Ayam Percik Kelantan Cara Cik gu Asmat
Kuliah Jumaat Ustazah Suraya Asmaul Husna pada 14 Februari 2014. Sebelum itu, saya sangat bersyukur kerana pada hari Jumaat yang mulia ini, saya dapat meluangkan masa untuk menghadiri satu majlis ilmu. Hari Jumaat juga adalah merupakan hari di mana kiamat akan berlaku. Nama Allah yang seterusnya ialah Al Hakam, iaitu Yang Maha Menentukan Hukum. Allah adalah hakim yang mengadili dan menuntut balas yang kekuasaanNya tidak dapat diubah. Keputusan-Nya mengenai kebahagiaan bagi orang yang saleh dan kesengsaraan bagi orang durhaka (keji), artinya
Dia menjadikan kesalehan dan kedurhakaan sebagai sebab-sebab yang membawa orang yang saleh menuju kebahagiaan dan orang yang berbuat dosa menuju kesengsaraan, sebagaimana Dia menjadikan ubat sebagai sebab yang membawa orang yang meminum ubat menjadi sembuh dari sakit dan menjadikan racun sebagai sebab yang membawa orang yang meminumnya sakit atau menemui ajal. Maka Dia adalah sebab dari segala sebab atau hakim yang mutlak.
Al Hakam memberi panduan supaya kita menjadi orang terbaik. Keputusan yang menghalang kita dari melakukan sesuatu yang boleh menganiayai diri sendiri sebab adanya hukum. Apabila Allah meletak sesuatu hukum untuk menggambar kasih sayang Allah. Sesungguhnya manusia tak mampu membaca Al Hakam Allah. Ini adalah kerana Allah pandang sesuatu baik buat kita, sedangkan kita faham sebagai tak baik kepada kita. Kita tak mampu untuk melihat hikmahnya. Di dalam Surah Yusuf, dikisahkan secara satu persatu kisah Nabi Yusuf yang sangat teliti menerima keputusan Allah. Ayat ke4 - kami cerita pada kamu sebaik kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. Sedangkan Nabi Yusuf telah nampak satu hikmah. Nabi Yusuf berkata kepada bapanya dia didatangi mimpi ada 11 bintang dan 1 matahari tunduk pada aku. Bila dah tahu, ayahnya pula berkata, supaya jangan mencceritakan hal ini kepada saudara saudara kamu dan kerana syaitan akan masuk. Itulah sebabnya apabila abang Nabi Yusuf memasukkan dia di dalam perigi buta, dia tak sedikit menjerit kerana beliau tahu akan hikmahnya.
Macam mana dengan diri kita? Bila ditimpa musibah, macam mana tindakan kita? Ini kerana kita tak nampak hikmah akan sesuatu musibah. Kita tak tahu perancangan Allah. Jadi jangan mengeluh bila ada ujian, kerana disebalik ujian pasti ada kebaikan. Ulang sebut sebut kata kata ini dulu, tepis dulu. Ulang cakap pasti ada hikmahnya. Jangan ada sikap keakuan atau takbur. Ada orang yang buat salah pada pandangan kita. Jadi kalau kita rasa pandangan kita betul, kita ucapkan Astagfirullah supaya kita dilindungi jika pandangan kita itu kemudiannya didapati salah. Tapi kalau rasa pandangan kita salah, sebut Alhamdulillah. Untuk mengelak kita dari berbuat salah. Supaya kita jangan jadi bongkak bila pandangan kita akhirnya di dapati betul.
Apabila Allah ingin mencintai seorang hamba dan memberi kasih sayang, Allah akan beri ujian bertubi tubi dan Allah tak akan bagi kita hidup senang. Tak akan bagi kita ada ruang kosong supaya syaitan tak masuk mengacau fikiran kita. Kita tak nampak yang Allah yang mengizinkan kita mendapat semua nikmat pada hari ini. Bila musibah, baru ada tadarah. Saya tak layak. Itu yang akan kita cakap dulu, bukan persoal dan mencari kesalahan orang lain jika kita nampak Al Hakam Allah. Pasti di sana ada hikmah. Pasti kita tak akan meminta minta dan akan mengalir air mata sebab malu dan rasa hina. Allah tahu segala hal mengenai peribadi kita, Allah tahu apa yang terbaik pada kita. Jadi kenapa cari bahagia selain dari Allah? Kalau kita nampak Al hakam Allah, maka setiap kali Allah memberikan musibah, kena pandang sebagai proses membersih. Itu tandanya untuk mendidik kita jadi lebih baik. Jika kita dapat rasa Allah sedang mendidik kita, kita tak kata orang yang salah tapi kita sendirilah yang salah. Allah mahu mengangkat darjat, jika musibah diberi pada orang orang yang beriman.
Kena pandang diri sendiri bila diberi ujian kerana Allah nak membersihkan, bila bersih nilainya akan menjadi lebih tinggi. Sebelum nilai kita dinaikkan kita kena diuji dahulu. Contoh, sebatang pokok di hutan yang terpaksa melalui proses yang menyakitkan bila dipotong dan diukir. Tentu sakit pokok tu bila dipotong hendak dijadi kerusi hingga kerusi yang cantik itu masuk dan menghiasi istana. Begitulah analoginya. Seorang hamba kena bersangka baik pada Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Kita kena menganggap semua kekurangan kita adalah juga satu kekuatan. Contohnya, otak kita tak faham akan sesuatu perkara mendorong tanpa kita sedar kita telah bagi ilmu pada semua orang dengan hanya bertanya soalan. Banyak hikmah dengan banyak bertanya soalan pada orang. Allah nak tengok usaha, bukan nak tengok hasil. Kalau rasa hasil kurang, tambahkan lah usaha. Kejernihan hati yang membezakan kita. Bila aku bagi kamu kurang, aku akan tutup aib kamu supaya semua orang bersimpati. Siapa rasa hadir nya Allah, akan gembira di kala mengalami masalah. Ada masalah, mesti dirempuh. Jangan minta masalah takut kita tak terdaya untuk menempuhnya. Begitulah sedikit sebanyak intipati kuliah yang sangat terkesan di hati sehingga tanpa sedar saya mengalirkan airmata. Ianya adalah pengajaran untuk diri saya sendiri yang begitu banyak ditimpa ujian dan musibah.
Wahai Allah, di tanganMu segala ketentuan, berilah bimbingan Mu. Baca Al Hakam, baca 68 kali selepas solat Tahajjud. Ya Hakam supaya Allah pandu kita mengikut perancangan Allah. Perbanyakkan membaca Al Quran jika kita ingin mendengar kata kata Allah dan perbanyakkan solat, jika kita mahu banyak bercakap dengan Allah.
Sebelum melihat resepi, saya ingin kongsikan sedikit cerita berkenaan Ayam Percik Kelantan yang saya sediakan hari ini. Ianya mengikut cara yang ditunjuk ajar oleh Cik gu Asmat semasa memasak ayam percik di rumah kakak saya beberapa tahun dahulu. Cik gu Asmat memang pandai memasak dan di bulan Ramadhan, akan membuka gerai Ayam Percik. Ketika itu saya cuma menyalin bahan bahan tetapi tiada sukatan. Tapi saya main agak agak berdasarkan resepi Kak Yah Kota Damansara. Resepi di bawah hanya untuk 1/2 ekor ayam. Jadi kenalah gandakan sekali atau 2 kali ganda bahan bahan jika membuat untuk 1 ekor ayam atau untuk mendapat lebih kuah perciknya.
1/2 ekor ayam - potong 2
Bahan kisar:
Garam secukupnya
Gula - guna dalam 2 sudu besar kena ada rasa sikit manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
2 pek santan pekatBahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - guna separuh jer
3 - 4 tangkai cili kering
Cara cara:
Kisar semua bahan kisar bersama sedikit santan pekat. Masukkan gula, garam dan air asam jawa/asam keping.
Tuang separuh dari bahan kisar atas ayam dan rebus. Setelah ayam masak, keluarkan dan bolehlah ayam dibakar. Nota: Resepi tradisional ayam yang diperap dengan garam dan bawang putih dikukus seketika sebelum dibakar.
Separuh lagi bahan kuah dimasak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Ayam rebus dibakar dan bila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah merata rata dan bakar lagi seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
Tuang separuh dari bahan kisar atas ayam dan rebus. Setelah ayam masak, keluarkan dan bolehlah ayam dibakar. Nota: Resepi tradisional ayam yang diperap dengan garam dan bawang putih dikukus seketika sebelum dibakar.
Separuh lagi bahan kuah dimasak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Ayam rebus dibakar dan bila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah merata rata dan bakar lagi seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
Sedapnya... kalau balik Kelantan anak2 suka makan ayam percik ni.
BalasPadamMelawat blog azie kitchen ni memang mercik air liur. Suka....tak jemu2 tengok resepi yg best2.
BalasPadamJAdi reference kalo nak masak.😍😍
T.kasih berkongsi ilmu.
Semoga berkat. INsyaAllah
Lupa pulak tulis nama bawah komen.
BalasPadamAishahZin
Ayam percik kelantan kuah putih ni mmg sedap! pernahbuat sekali pastu resepi hilang.
BalasPadamNi dah jumpa.. WAJIB cuba. Thanks kak Azie.. MMuuuuaaahhhh!!