Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Cencaru Sumbat Sambal



Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Kena akui bahawa pengetahuan manusia sangat terbatas menyebabkan manusia mudah bersangka sangka. Yang diam dikata sombong atau paling teruk dikatakan sebagai bodoh. Yang banyak bercakap dikatakan peramah atau pandai. Sebaiknya kita jangan mudah membuat penghakiman pada orang lain dengan hanya melihat dari luaran. Lagi pun, siapalah kita selain insan yang penuh dengan kelemahan. Islam menganjurkan kita mengembirakan orang lain, apalagi mereka yang ditimpa musibah. 

Bukan dengan menambah menyakiti dan merendah rendahkan mereka. Lagi satu yang saya perhatikan, ada orang yang sangat baik di mata kasar akan hubungan dengan Allah tapi hubungan dengan manusia sangatlah lemah. Tidak tahu menghormati ketua, tidak menjaga hubungan dengan jiran, bersikap memandang rendah dan memperlekehkan pada orang lain. Janganlah nanti orang sebegini termasuk dalam golongan munafikun yang pada pandangan kasar nampak alim dan beragama tetapi hakikatnya penuh dengan kepuraan puraan apabila ilmu yang dimiliki tidak dipraktikkan. Dalam surah Al Baqarah ayat 1-10 diceritakan berkenaan jenis jenis manusia iaitu golongan mukminun, kafirun dan munafikun.
 
Kita tinggalkan kisah ragam manusia dan saya nak beralih pada topik masakan pula. Hidangan rezeki untuk keluarga. Di samping Gulai Lemak Ayam di SINI, saya juga menyediakan  ikan Cencaru Sumbat Sambal yang kali ini menggunakan cili kering kisar. Inilah kali pertama, saya menggunakan cili kisar untuk ikan sumbat sambal. Kebiasaannya, saya menggunakan cili merah hidup sebagai sambalnya. Tapi kali ini, stok cili merah dalam peti sudah kehabisan. Itulah pasal saya menggunakan cili kisar untuk resepi kali ini. 

Ikan cencaru sumbat sambal adalah salah satu dari lauk kegemaran anak anak. Memang cepat jer licin dalam pinggan. Ini adalah antara lauk yang disukai oleh semua anak anak kami. Jadi memang tak perlu risau kot ada yang tak makan pulak. Haa tapi 2 gambar atas dan bawah dalam entri ini adalah gambar Ikan Cencaru Sumbat menggunakan cili merah hidup kerana gambar yang menggunakan cili kering kisar tak cantik. Jadi saya guna gambar yang lebih cantik. Boleh lah ya... Gambar yang dalam cara cara penyediaan ialah gambar menggunakan resepi dalam entri ini.


Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

 


Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.


Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

35 ulasan for "Ikan Cencaru Sumbat Sambal"

  1. sedapnya..kak zie..teringat ko mama ni

    BalasPadam
  2. assalam auntie zie...
    kalau saya, saya akan masukkan sdikit jintan manis n serai....akan bertambah wangi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Mazni,
      Insya Allah, lain kali boleh cuba masukkan jintan manis dan serai pulak. Satu kelainan ni

      Padam
  3. Memg xtumbuk cili besar ke kak azie???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 jenis. Satu saya hanya guna cili besar yg tumbuk macam sambal belacan cuma masukkan bawang merah. Yg ni pulak, guna cili kering kisar

      Padam
  4. Tambah daun limau purut/serai..tumis sambal letak ats ikan lg nyummyyy....

    BalasPadam
  5. ya allah tgugat iman bila jauh dari negara tcinta....sdap nyeeeeeee

    BalasPadam
  6. mumme singgah sini peep resepi ikan sumbat....

    BalasPadam
  7. nak buat resepi ni ptg ni..simple! tqvm ;)

    BalasPadam
  8. Allah..kak..saya dah terpotong kulit keras ikan tu..agak2masih boleh jadi tak ye sumbat2 ni?:)

    BalasPadam
  9. Sis...x terkeluar ker sambal dari ikan tu bila goreng nt?Mak saya kt kg guna tali dr batang pisang utk mngikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila masa rajin, saya lilit dg benang. Tapi dah lama lama, pandai adjust sendiri. Bila goreng tak trkeluar pun

      Padam
    2. Pandai adjust sndr tu maknanya isi x melimpah ke.atau minyak sikit, goreng belah ada sambal atau xde dulu.sy selalu buat, sambal terkeluar dan jadi hangit

      Padam
    3. Sy buat celup dlm telo.. mse goreng jgn balikkan ikan belah ade smbl. Pusing yg belah xdk smbal. Slow2 je.. isi xkn kua.

      Padam
    4. Kalau guna cili masak sama je ke ..resepi nye?

      Padam
    5. Sama jer. Mcm buat sambal belacan tapi letak bawang merah

      Padam
  10. Assalam...

    Blog kak azie ni slalu jadi rujukan sy bile buntu nak masak...tq..
    Jemput jenguk blog saya ye...tq

    BalasPadam
  11. Sedao nyer...btul x atiqah

    BalasPadam
  12. kak zi, banyak resepi dari akak i dah cuba buat.maklumlah orang baru nak beljar masak.Simple and plg penting cepat disiapkan.Rasa pon Ummmpp!!

    BalasPadam
  13. Sedapnya.Nanti Nak TryLah Hehehe.Btw Thankz Sis Ilmunyj 😚

    BalasPadam
  14. Pok cik pon nk try lol..adjus ape yg perlu.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. tm kasih kak azie..sy nk try buat..biasa tgk mak aje yg buat..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum kak azie..resepi dr akak antara resepi terbaik yg sy dah cuba..resepi ikn sumbat sambal antare menu wajib cuba..terima kasih kerana berkongsi ilmu masakan..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah. Blog ni memang slalunye x mengecewakan. Just nk refresh resepi. Pernah jgk buat tp x sesedap air tangan mak kt kg...hu3.... tq kak Azie.

    BalasPadam
  19. Okay saya cari resepi ni di blog kak azie in 2017! heheh.
    nak buat untuk lauk berbuka petang ni weee :D

    BalasPadam
  20. Byk blog2 resepi ikan cencaru sumbat ni..tp sy ttp memilih blog k.Azie setiap kali ingin masak..tq k.Azie

    BalasPadam
  21. Tq... Blog akak mmg jadi rujukan saya utk masak.. Terutama sejak mama dah xde... Ari ni nak cuba ikan cencaru sumbat... Arwah mama selalu buat.. Kita je x tumpukan perhatian... Bila dah xde... Teringin nak mkn kena Google.... Mujur ada blog akak.... Lidoh ore klate... Rasa mmg umph... Tqvm

    BalasPadam
  22. Sy slalu follow resepi kt blog k azie.. Resepi smple n snang nk buat..

    BalasPadam
  23. Mabelles ike konge sumbat nih (y)

    BalasPadam