Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai


Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai



Sebelum kita melihat gambar masakan dan juga resepi, saya sangat berharap sudi kiranya pembaca blog saya untuk meluangkan masa membaca setiap perkongsian ilmu yang saya selitkan. Hari ini setelah sekian lama tertahan, akhirnya saya menitiskan airmata selepas mendengar berita yang MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Betapa kerdilnya kita, kematian boleh menjemput kita bila bila masa sahaja samada kita bersedia atau pun tidak. Jom kita sama sama tingkatkan amal soleh dan meningkatkan ilmu pengetahuan. 

Kali ini dari kuliah Zohor Ustaz Syarhan mengenai "Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Perkara Ke16 di dalam kitab ini adalah berkenaan perlunya kita bertawakkal dan menyandarkan semuanya kepada Allah. Dengan itu, segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah dan akan diberi segala kecukupan. Sifat orang beriman, apabila setiap urusan berlaku dalam kehidupan, semua disandarkan pada Allah. Tiada satu, melainkan semuanya berada dalam percaturan Allah. Contoh, musibah menimpa MH370, bila mana Perdana Menteri buat pengumuman bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi berhampiran dengan Perth, orang beriman akan redha dan bersabar dan berpesan dengan kesabaran. Nasihatkan mereka yang ditimpa musibah supaya bersabar. Manusia akan rasa sedih kecewa tapi masih ada kebergantungan pada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil.



Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Perkara Ke17 pula ialah saya mesti mensyukuri nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya. Syukur bukan dengan lafaz sahaja tapi apabila kita mentaati segala suruhan dan larangan Allah. Melaksanakan amal ibadah pada Allah. Itulah tanda kita sayang dan berterima kasih pada Allah. Kita jarang bersyukur kerana kita tak nampak nikmat yang Allah berikan. Kalau manusia yang tolong, kita punyalah berterima kasih. Bukan tak boleh, tapi kita kena lagi lagilah berterima kasih pada Allah.  Kalau jiran tak suka pada kita, dia boleh tunjuk. Tapi Allah tak pernah tunjuk jika Allah murka pada kita. Orang yang lawan Allah juga, diberi nikmat. Kita berbuat kebaikan, Allah tak bagi pahala direct. Contoh, baca Al Quran, bukan terus nampak pahala. Tapi janji Allah, siapa beramal dengan Al Quran, akan dapat jaminan di akhirat. Allah menambah kurniaan pada orang yang bersyukur, dan akan bagi kerugian pada orang yang ingkar. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Aku akan tambah, jika kufur, akan diazab. Tak semesti tambah direct, tapi diberi dalam bentuk lain seperti melalui isteri dan anak anak. Cukup dulu setakat ini, sekarang kita bercerita sedikit berkenaan lauk yang saya sediakan ini sebelum pergi ke resepi. Alaaa resepi mudah, semua orang pun pandai menyediakan sambal tumis kan.

Sambal tumis berpetai, tak kiralah udang, sotong atau ikan bilis adalah lauk kegemaran puteri bongsu saya, Juita. Setiap kali melihat saya menyediakan lauk sambal tumis, pasti ditanya kenapa tak dimasukkan petai. Saya pun sukakan petai, tetapi petai rebus. Saya boleh menghabiskannya berpapan papan. Apalagi jika ianya dicicah dengan budu dan isi durian. Arwah bapa saya suka memasukkan isi durian ke dalam budu yang dipicit sekali cili padi dan diperah asam limau nipis. Huhuhu memang terangkat. Tapi saya hanya memakan petai di kala bercuti panjang kerana saya tak suka mulut yang berbau, lebih lebih lagi kala di pejabat.


Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

23 ulasan for "Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai"

  1. Hi Azie! I too love petai but....it gives me a lot of gas. I was told that we have to soak the petai first to prevent this. And durian with budu, that is heaven, my friend! I have not attempted sambal tumis as yet but would love to try it with your recipe. You know what, when I come to your blog I do read what you write. Yes, every word and that's what I do for others too. If someone takes the trouble to write up a post (and I know it is not easy and takes up precious time) we ought to spare the time to read it as well. Though I may not be Muslim, I see no harm in reading the teachings and take with me what I can. Thanks for the sharing, Azie as I know a lot of thought and research has gone into it. Take care!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Mmm.. sedapnya. Saya nak tanya. Bilis tu perlu digoreng ke sebelum?😆

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum puan Azie. Saya suka makan sambal yg ada peTai ni. Sedap sampai bertambah2 nasi. Boleh lah masak stail resepi ini. And thanks for the sharing of Kuliah

    BalasPadam
  4. wslm. Terpulang samada nak goreng atau tidak. Dulu dulu saya goreng tapi kini tak lagi. Tapi saya masukkan setelah sambal garing.Kalau bilis digoreng jika tak kena gaya, akan menjadi liat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masanya nk masuk petai kak?

      Padam
    2. Baru nak tanya ada org jawab dah hihih...kalau cmtu saya tak goreng la cmtu...

      Padam
  5. Assalakualaikum.. singgah dapur kak azie...
    Mcm best je sambal ni.. sy x pandai makan petai tapi suami suka.. hari tu masak guna udang kering.. insyaAllah nk try resepi kakak plk..

    BalasPadam
  6. Jap..nak tanya..bila kita nak masukkan petai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuklah bila bila pun. Jgn terlalu awal takut lembik sgt. Kalau masuk lewat, keras pulak.

      Padam
  7. Thanks for sharing... Selalu ikuti resepi k.azie... Alhamdulillah... Memang bestttt.... :)

    BalasPadam
  8. Assalam kak...stiap kali nak masak mesti google resepi kat blog akak..hehe..terbaik la

    BalasPadam
  9. Bnyk resipi sis kongsikan..tq ya..halalkan ya..

    BalasPadam
  10. Resepi p.Azie memang best...saya suka rujuk resepi puan.t.kasih pn.Azie..

    BalasPadam
  11. Saya pun bnyk rujuk resepi di blog ni. Tkasih share ye, semoga Allah melipatgandakan rezeki pn azie

    BalasPadam
  12. Tq kak azie...resepi k.azie mmg best..tq share ye

    BalasPadam
  13. Setiap kali search resipi, blog Kak Azie is the first hit. Saya dah try beberapa resipi dr blog ni, esp resipi Kelate. Alhamdulillah, so far jadi. Smlm, jiran bagi petai, so nak try buat sambal ikan bilis petai ikut resipi Kak Azie. Tq so much for all the recipes. :)

    BalasPadam
  14. Hi,
    I like your recipe. How can I get the English version please. Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi

      Ingredients:
      1 bowl of anchovies
      Handful of Petai
      1 bowl dried chillies - blend
      3 pcs big onions
      8 cloves of garlics
      1 inch of ginger - optional
      Tamarind juice - tamarind pulp add with 1/4 water, discard the seeds
      2-3 table spoon of sugar
      Salt

      Method
      1. Use a scissor to discard dried chili’s head and cut into 2-3 pcs and boil in hot water for 5 minutes. Drain and discard the chili seeds if you want less spicy.
      2. Blend dried chili, big onion, garlics and ginger with 1/4cup of water till smooth paste.
      3. Pour chili paste into a big wok, stir fry for 5-10 minutes over medium low heat until slightly dried paste (By not adding oil at this time as to avoid oil spill)
      4. Now add in cooking oil, continue stirring over low heat for 30-40 minutes. The chili paste will turn darker, light and oil separated after long stirring.
      5. Add in sugar first and stir till it dissolved before add in tamarind juice and salt. Continue stirring for 5-10mins.
      6. Add in anchovies and petai, continue cooking over a slow fire until it cooked. Where necessary, can add in water.
      7. Leave to cool before storing in the fridge or freeze in small containers for later use.

      Padam
  15. sedapnya ...sekarang jugak saya pergi restoran ...teringin sangat nak makan nasi lemak sambal petai.....nak buat kene tunggu cuti hujung minggu..hehehehe terima kasih admin atas info berguna ni

    BalasPadam
  16. Terbaik resepi puan azie...selalu cuba mmg menjadi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaek resepi kak azie nie..
      Simple n sedap ..😘

      Padam
  17. Everytime nak masak resepi k.azie tetap menjadi pilihan. Hampir Semua resepi k.azie sy try. Alhamdullilah. Menjadiiii

    BalasPadam