Kuih Lompang Untuk Minum Petang
Kuih lompang adalah salah satu dari kuih kegemaran saya sejak kecil. Bila ke Pekan Jelawat, mesti ada kuih ini yang dijual dalam bermacam macam warna. Bila dilihat yang bahan bahannya yang tidak menggunakan tepung gandum, saya pun terus ke dapur untuk menyediakannya. Yang sebenarnya, saya panik bila sebaik bangun pagi melihat badan saya dipenuhi patches allergik. Semalaman tidak dapat tidur kerana perut kembung dan juga gatal miang. Doktor memberikan injection steroid dan juga oral steroid. Bak kata Ustaz Salehuddin di dalam kuliah Zohor, kesakitan dan kepayahan yang kita alami adalah kerana Allah ingin menghapuskan dosa dosa kecil kita. Jadi bila ada orang ditimpa musibah, jangan sesekali kita mengatakan yang padan muka kerana menerima bala Allah dari dosa yang telah dibuat. Hakikatnya Allah sayangkan orang yang ditimpa sakit, bukan balasan Allah atas kejahatan yang telah dilakukan. Syaratnya kita mestilah redha, sabar dan solat.
Selain itu, penderitaan kerana memikirkan masa depan termasuk masa depan anak anak juga dikira sebagai satu penyakit. Fikirkan masa depan anak anak seperti perbelanjaan pengajian mereka. Memikir sehingga tak dapat tidur. Memikir kehidupan masa depan adalah satu kesusahan hidup yang dapat menghapuskan dosa. Selain memikirkan masa depan, memikirkan masa lalu sehingga memberi kesusahan hidup seperti keinsafan, keresahan, ketakutan serta kekesalan adalah juga boleh menghapuskan dosa dosa kecil. Manusia biasanya akan memikirkan masa depan dan jarang mengingatkan masa lampau. Contoh masa muda yang disia siakan, tidak berbuat amal, tidak mengaji Al Quran, tidak bersolat sehingga menimbulkan rasa takut dan kesal boleh menghapuskan dosa kecil. Tapi ianya bukan lah ingatan untuk menceritakan kehebatan kita di masa lalu. Di hari akhirat, kita akan diperingatkan semula semua perbuatan kita di dunia samada baik atau buruk, kecil atau besar. Bila ingat detik ini, kita merasa sangat takut, resah dan tak tenteram. Ingatan seperti itu lah yang akan menghapuskan dosa lalu.

Saya ada menyalin beberapa resepi kuih lompang dan Insya Allah, saya akan mencubanya di masa akan datang pula. Kali ini saya cuba resepi ini dulu, rasanya dari Citarasawan. Lepas ini kita cuba resepi lain pulak untuk kita mempelbagaikan resepi kuih lompang. Membuat kuih lompang ini sangat mudah dan cepat jer menyediakannya.
Jom kalau mahu salin resepi, silakan lah. Saya olah resepi supaya lebih mudah untuk saya ikuti di masa depan...
Jom kalau mahu salin resepi, silakan lah. Saya olah resepi supaya lebih mudah untuk saya ikuti di masa depan...
Kuih Lompang
Oleh: Azie kitchen
Bahan bahan:
Bahan A:
220 gram gula pasir
400 ml air
1 helai daun pandan
Bahan B
280 gram tepung beras
60 gram tepung sagu/tepung ubi - saya guna tepung ubi
400 ml air
1 sk air kapur
Pewarna dan perisa - saya guna pandan, durian dan pisang
Bahan C
Kelapa parut
Sedikit garam
Gaul rata dan kukus
Cara cara:
Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
Satukan pula bahan B dikacau rata dan ditapis. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut yang disukai. Boleh juga diletakkan perasa yang digemari.
Panaskan pengukus sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak ketika hendak dikukus. Tuang sehingga penuh. Jangan tuang awal awal untuk mengelak adunan mendap.
Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Angkat penutup pengukus dan terus dikukus dalam 1 minit lagi tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama kelapa kukus.
Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama kelapa kukus.
Nota: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.
baru mkn tadi :)
BalasPadamSalam kenal Kak Azie, saya pun suka makan kuih lompang ini tapi tak pernah buat lagi, In Sha Allah lepas tengok resepi kak Azie bolehlah saya cuba..
BalasPadamAssalamualaikum kak...Semoga akak cepat sembuh dan semoga kita semua di bawah rahmatNya...Betul tu Kak..betapa sayangnya Allah pada kita...semoga kita semua senantiasa dekat dengaNya...
BalasPadamSedapnya kuih ni..ni pun antara kegamaran saya juga ni...Tapi zaman kanak2 dululah...sekarang suka juga cuma dah susah nak jumpa..nak buat malas...InsyaAllah ada kelapangan boleh cuba juga...Resipi pun akak dah bagi ni....CnP dulu..tunggu seru
Assalamualaikum..sy selama ni slalu baca tp x pernah komen..sakit kak azie dn saya sama saja..allergy..tambah cuaca panas..habuk bertambah..luar dalam rumah berhabuk..kekuatan iman menjadi pendiding..ingat Allah swt..ujian ini hanya utk mereka yg terpilih dan kita harus bersyukur..walau apa terjadi..
BalasPadamkuih lompang menjadi kegemaraan dr dulu..tp bila setiap kali lubang dia tak berapa berlompang buat saya kecewa..tp insyaallah akn buat lg sbb dah salin resepi
Semoga kita redha dan sabar dg ujian ini. Pasti banyak hikmah di sebaliknya. Insya Allah
PadamSalam Kak Azie..bila lah ada rezeki nak berjumpa di Pasar Jelawat tu..hehehe sebab kalau balik kampung ia dah jadi destinasi wajib saya ...kalau dapat berjumpa saya dengan tanpa segan silu nak bergambar hehehe..
BalasPadamWslm Cik Wan. Insya Allah ada jodoh pasti kita bersua. Jangan lupa tegur kalau ternampak saya.
PadamResipi k.azie mmg best2
BalasPadamTqs dengan resepi, tengah mencari-cari idea kuih lompang buat minum petang nih, kebetulan bahan-bahan dah sedia ada... salam kenal dari sya.. :)
BalasPadamAssalamualaikum kak azie. Sy suka follow blog kakak. Byk ilmu yg saya dpt termasuklah dlm masakan, petua2 dan nasihat2 iman. Terima kasih coz akak sudi turunkan ilmu pada kami. Alhamdulillah, setiap resepi yg dicuba, hasilnya baik dan sedap. Tkasih kak azie. Moga Allah permudahkan urusan akak juga.
BalasPadamtq share resepi! semua best2.. ilove eating and cooking ;) (asma)
BalasPadamKalau x ada air kapur, boleh diganti dengan apa ye?
BalasPadamHanya air kapur. Baru rasa kenyal kenyal. Kalau tak ada, tak perlu letak
Padam