Terung Goreng Berlada Sedap
Terung adalah antara sayuran yang saya gemari lebih lebih lagi jika dibuat pajeri terung. Pajeri terung adalah antara masakan kesukaan saya yang tidak pernah rasa jemu. Apalagi jika di dalamya dimasukkan sedikit udang hidup di samping udang kering. Selain pajeri, sedap juga jika digoreng berlada atau goreng kicap ringkas. Antara pajeri terung yang saya gemari ialah pajeri yang disediakan oleh Wan Chu Sungai Besi yang menggunakan terung hijau. Sehingga kini saya mencari terung hijau tapi tak pernah menemuinya. Memang sangat sedap terung itu. Aduhaai mana lah cari ni. Ada sesiapa yang ada di kawasan Sungai Besi yang tahu terung ini?
Hari ini saya menyediakan Terung Goreng Berlada mengikut cara Amie's Little Kitchen. Memang sedap sangat terung goreng. Saya boleh meratahnya begitu sahaja. Cuma bila memikirkan di dalamnya ada udang kering, jadi saya pun memperlahankan sedikit. Cuma ambil terung sahaja. Sebenarnya boleh juga kalau menggunakan ikan bilis sebagai ganti udang kering.
Jom kita tengok resepi mudah untuk menyediakan sayur Terung Goreng yang sangat sedap ini.
Terung Goreng Berlada
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula/perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan (blh ganti dg ikan bilis)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Cara:
1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Insya Allah Akan ke dapur sebentar lagi. Tq
BalasPadamSaya pun
Padamsemlm da cuba resipi ni..alhamdulilah menjadi..
BalasPadamSaya suka saya suka
BalasPadamDah try! Alhamdulillah sedappppp
BalasPadamSekejap lgi nak try resepi ni...
BalasPadamNk suh isteri masak pasni😅
BalasPadamThanks :) malam ni masak ni
BalasPadamhttp://pearvta.blogspot.com
mcm mnarik n mdh.blh try.tq respi
BalasPadamSedap dan cantik portmeirion tu 😄
BalasPadamNk buat harini
BalasPadamSedap ni. Nak buat la mlm kang
BalasPadamBoleh try la.. ada ni terung n bahan2 lain. Hubby suka sgt mkn terung nih. Sy plak x berapa suka.. kot resepi ni boleh bg sy suka terung ok gak hihi.. tq ye share resepi
BalasPadamSyukran sis utk resepi kegemaran saya.
BalasPadamsedap
BalasPadamDah try....sedP...tq :*
BalasPadamDah try untuk berbuka puasa tadi...emmm sedap..tq
BalasPadamsaya dah try untuk berbuka puasa tadi.sdap sngat . thanks
BalasPadamBr nak try kak azie..tq resepi
BalasPadamSy pun dah try. Family sy suka sgt. Sampai berkali2 sy buat. Thanks puan azie 😊
BalasPadamdah cuba masak sedap
BalasPadamDah cuba resepi ni... Tambah belacan, cili api... Pergh sedapppppnye.... Dah ketagih pun ade, nk kne gi pasar cari terung lagi :D
BalasPadamAlhamdulillah, dah try! Best! Tq cik azie... Ramai puji ckp sedap
BalasPadamSedap-sedap belaka resepi masakan dari Azie's Kitchen. 💋
BalasPadamnak try jgk. banyak sangat terung yg dah masak kat pokok tepi rumah nih.
BalasPadamSedapnyaa.
BalasPadam