Gulai Ikan Naim Ikan Sembilang Tanjung Dawai
Semasa kuliah Zohor Ustaz Najhan dibuat pengumuman yang ustaz ada membawa rempah segera Naim Gulai Sembilang yang juga dikatakan masakan sajian istana kerana Sultan Kedah selalu dihidangkan dengan lauk ini. Malahan Gulai Ikan Sembilang Naim ini sangat femes di Tanjung Dawai. Ianya disediakan panas panas di dalam bekas claypot apabila dipesan oleh pelanggan. Rahsia untuk menjadikan ikan sembilang tidak hanyir adalah dengan memicit hidung bagi mengeluarkan lendir. Tapi untuk gulai hari ini, saya menggunakan ikan duri kerana tiada ikan sembilang.
Oleh kerana di bekas rempah segera tidak ada detail, saya menelefon di nombor yang diberi untuk mendapatkan lebih maklumat. Saya diberitahu yang cara menggunakan rempah segera ini sangat mudah. Cuma perlu diambil rempah dan masukkan air yang bergantung kepada kepekatan yang disukai. Jika lebih suka cair, masukkan lebih air. Kemudian kacau sebati sebelum dijerang di atas api. Bila kuah mulai mendidih, masukkan ikan dan diikuti sayuran seperti bendi atau terung. Bolehlah diangkat bila ikan telah masak dan kuah telah terbit minyak. Tak perlu dimasukkan minyak, tak perlukan masukkan garam atau asam. Semuanya telah disediakan dengan secukup rasa. 1 bekas tupperware yang beratnya 500 gram adalah untuk 1 kilogram ikan. Selain ikan sembilang, boleh juga digunakan lain lain jenis ikan.
Mengikut ustaz, sebahagian dari hasil penjualan pada hari ini akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Tapi saya lupa pulak nama rumah anak yatim tersebut.
Memang sedap sangat gulai ikan ini. Semerbak baunya semasa sedang dimasak. Jadi kalau ada sesiapa ingin mencuba, bolehlah dapatkan rempah segera Gulai Ikan Sembilang Naim Tanjung Dawai.
Memang sedap sangat gulai ikan ini. Semerbak baunya semasa sedang dimasak. Jadi kalau ada sesiapa ingin mencuba, bolehlah dapatkan rempah segera Gulai Ikan Sembilang Naim Tanjung Dawai.
Assalamualaikum Azie, nak tanya picit hidung kita hidung ikan utk hilangkan hanyir..
BalasPadamWslm. Picit hidung ikan utk keluarkan lendir
PadamKat bandar bru bangi selagor ada jual tak respi gulai sembilang naim
BalasPadamSy blum cuba lgi bru je
BalasPadam