Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Goreng Berlada Stail Minang Yang Mudah



Ikan Goreng Berlada Stail Minang Yang Mudah



Hari ini saya nak kongsikan sedikit intipati Kuliah Zohor Dr Mohd Shafie penulis Buku, Kamu Umat Terbaik mengenai petunjuk dan hidayah. Kejayaan kita yang sebenarnya adalah bergantung kepada sejauh mana ilmu Al Quran kita lebih baik dari semalam. Matlamatnya ialah uhtuk memperbaiki akhlak kerana Allah mengukur kita dari sudut akhlak. Penilaian Allah yang penting, bukan penilaian manusia. Kalau baik penilaian Allah, maka kita dijamin bahawa jalan keluar kepada semua masalah yang kita hadapi. Apa yang didefinisi sebagai masalah? Yang ini pun kita belum mampu mentafsir dengan betul. Contoh, kerja berlambak, masalah anak dsb dikira sebagai masalah semata mata kerana ianya tidak menepati kehendak kita. Definisi masalah yang sebetulnya ialah bila kita gagal mengikuti kehendak Allah, gagal taat pada suruhan Allah. Itulah sebenarnya masalah.

Kalau kita tidak membaca Al Quran, kita tidak akan beroleh kefahaman. Bukan sekadar faham tetapi kena diamalkan dengan ikhlas dan bersungguh sungguh. Kalau kita faham kita akan lebih redha. Contoh jangan marah dan stress kalau cawan pecah kerana kita faham bahawa ia pecah kerana ajalnya telah sampai. Redha pada cawan pecah itu lebih penting. Kena berazam untuk menjadikan semua aktiviti kita adalah mengikut peraturan Allah. Makan benda yang baik dan halal. Baru kita dapat kenyang dan juga dapat pahala. Kesannya ialah kita akan rasa sangat sayang pada Allah kerana telah memberikan kita rezeki. 

Setiap hari kita kena memotivasikan diri kita untuk mengaji Al Quran kerana ianya memberi petunjuk. Kalau kita tidak belajar Al Quran, pasti kita akan tersesat. Kalau kita faham Al Quran, kita akan tahu yang kita bekerja kerana Allah. Orang yang bekerja kerana Allah akan bekerja dengan bersungguh sungguh dan tidak akan menyusahkan orang lain. Syarat untuk diangkat kerja sebagai amal soleh ialah mesti dibuat dengan bersungguh sungguh. Jadi belajar Al Quran juga mesti dibuat secara bersungguh sungguh. Membaca Al Quran adalah fardhu ain dan memberikan ilmu yang terbaik. Kalau dengan SOP manusia, kita akan bersungguh sungguh mematuhi tetapi bila peraturan Allah kita mengambilnya secara sambil lewa. Jangan hanya memikirkan pangkat atau memikirkan bagaimana untuk menjaga boss sahaja. Percayalah kalau kita taat pada Allah, tak ada sesiapa yang boleh usik. Jadi fokus hanya kepada membuat perkara perkara baik. Kalau tak ada sesiapa yang menghargai pun, jangan bimbang kerana rezeki kita bergantung kepada amal soleh. Dengan pahala yang banyak, kita boleh mendapat gaji yang banyak dan cukup.

Sekarang kita beralih topik resepi pula. Saya memang suka Ikan Goreng Berlado stail Minang. Terdapat banyak cara memasak lauk ini. Ada yang meletak cuka, ada yang memasukkan bawang besar hiris dsb. Semua nya ikut selera masing masing. Yang penting, kita yang membuatnya. Kali ini, saya menggunakan resepi Ikan Goreng Berlada Stail Minang yang sangat sangat ringkas dan sedap. Selepas masak, ceduk ke dalam pinggan dan terus hidang. Gambar yang diambil pun gambar di dalam pinggan hidangan. Begini lah orang bekerja, terpaksa berkejar kejar memasak, membasuh peralatan memasak sebelum menunaikan solat Maghrib. Memang memenatkan tetapi ianya berbaloi bila melihat anak anak menikmati hidangan dengan berselera. Selain itu, saya juga menyediakan Sayur Taugeh Goreng Kicap, Masak Lemak Udang Harimau dan Ikan Kering Gelama. 

Jom layan resepi dulu...


Ikan Goreng Berlada Stail Minang Yang Mudah

Ikan Goreng Berlada Stail Minang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 keping ikan merah - lumur garam kunyit
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
1 keping asam keping/air asam jawa
Garam
Gula

Cara cara:
Goreng ikan sehingga garing dan angkat serta ketepikan.

Tumbuk/kisar cili dan bawang merah sehingga hancur. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. 

Masukkan asam keping, garam dan gula serta sedikit air. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul rata.



Ikan Goreng Berlada Stail Minang Yang Mudah


Sedia untuk dihidangkan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Ikan Goreng Berlada Stail Minang Yang Mudah"

  1. Tqvm puan...semua resepi sedap2 belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. TeRiMA kASiH...semua Resepi hebat dan sodappppp. Semoga jadi Jariah ilmunye. Atok dah Cuba jugee 👌🏻👌🏻

      Padam
  2. Salam Jumaat Sahabatku,

    Tazkirah yang sangat relevan dengan perlunya kita akrab dan menggali apa yang tersirat dalam Al Quran . Tq for sharing your kuliah !

    "Sesungguhnya orang yang di dalam dadanya tidak ada al-Qur'an sama sekali , tidak ubahnya seperti rumah yang rosak"

    Ita

    BalasPadam
  3. Salam. Thanks for this recipe. Saya baru tahu yang ikan merah sedap bila digoreng.

    BalasPadam
  4. Mudahnyer resepi ni..blh cuba ni..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian resepinya.. Saya ambil resepinya sahaja.lain lain tiada dulu kini dan selamanya..

    BalasPadam
  6. Terima kasih sharing resepi ni.. Boleh buat untuk berbuka pose nti 😊

    BalasPadam
  7. Saya suka dengan resepi kak azie,simple Dan sedap,tq

    BalasPadam
  8. suka resepi kak azie ni. bhan2 pun senang

    BalasPadam