Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

 
Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh


Di dalam entri saya berkenan dengan resepi Ikan Patin Masak Tempoyak cara Pahang, di SINI, saya telah menerima banyak komen dari pembaca blog saya terutama dari Temerloh dan Kuala Lipis, berhubung dengan resepi asli yang hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja. Dikatakan juga  keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya.

Saya mula belajar makan Masak Tempoyak hanya selepas berkahwin. Hubby sangat gemarkan masakan tempoyak. Maklum orang Perak lah katakan. Arwah Bonda Mertua biasanya banyak menggunakan ikan kembung atau ikan terubuk sahaja. Jarang sekali memasak menggunakan ikan sungai. Di dalamnya, diletakkan juga timun atau taugeh yang berkepala besar tu. Kadang kadang diletakkan serai tapi tak pernah pulak melihat daun kesum atau kantan dimasukkan. 

Resepi masak tempoyak cara Perak berbeza dengan resepi Pahang. Saya yang pada mulanya tak suka lauk Masak Tempoyak pun, tapi dah lama lama jadi suka pulak. Tapi rasanya masakan tempoyak saya tak pernah dapat menandingi kesedapan masakan Arwah Bonda Mertua yang walaupun dah diikut satu persatu, masih menghasilkan rasa yang berbeza pada tekak saya ler. Hahaha memang lah, kalau orang lain yang memasak, kita akan rasa lebih sedap. 

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh



Semasa di Temerloh, hubby membeli 2 ekor Ikan Patin Sangkar yang telah siap disiang dan dipotong oleh penjual semasa dibeli. Jadi kerja kita menjadi sangat mudah. Cuma perlu dicuci dan dimasak sahaja. Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dengan tepung gandum. Lagi mujarab dari menggunakan air asam jawa/asam limau. Petua ni pun saya dapat dari komen pembaca juga. Memang banyak perkongsian maklumat yang diterima. Itulah sebab saya sangat suka membaca komen yang ditinggalkan. Saya pun tak pasti kenapa ramai pembaca blog saya lebih suka menjadi silent reader. Janganlah segan segan untuk meninggalkan komen ya. Apa apa pun, saya gembira kerana anda semua sudi singgah di blog saya. Berbalik kepada ikan ni, memang hajat saya untuk memasak mengikut saranan yang diberi dalam entri tersebut. 

Seperti komen yang diberi, tiada penggunaan bunga kantan di dalam resepi asli ini. Ini pun Aween bagi komen kenapa kuahnya tak merah dan pekat seperti yang dimakan di Kedai S.Z Rahmah di Temerloh tempohari di SINI. Jadi saya pun kenalah tambahkan sedikit lagi tempoyak supaya ianya lebih pekat. Warna kuah pulak agak kekuningan agaknya kerana saya tak menggunakan cili padi merah kerana memang tak ada stok. Jadi saya letakkan sebiji cili merah supaya kuahnya lebih kemerahan dan juga supaya tidak terlalu pedas kerana Nelly tak boleh makan makanan pedas. Jom layan resepi yang saya gunakan kali ini.


Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.



Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.


Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  


Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Nota:

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

143 ulasan for "Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh"

  1. aduii....sedapnye...terliuh pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap. kalau kat restoran di temerloh mahal sangat saya berhenti makan hari tu.


      [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

      Padam
    2. Msk sndri je skrg sya beli skilo bru $13 je beli kt pekan sehari temerloh

      Padam
    3. Gerai saya ada jual di shah alam.murah jer.

      Padam
    4. Gerai saya di shah ada jual...murah2

      Padam
    5. Hidayah mawar, jual?? Hrga berapa? Diorang isi dalam apa??

      Padam
    6. sedapnya! mmg fav kami sekeluarga masakan dari tempoyak..tengahari nnti nak masak patin tempoyak..boleh lah cuba resepi kak azie..selalu masak versi perak je..xde letak daun kesum..

      Padam
    7. Sedapnye. Mmg fav dari kecik ikan patin msak cmni ..dulu2 suruh mak buat ,sekarang kene pndai buat sndri la ..suami nk makan. Haha.
      Harap same mcm airtangan mak..

      Padam
  2. Gulp... telan air lior sudah... sedapnyaaa

    BalasPadam
  3. Assalam, bila azie sebut fasal silent reader sy terasa pulak sbb setiap hari sy jengok blog azie. Jadi hari ini sy tinggalkan komen. Suka sgt dgn cara penulisan & resipi yg ada. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  4. Assalam kak azie... Wah! Nmpk sedap sngguh! Blm pernah sy msk tempoyak sbnrnya,tp resepi kak azie ni mcm wajib cuba je...

    BalasPadam
  5. Salam...ooo cenggini ye resepi dia, tak guna bawang pun, kena try ni, saya selalu masak lemak cili tempoyak je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masak lemak cili tempoyak pucuk ubi pun sodap..

      Padam
    2. Kalo letak bwg tu xori..bila letak bwg jadi manis tempoyak tu akan hilang

      Padam
    3. org nogeri x buh bwang.. klu msak lemak cili api..

      Padam
  6. sy pon baru try makan tempoyak. Masa preggy ngidam nak makan lauk mcm ni...sanggup masak sendiri walau sebelum tu langsung tak penah masak & makan. Tempoyak pulak pemberian jiran. Rumah mmg tak ada sebab tak ada org makan tempoyak.

    BalasPadam
  7. Salam.

    Saya selalu singgah blog akak.... sekadar berkongsi, kalau nak kuahnya pekat, masak kuah dan ikan secara berasingan. Biasanya restoran2 di Temerloh masak kuah dahulu sehingga betul2 masak dan pekat. kemudian baru dimasukkan ikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sya setuju.sbb tkotbikan hancur.tetapi kalu pndai control api its okay da.. :)

      Padam
  8. assalamualaikum.

    siapa ada jual tempoyak durian ? saya nak tempoyak dari pahang. saya dari johor. hubungi saya.

    BalasPadam
  9. Ya Allah Kak Azie..
    Telan balik air liur Yong nie ..hahaa
    Sedapnya..

    BalasPadam
  10. Terus masuk dapur utk masak sbb semua bhn dah ada, hrp2 menjadi

    BalasPadam
  11. bole cuba ni.. suami org temerloh.. harap2 menjadi le.. sbb sy duk perak asal penang.. so resepi masak tempoyak mmg lain bebenor la.. perak lain.. penang lain.. tq sis.. ;-)

    BalasPadam
  12. Bila la nk jalan2 ke temerloh... nk jln2 cari mkn... ikan patin tmpoyak..m

    BalasPadam
  13. tngok gambar je dah terliur..pernah makan masak lemak tempoyak dari seorang kawan, katanya nak kuah yg sedap kena guna tempoyak yg fresh dan tak terlalu masam yg diperam lama.

    BalasPadam
  14. Salam akaq..entry yg sgt bagoos..ssuai sgt untk begginers mcm sy ni..
    Psiapan sblom nk jd bini org.haahaaa.
    Tq akaq

    BalasPadam
  15. Terliur nk buat tp kt rumah x de org makan..jd malas nk buat sbb saya sorang jer mkn

    BalasPadam
  16. Mmg teringin nak masak gulai tempoyak...terima kasih kak
    http://diyanarazim@blogspot.com

    BalasPadam
  17. nk msk utk berbuka ptg ni tp xde daun kesum la 😭

    BalasPadam
  18. mmg xperlu masuk bawang ye?

    BalasPadam
  19. saya pun salah seorang silent reader.. hihihi..

    sori kak, selalu jenguk dan try resepi akak.. tapi, tak pernah komen..

    minta halal ilmunya ya kak.. :-)

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian resepi..nak guna utk lunch

    BalasPadam
  21. Mmg resepi ni tak guna bawang ke?

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. sebenonye ikan patin hok sedap mesti hok 'asli' dari sungei pahang, bukan dr kolam bkn dr sangkor. Tp kalar dah tak de hok 'asli' hok sangkor pun boleh juge. Tp bukan dr sangko org kemboja tau. Kawai masok ikan patin ala pekan bando diraja. Utk sekor ikan patin saiz sedang, mula2 bubuh dua senduk tempoyak dlm periok + 4 cawan air + sikit garam + cili padi (ikut rasa) tumbuk bersama seketul kunyit idup..gaul2 sebati dan masak ats dapor..bila menggelegak bubuhlah ikan patin yang dh dipotong2 + sikit daun kesom..sekitor 2-3 minit angkat...dan apa lagi..melantok lah kite

      Padam
    2. A'ah...penjual patin kat temerloh pun bg resipi tanpa bawang...kata nya lbh sedap tanpa bawang....lg satu if ikan yang di masak kuarkan lemak warna kuning...makna nya ikan tu ikan bela yg diberi mkn perut ayam

      Padam
    3. tkasih semua..nk cuba yg x der bwg pulak la..

      Padam
  23. Dh try...sedap sgt..tq


    Http://akusukatulisblog.blogspot.com

    BalasPadam
  24. Sedap jgk msk ngn salmon.xsuke ikan patin

    BalasPadam
  25. Ikan patin hidup dah ada tinggal nk cari tempoyak lgi sok.Tq utk infonya.

    BalasPadam
  26. Nampak cam sedap jer...mohon share resepi..tq

    BalasPadam
  27. Dah try tadi, masam sikit mungkin tempoyaknya masam, nasib tak letak asam keping lagi. Thank u Pn Azie for sharing

    BalasPadam
  28. First time sy nk masak tempoyak ni Kak azie, mklumla Org bujg. Hrap menjdilah yer. Good resepi.

    BalasPadam
  29. terima kasih kak azie..sy la salah sorang silent reader tuu.. =)) semalam sy try resipi mee sup, mmg sedap. harini nk try yg ni pulak

    BalasPadam
  30. Kat penang ni ada sesiapa yg tau dak mn nak dapat ikan patin?kalau boleh ikan patin sungai..dah lama ngidam ni

    BalasPadam
  31. Saya juga salah seorang 'silent reader'.tapi kali ni sya tgglkan komen yer..suami sya pun org pahang,dah kawen barula belajar masak tempoyak ni..

    BalasPadam
  32. Kesedapan masak gulai tempoyak ni terpulang juga pada tempoyak durian tersebut..sbb dah banyak kali masak berbeza rasenyer mengikut tempoyak durian tu...

    BalasPadam
  33. Tapi cara saya masak tempoyak berbeza sedikit,blender cili padi,tempoyak,kunyit hidup, dan sedikit jer belacan,serai di ketuk..kemudian masukkan dalam periuk..bile dah menggelegak barulah masukkan ikan patin..setelah itu saya akan kecilkan api dan biarkan beberapa minit supaya minyak ikan patin tu keluar..barulah sedap..

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah. .semua resipi yg akak letak dlm blog menjadi..sdp dan mudah..tq.

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah..hari nie msak bgi family mkan..respond smua mggembira kan..even sye sndiri x mkan..huhu..
    Msak sbb family suka mkan..
    Cuma sye x ltak daun kesum..gnti kan dgan serai..
    Trima kaseh kongsi resepi ^^

    BalasPadam
  36. Feveret hihi. Ni kali kedua sy masak ikan patin masak tempoyak.. Kali ni saya tukar sikit, belut masak tempoyak tanpa kesum, gantikan dengan tomato. Thanks aunty azie, share ilmu berguna especially bagi saya yang baru kahwin ni :)

    BalasPadam
  37. Terima kasih yer...dah try..mmg sedap!!!!

    BalasPadam
  38. mohon share article ini di FB saya ye .. wife saya ngidam.. saya ingat nak masakkan untuk beliau nanti .. doakan lah ya supaya menjadi.. tq ..

    BalasPadam
  39. slm ... nk try utk lunch ari ni, tq

    BalasPadam
  40. Salam azie kitchen...terbaiksgt2 sharing akak dlm ni...
    Ape2 resepi akak post2 yg wat sy teringi trus sy buat Alhamdulillah menjadi...suka sgt2 nak2 tempoyak ni first time buat perh sedapnye resepi akak kalah RnR temerloh tu...x yah susah2 gi sampai sna dh...
    Dah la sharing akak sgt simple n mudah tuk org mls msk cm sy...:-)

    BalasPadam
  41. Huhu.feveret sy ni sejak dapat suami org pahang.mak mertua selalu masak kn tiap kali kami pulang bercuti.Sypun asal perak sama cam akak jugak.hehe.Tapi dok sabah ni..nak carik ikan sungai mang payah.meleleh air liur tgk ikan patin masak tempoyak akak.hihi

    BalasPadam
  42. YaAllah
    Sedapnya kak azie
    So hot

    BalasPadam
  43. Salam,akak,saya ada sedikit nak berkongsi maklumat,abg ipar saya orang raub,adalah renjer hutan mentakab.Saya belajar sedikit dari abg ipar saya mengenai patin ni. Dalam ikan pati ada satu urat sebesar benang berwarna putih,itu org kg panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.Selamat mencuba.

    BalasPadam
  44. First time masak tempoyak ikan patin. Mmg sedap..tq kak azie

    BalasPadam
  45. Kebiasaannya sy pakai daun serai untuk hilangkn lendir2 ikan sbb lebih efektif.....btw, ay da cube resepi akak mmg ohsEmm

    BalasPadam
  46. Sedap ye..blh la sy nk cube resepi kak azie ni nanti..

    BalasPadam
  47. Sedap ye..blh la sy nk cube resepi kak azie ni nanti..

    BalasPadam
  48. Tahniah kak azie ...berkongsi resepi yg superb...kalau ada petua...baguih juga..saya org perak..suami org pahang..dua dua suka makan tempoyak ..

    BalasPadam
  49. Tahniah.....terima kasih share sbb sy mmg nk cuba masak ikan patin.

    BalasPadam
  50. Terima kasih...saya akn cuba masak ari ni...

    BalasPadam
  51. Sedap sgt..mudah pulak resepi pn.azei ni..
    setiap kali nak masak tempoyak,mst tengok resepi pn.azei ni..teeima kasih..:)

    BalasPadam
  52. Done ... sedap tp tlupa amik gmbr hihihi..da abis daaaa

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum. .sekali tengok je resipi azie kitchen, terus jatuh hati..beraso nok kenal benar nga tue blog.

    BalasPadam
  54. Nak try hari ni..almost everyday saye tengok blog akak sebb kalau nak masak selalu refer sini..tq atas perkongsian bermanfaat akak😍😍😍

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum k.azie,, dh lama sy jenguk blog k.azie sbb nk try resepi ikan patin msak tempoyak nie. Hari nie dh berjaya buat, Alhamdulillah, menjadi. Cik hubby ckp sdap sgt2. Tq kak azie..

    BalasPadam
  56. Tq krn byk bkongsi resepi yg sdap. Semoga Allah murahkn rzeki akk sekeluarga

    BalasPadam
  57. sedapnye kak, nak masaklah.terima kasih.suami saya suka ni, maklumlah org temerloh.cuma bekalan ikan sangkar je payah dah sekarang.

    BalasPadam
  58. Terima kasih kerana kongsi resepinye. Bahan tak banyak & kelihatan senang. Patin, ada. Tempoyak, ada. Daun kesum, cili padi, lada merah & kunyit hidup, ada. Saya nak cuba hari ni lah. ^_^

    BalasPadam
  59. biar kuahnya gelegak dulu sebelum diletakkan patinnya ke dala. kalau hendak memasukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh terima kasih atas petua dan perkongsian cara caranya. Ya saya tengok di Restoran Temerloh catering pun, ikan dimasukkan ke dalam kuah yang telah mendidih

      Padam
  60. Terima kasih Azie sedap sangt2 resepi patin tempoyak yg azie kongsikan ...semoga Allah merahmati hidup azie sekeluarga dn pahala yg berpanjgan dari ilmuyg d manfaat.

    BalasPadam
  61. Haha terasa sangat kak Azie saya memang silent reader blog akak yang setia. Nak masak je mesti jenguk blog akak. Ingat harini nak masak patin tempoyak.. Thanks & Salam perkenalan :)

    http://srisyadiqah.blogspot.my/

    BalasPadam
  62. Mntk izin share ye..hubby yg prknlkn sy dgn blog ni..kami di luar negara ni mmg suka main masak2..hihi..masa sy kat Malaysia x rajin plk..hihi x taulah maybe sbb baru kawen kot..anyway, tq sgt sbb sllu sy try menjadi ikut resipi.alhamdulillah

    BalasPadam
  63. Saya pun silent reader jugak. Dah banyak kali ikut resepi yang lain. Memang masak tempoyak nak sedap tak perlu pakai bawang yer? By the way, haiiii kak azie cantik!!!

    BalasPadam
  64. Hmm nk cube le...somi bru bli ikan patin dri pahang...bela punye tp bkn kolam sungai punya...MasyaAllah x pnh mkn ikan ptin dri sungai slalu bli yg bela kolam bau darah je dh hanyir tp ikan bela yg sungai punye langsung x bau hanyir n isi pun x hanyir mcm bkn ikan patin plk rasenye....ptut le tgk tv org rmai sanggup dtg dri jauh utk mkn ikan ptin sungai...bru tau mmg best....smlm buat asam pedas ikan ptin hri ni nk cube resipi kak azie.....saye mmg sk ambik resipi kak azie sbb simple tp rase nye walahwei....saye siap promote kt mak cik saye blog kak azie klu mak cik blur nk msk pe....tq kak azie utk share resipi yg osem....

    BalasPadam
  65. As salam k.azie..sy pon silent reader..hehe...tgh hari ni mmg plan nk buat patin masak tempoyak utk husband,sempena anniversary kami dan dia pon balik dr kursus..mggu dpn smbung kursus lagi...izinkan sy guna resipi ni ye...makaseh... :)

    BalasPadam
  66. Mohon shere ..esok bole try masak ikan patin.tgok gambar pon dh trliur hihihihi

    BalasPadam
  67. 1st trial nak masak patin tempoyak ni.. tq bg petua dan resepi

    BalasPadam
  68. Tgh cuba masak ni...harap2 jd ...tq ye..share resepi

    BalasPadam
  69. Slm kak...sy td memancing dpt 2 eko ikan patin...sy nk trylah masak tempoyak...cammane peginye...

    BalasPadam
  70. Kak kome letok petai sikik bloh lepih

    BalasPadam
  71. sy suka tumis dulu... kemudian msukkan halia + kunyit + Buah keras + segenggam cili api.. msukkan air + santan + tempoyak +serai... hahaha... ni cre oghang melaka masak la kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah blh cuba versi Melaka pula

      Padam
  72. Seriously sy mmg xpnah makan pon ikan patin apelagi masak tempoyak ni..tapi hubby pnye pasal nak xnak kne cbe la.Brg2 smue dh beli so tgu nak msk je..pastu tadi jumpa seorang makcik at pasar die ckp bsuh ikan guna asam jawa utk hilangkan bau hanyur ikan..Harap2 menjadila... hehehe..thx ea share resepi😘😘

    BalasPadam
  73. Seriously sy mmg xpnah makan pon ikan patin apelagi masak tempoyak ni..tapi hubby pnye pasal nak xnak kne cbe la.Brg2 smue dh beli so tgu nak msk je..pastu tadi jumpa seorang makcik at pasar die ckp bsuh ikan guna asam jawa utk hilangkan bau hanyur ikan..Harap2 menjadila... hehehe..thx ea share resepi😘😘

    BalasPadam
  74. Silent reader gak... hehe.. kak azie.. terima kasih atas perkongsian segala resepi dan petua2 masakan. Dgn rujukan di blog kak azie,saya bleh berlagak bagaikan pakar dgn suami dan anak... syhhhh jgn bgtau dorg!! Next ikan patin masak tempoyak...hehe

    BalasPadam
  75. assalamualaikum... saya antara salah sorang silent reader tu...suka sgt dgn blog ni... coz semua resepi yg dicuba setakat ni menjadi... thanks azie... semoga sentiasa mendapat rahmat dariNya..salam perkenalan...

    BalasPadam
  76. Hiii samalag kita K.Azie..lps kahwin lama2 jd tersuka plk gulai tempoyak sbb hubby n anaklelaki yg no. 2 tu suka sgt patin msk tempoyak....

    BalasPadam
  77. Perghhh...memang jadi. Sedap sangatt..tima kasih kak azie..minta halalkan resepi yek. Tq sangattt

    BalasPadam
  78. Adoi... sambil baca sambil terliur2 ni ha... dah la ngah pegnen.. lagi la rasa nak cuba.. maseh akk utk resepi mudah ni.. tak penah cuba ..tp bila dah ad suami ni kena la rajin ke dpaur..ihiks

    BalasPadam
  79. Assalamualaikum kak...memang kalau org raub phg masak color gulainya warna kuning kak...rasanya...mmg best

    BalasPadam
  80. Try utk menu mlm ni.tq kak azie :)

    Cherlyn,melaka

    BalasPadam
  81. Anak anak saya hantu ikan patin kak. Dolu dolu saya tak makan ikan patin ni. Tapi skrg makan la jugak. Smlm ada kawan bg ikan patin ni. Saje la nak cari resepi yg ump sikit. Malam ni kalau rajin nak buat la utk esok

    BalasPadam
  82. Baru buat pg td kak. Tp kuahnya cam masam sikit. Frustvrasanya.
    Apa fb akak ye. Senang nak tny resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masam tu bergantung pada tempoyak. Kalau tempoyak baru, patut rasa manis. Kalau tempoyak lama, tambahlah air supaya cair dan kurang masamnya

      Padam
    2. Salam sis.. Thanks ya sebab resepi kak azie semuanya sedap sedap Dan simple....
      Hari ni saya pertama kali nak Cuba masak patin masak tempoyak ni.... Harap Harap menjadi...

      Padam
  83. Salam kakazieee....ermmm gugel2 je terus dpt resepi akak.. byk resepi akak yg nur dh try byk yg menjadi ader yg x jd gak hihihi silap sendiri. Maklumlah try n error. Nk try ni plak dh beli tempoyak dkt pasar pg changkat jering. 5bekas tempoyak 😄. Ok kak azie maceh byk ye.dah muak asek masak kari kari..hari2 mkn kari heee.

    BalasPadam
  84. Paste yg ditumbuk tu lumur pada ikan.. Bungkus dlm daun pisang / aluminium foil.. Bakar. Jadi lah paeh

    BalasPadam
  85. Kecur air liur ni tengok ikan patin kak azie...semua bahan dh ada tp kena keluar beli tempoyak la pulakk..sy pun dh cuba banyak respi k.azie memang best2 belaka..trima kasih ye.

    BalasPadam
  86. Wahh..Simple nye.. blh la try Ni..Mmg xguna bwg kan?

    BalasPadam
  87. Ikan patin ade tu..daun kesum pon ade.tp tempoyak nye tak jumpe lg kat area permaisuri ni...huhuu
    Terima kasih perkongsian resepi ni ye :-)

    BalasPadam
  88. Tempoyak susah nak dapat kat sini....nak buat resipi azie..terpaksa tanya kat grp taman sapa ada tempoyah spare. Sib baik dapat gak...skang tengah atas dapur...kena tambah asam keping. Tempoyak tak masam..

    BalasPadam
  89. Kak azie..slm perkenalan. Nak tye..mmg xde gne bawang eh? Sbb suka makan tp xprnh try msk..mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua masakan menggunakan bawang. Resepi ini ikut cara Temerloh. Hanya guna 5 bahan asas sahaja

      Padam
  90. Saya pun buat mcmni.. Sedap

    BalasPadam
  91. Boleh try...tempoyak yg buat sndiri th lps elok lg

    BalasPadam
  92. tq ye saya belajar yg haq semata lain tiada ye .

    BalasPadam
  93. Ikan Patin Masak tempoyak cara Pahang Terbaik Pn. Azie..
    Saya beri tips jika baru mencuba nak makan ikan patin ni..
    -Basuh dgn air asam jawa untuk kurangkan hanyir
    -Guna tempoyak fresh untuk serasi dengan tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih share. Nnt nk amalkan.

      Padam
  94. Sy pn dh beberapa kali cume resepi dr pn azie... so far tk pernah menghampakan.... hehehehe terima kasih share....

    BalasPadam
  95. Esok nk try buat la ikan dh beli td

    BalasPadam
  96. Dah try buat patin tempoyak temerloh..menjadi.. sedap sgt wei..

    BalasPadam
  97. resepi nya bagus bagus, ku ijin copy tuk dipublish

    BalasPadam
  98. Terima kasih untuk resepi ni.. Kebetulan ada ikan patin dari temerloh dlm fridge bolehla buat nanti. Sy suka follow resepi2 dr blog kak azie.. Malah jadi rujukan pula untuk resepi2 yg sy tak tahu..

    BalasPadam
  99. Patin tempoyak temerloh paling sedap di dunia :)

    BalasPadam
  100. Maaf ye puan... selma ni sy silent reader... halalkn resepi.. tghr ni nk msk patin tempoyk... dh byk kali msk resepi puan... mmg menyelerakn.

    BalasPadam
  101. Sye dah cuba resepi ni. Tapi saya guna udang.. Huhu.. Sebab masa terbaca ni kat rumah ade udang dan ayam saje. Tak tau lah rasanya macam mana. Sebab saya tak pernah makan. Tunggu suami balik suruh dia rasa. Harap2 dia suka😊

    BalasPadam
  102. Hmm...sedapnya

    BalasPadam
  103. terima kasih atas perkongsian resepi. saya tengah masak ni. harap2 mnjado. resepi ni paling mudah n ringkas

    BalasPadam
  104. Tq kak, mantop 😋

    BalasPadam
  105. I gotta bookmark this web site it seems very helpful extremely
    helpful.

    BalasPadam
  106. U are the best Kak Azie ! Zeti try semua guna ikan kembung pasal tak tau mana nak dapat Ikan Patin fresh. Sedap sangat sangat ! Rasa sama standard dengan kedai luar yg best. Terima kasih banyak Kak Azie !

    BalasPadam
  107. terbaekk Axie kitchen 👍👍👍

    BalasPadam
  108. Nape sy msk x rasa pedas.padahal sy dah bubuh cili api byk 10 btg 😭

    BalasPadam
  109. Kalau x guna ikan patin, ikan apa lagi boleh ya?

    BalasPadam
  110. Terbaik! Resepi puan banyak menyelamatkan saya masa-masa tengah buntu nak masak apa. Patin tempoyak ni Masa duduk di Pahang mmg feel habis. Bila dah pindah jauh, ni la nostalgia masa bujang dlu.. terima kasih puan ats resepinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa dapatkan buku resepi saya. ada resepi ikan patin yang sangat sedap dan istimewa. Rugi kalau tak beli sebab buku ini tidak selalu ada

      Padam
  111. Saya dah Cuba Byk resepi Puan.Isteri saya Dan keluarga delay puji. Memang terbaik. Minta halalkan ilmu itu ya

    BalasPadam
  112. sedappp..boleh lah menu bwebuka puasa

    BalasPadam
  113. Terima kasih atas perkongsian resipi.

    BalasPadam
  114. Sya pon da buat hri nie..cuma tmbah ubi keledek merah, duan kesum tu belander sikit..keledek tu sya potong kecik2.. ikut cara mama dri temerloh buat..daun kesum tabur atas sma..tempoyak tu sya belander smua sya cmpak skli pastu msk api pelahan2..akn serap msuk dlm isi ikan sedap tu..

    BalasPadam