalam kak azie..klu sukat guna measuring cup mcmn sukatan gram nya? Cup ni byk saiz..ngam ke ngn bahan2 lain punya sukatan..takut tepung terlebih pulak klu cup xkena...
BalasPadamResepi di atas hanya guna cawan. Kalau nak guna gram, kenalah cari resepi lain. Yg guna gram.
PadamAssalam kak Azie. Tq for the resepi. Memang sedap sgt2 kek rv ni. Suami & ank2 suka. Mkn gitu saje pon sedap mkn dgn frosting cream cheese lg laa sedap. Hehe..sy buat 1/2 adunan cupcake 1/2 adunan kek. :)
BalasPadamassalammualaikum..boleh x bgi gambar bahan bahan nak buat kek red velvet nii??
BalasPadam{\rtf1\ansi\ansicpg1252
Padam{\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
{\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
\deftab720
\pard\pardeftab720\partightenfactor0
\f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
\outl0\strokewidth0 \strokec2 Semuanya bahan bahan biasa sahaja. Pergi sahaja ke kedai bakeri, semua ada di sana. Semuanya bahan yg biasa dan mudah diperolehi. }
ok..thanks..all purpose flour tuu tepung biasa ke??
BalasPadamTepung serba guna. Pergi kedai bakeri, semua ada
PadamSalam kakazie..tq 4 recipe..ins.Allah nk try utk besday adik.. nk tnya,blh tak nk kukus? Bimbang tak menjadi..tq kak
BalasPadamKalau kita nk kukus guna resepi ni boleh juga tak?
BalasPadamSaya belum pernah mengukus
PadamAssalammualaikum kak azie...salam perkenalan dari ina..ina selalu ikut jugak blog kak azie memang resepi2 akak selalu menjadi...terima kasih dan halalkan resepi nyer ye..😄
BalasPadamSalam ,pn saya dh cuba resepi pn, alhamdulilah sedap pn, terima kasih diatas perkongsian pn...stp apa yg cuba semua akn menjadi, sya buat sempena anniversary saya kemarin...hubby sk n rmi yg mkn ckp x muak mcm yg diaorg pnh mkn....thanks again pn....
BalasPadamsalam. boleh sy tahu resepi ni utk 1 kg kek ke?
BalasPadamButtermilk And all purpose flour boleh dapat kat mana ya puan azi? Nama brand for buttermilk ada tak?
BalasPadamBoleh dapat di mana mana kedai menjual barangan membuat kek spt Bagus, Bake wt Yen, City Bakers dll. Buttermilk tu boleh buat sendiri. Lagi jimat. Tengok resepi cara buat buttermilk sendiri menggunakan susu dan cuka
Padamsalam sis...distilled vinegar tu boleh ganti dgn cuka biasa x?
BalasPadamsalam sis...distilled vinegar tu boleh ganti dgn cuka biasa x?
BalasPadamWalm. Boleh
Padamassalamualaikum sis azie...boleh saya tau x jenis warna merah dari jenama apa yang sis guna???
BalasPadamWilton. Yg mahal, warna nya memang cantik
PadamSalam kak azie. Kalau guna tepung biasa kena letak brapa banyak baking powder? And kalau guna self-raising flour boleh ke? Tq kak =)
BalasPadamsalam...puan azie...mohon maaf ya sebab saya dah cuba buat ikut resipi ni tapi tak berapa nak menjadi....keras dan tak naik....kenapa ya..saya memang suka makan kek ni...
BalasPadamWslm. Saya pun tak pasti kenapa kek menjadi bantat. Saya juga pernah sekali menjadi bantat tanpa diketahui di mana salahnya. Tapi resepi ini adalah resepi yg selalu kami gunakan. Bantat boleh berlaku kerana bahan bahan yang digunakan. Juga boelh berlaku semasa proses membakar. Kenalah cuba lagi.
PadamAssalamualaikum . kak azie . cream frosting nya nie . than brapa hari yaa
BalasPadamassalam susu apa yang digunakan untuk buat buttermilk
BalasPadamFresh milk atau whole milk
PadamSalam sis. Knape kek saya jd 2 warna atas merah & bwh dia koko... tp mmg moist sgt... sedap. Tq so much utk resepi yg marvellous.
BalasPadamSaya mengalami benda yg sama.
Padamsalam, saya sudah mencubanya, lembut dan mulus ... terima kasih kak Azie
BalasPadamAsslamualaik kak Azie. Nak tanya sikit. Apa yg menyebabkan sesuatu kek itu merekah di permukaan. Adakah sebab suhu oven terlalu panas atau adunan dipukul ter'over'? Mohon tips kak. Terima kasih.
BalasPadamWslm. Suhu terlampau panas. Bila nmpk nk merekah, turunkan suhu.
PadamUntuk ganti buttermilk tu guna susu apa ?
BalasPadamAssalamualaikum...����maaf boleh kita guna self -raising flour ..- tepung blue key����TQ
BalasPadamSalam Kak Azie,jazakillah atas resepi. last time buat bw ke tmpt kerja dan kwn2 puji sedap. plan nk buat utk besde en.somi lak. thanks again kak
BalasPadamNampak sedap
BalasPadamSaya nak cuba resepi nie kak Azie.minta izin ye...
BalasPadamAssalamualaikum kak azie.. Nk tnya utk kek ni akak pakai size.loyang berapa?
BalasPadamTq kak azie. Menjadi dan sedap! Sy enjoy buat kek harini��������
BalasPadamAssalammualaikum kak..saya selalu refer resipi akak bila nk cuba menu baru..semua sedap n menjadi..termasuk la resipi kek buah akak tu..
BalasPadamNak tanya if masak guna tepung kek beza tak dgn multi-purpose flour?
wslm. tepung kek berbeza fungsi dengan multi purpose flour. ikut resepi, sis
PadamThanks for the info kak.. 😊😊😊
PadamAssalamualaikum..
BalasPadamKak Azie, saya dah buat banyak kali dgn menggunakan resepi ini.. adik beradik, ipar duai dan kawan2 suami saya semua kata sedap.. moist..dan terbaikk yg pernah diorang rasa. saya nak ucapkan terima kasih pd Kak Azie kerana berkongsi resepi ini.. semoga Allah murahkan rezeki Kak Azie dan dipermudahkan segala urusan.. saya pun simpan resepi ini sbg keeper resepi sy utk red velvet ni..
alhamdulillah kebanyakkan resepi k. azie tg sy pernah cuba menjadi
BalasPadamHi puan azie.. Kenapa kek sy masin? Sy follow sebiji2 resepi puan except yg food coloring tu sy guna yg powder. Tp sy tengok ingredients coloring tu xda pulak tulis salt kat situ..
BalasPadamAssalamualaikum Puan Azie.
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak atas perkongsian resipi kek ini. Saya sudah mencuba sebanyak 3x. Dan kesemuanya menjadi. Alhamdulillah. Buttermilk saya buat sendiri ikit apa yang Puan tulis iaitu susu Dan jus lemon. Saya mohon halal atas segala ilmu ini, untuk saya gunakan sebagai kek jualan saya. Setakat ini semuanya mendapat respon positif daripada kawan-kawan. Terima kasih sekali lagi Puan, mohon halalkan segalanya Dan semoga Allah rahmati Puan sekeluarga. ❤️