Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Ungkep



Ayam Ungkep


Saya menyediakan 3 lauk sekali gus apabila angin rajin datang melanda. Bukan apa kesian apabila mengingatkan anak anak makan nasi bungkus setiap hari. Jadi memikirkan hari sabtu adalah hari yang paling sesuai untuk saya ke dapur, jadi saya meminta hubby ke kedai runcit membeli bahan bahan yang diperlukan. 

Saya menyediakan resepi ini tanpa pun dirancang tetapi secara tiba tiba apabila terdapat gambarnya di blog Amie's Little Kitchen yang nampak sangat sedap. Terbaca pulak komen yang diberi yang menulis kuahnya walaupun berminyak tapi bila bergaul dengan nasi, sangat sedap sehingga makan menambah berpinggan pinggan.  

Saya dah ubahsuai sedikit resepi dengan memasukkan sedikit santan kerana ada lebihan santan yang saya guna untuk menyediakan Ikan Panggang Kuali di SINI. Resepi asal memang tak menggunakan santan. Kalau diperhatikan, resepi ini juga tidak menggunakan asam langsung. Itulah yang uniknya pasal resepi Ayam Ungkep ni. 

Jom kita tengok resepi ringkas dan sangat mudah ini untuk hidangan di rumah jika kita ketandusan idea....



Ayam Ungkep

Ayam Ungkep
Oleh: Azie Kitchen  

Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
2 batang serai - dititik
3 cawan air
1/4 kotak santan - saya tambah
Garam/gula/perasa pilihan
1/2 keping asam keping - opsyenal
Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi 

Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.



2. Masukkan  serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.




3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.




4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.


Ayam Ungkep

Ayam Ungkep

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

38 ulasan for "Ayam Ungkep"

  1. sedapnya kak...betul kak..kalau saya, saya pun cedok kuah berminyak tu..buat nasi kita tambah sedap..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke. Lupa lak baru ni nk ambik kuah berminyak dan digaul dg nasi. Insya Allah lain kali, mesti nk cuba sb dah ramai bagi komen sedap makan sebegini.

      Padam
  2. Mak saya orang jawa dan sejak kecik ni mmg makanan favret kami...

    mak saya mmg masukkan selepas ayam separuh masak...
    untuk lebih ummmp, bole tambah asam keping sekeping..sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ohh maksudnya mal ada masukkan santan dan asam keping juga ya. Terima kasih atas perkongsian. Nnt boleh cuba lagi dg cara mak Yes pula.

      Padam
  3. fuhhh terliur plak. Nak cuba buat lah hari ini. Btw nanti kalau ada masa and kerajinan jemput2 singgah ke blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :

    BalasPadam
  4. ni mcm resepi mak mertua saya...tp x de santan. resepi Jawa...

    BalasPadam
  5. Nampak sedap. Lepas ni bolehlah saya try :)

    BalasPadam
  6. Mmg sdp..dr kcik mak slalu wat lauk ni.n skg msak utk hubby plak.b'tmbh2 die mkn,hehe

    BalasPadam
  7. Nyum nyum. Sy share ye resepi ni Azie :)

    BalasPadam
  8. suka jln2 kat blog nii..byk resepi..
    jom jln2 blog sy ayacuya193.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum sis.. Kalau carik resipi nak masak apa saya suka jalan2 kat blog sis ni.. Kebanyakan resipi memang sedap la sis.. Jemput la singgah blog saya juga.. http://fizahabdhalim.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Wah mudah je caranye kan.esok cuti boleh lah buat

    BalasPadam
  11. dah pernah try resepi ni tanpa santan...sedap gila! suami pun suka! mekasih!

    BalasPadam
  12. mak mertua org jawa...slalu buat mmg sedap sangat...tapi xletak santan la...nnt nk buat try letak santan lak...cube rase nnt...huhuhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye mmg xletak santan...jga kolestrol...jiran sy asal jawa...xpkai sabtan..sedap

      Padam
  13. Maaf, saya ni tak berapa pandai masak. Masa bila masukkan santan ye? Kat resepi tak ckp time nak masukkan santan dgn asam keping.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi ni tak guna santan atau asam tp saya tambah sendiri. Kalau nk masukkan santan, masuk masa step no (3). Masukkan juga asam masa tu, jika suka.

      Padam
  14. Assalam..saya Dah Cuba masak..mmg mabeles..bertambah2 nasinya

    BalasPadam
  15. saya dah masak ayam ungkep ni masa raya kedua untuk jamu saudara mara..semua cakap sedap sampai licin kuali! thank you puan azie utk resepi yg sgt sedap :)

    BalasPadam
  16. xyah tggu raya...hihi
    buat lauk masak harian.
    ayah ngn mak pon kate sedap.
    Terima kasih ^^

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. Resepi ni tk guna santan. Klu nak letak, masukkan lah bila bila masa pun sebelum ianya dikeringkan

      Padam
  18. Saya dah try. Mmg simple dan sedap, tq sis sebab share resepi yg sedap2.. Mmg byk inspirasi blog nie.. Thanks ye sis

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah sy dah cuba untuk Judah buka puasa smlm. Mudah dimasak. Rasa pun super sedap. Sy buat yg tanpa santan. Trm ksh atas perkongsian puan ye.

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum, Hari ni saya cuba masak, pertama kali makan masa mak mertua masak ☺️, harap balik nanti suami saya bertambah makan huhu, xtau la sama rasa nya tak dgn mak mertua masak huhuhu, pray for me 😁😁

    BalasPadam
  21. Masa bile nk masukkn santan dan asam keping xde mention dalam resepi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi asal tak masuk santan dan asam keping. Kalau nak masuk, bolelah bila bila masa selepas masuk ayam sebab nanti kuah akan dikeringkan.

      Padam
  22. Saya dah cuba few times. Memang dah jadi faveret suami. Tq puan Azie.

    BalasPadam
  23. Nak tanya..kena pkai air 3 cawan ke?

    BalasPadam