Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal
Resepi ini saya pelajari dari Linda kawan sepejabat saya selepas melihat resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal saya di SINI. Linda selalu mengikuti blog saya dan akan memberi komen atau pandangan beliau melalui email. Saya telah membuat sedikit pengubahsuaian dari resepi asal Linda dengan memasukkan sedikit belacan.
Kata Linda, lebih sedap kalau dimakan bersama sayur tumis air dan nasi putih panas panas. Atau jika suka boleh juga dimasukkan sedikit santan dan masak sehingga sambal pecah minyak. Mana mana pun boleh. Ikutlah selera dan citarasa masing masing. Saya membakar menggunakan kuali ajaib. Bila dibakar menggunakan kuali ajaib ni dah macam goreng juga sebab minyak dari sambal akan keluar sedikit. Bezanya ia tidak digoreng dalam minyak yang banyak seperti biasa.
Kata Linda, lebih sedap kalau dimakan bersama sayur tumis air dan nasi putih panas panas. Atau jika suka boleh juga dimasukkan sedikit santan dan masak sehingga sambal pecah minyak. Mana mana pun boleh. Ikutlah selera dan citarasa masing masing. Saya membakar menggunakan kuali ajaib. Bila dibakar menggunakan kuali ajaib ni dah macam goreng juga sebab minyak dari sambal akan keluar sedikit. Bezanya ia tidak digoreng dalam minyak yang banyak seperti biasa.
Memang sedap sangat ikan bakar bersumbat sambal ni. Saya cuma menyediakan Sotong Masak Kicap untuk dihidangkan bersama Ikan Bakar Sumbat Sambal ini. Hidangan ringkas ringkas sahaja. Yang penting ianya disukai oleh anak anak.
Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.
Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
1 senduk (5-6 sb) cili kisar
1 biji bawang besar
3-4 bawang putih
2 batang serai - potong-potong
1 inci halia
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - jika suka
Asam keping
Gula
Garam
Cara cara:
Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar dan tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili betul betul masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.
Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper. Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.
Sedap jer dimakan dengan nasi panas dan bak kata Linda, makan dengan sayur tumis air.... memang laju jer makan....
Nota:
Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat..... kalau mahu banyak sambal gandakan bahan bahan.
Boleh juga diletakkan sedikit santan jika suka.
Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.
Ooo. Masak dulu eh sambal tuuu. Hehe. Biasa mama biay lepas tumbuk sumbat terus. Yg resepi ni nmpak lg menarik!!! ♥
BalasPadamNina,
PadamResepi yang biasa saya guna pun macam tu gak. Lepas tumbuk macam sambal belacan, terus sumbat. Tapi yang ni lain sikit. Sambal ditumis garing dan ikan hanya dibakar. Bolehlah cuba versi ni pulak utk pelbagaikan masakan kita
fuhh nampak sedap bole try ni
BalasPadamsedap nye...salah satu makanan kesukaan tp selalu yg mak masak. Mak sya selalunya x masakkan dulu sambal..Terus sumbat dalam ikan. Selalunya ringkas je bahan sumbat spt cili kering, bawang, serai, garam..terus bakar
BalasPadamHmmm...nampak macam sedap....
BalasPadamcli kisar ni..cli kring or cli hdup?
BalasPadamI need to try this recipe. ..to azura Ibrahim-guna kan Cilibo...
BalasPadamWah..sedapnya akak..nak cuba la..Hihihi
BalasPadamSalam perkenalan dari saya nisak..
Jemput singgah blog saya juga ye.
Www.wanisak.blogspot.com
sy dah cuba.sedap. umi sy pn ckp sedap..
BalasPadamsy emg ore klate & ska masakan kelate.
thanks akk for the recipe..
Bakal dicuba hari ni! Harap menjadi. Tapi kuali ajaib saya dah tak berapa ajaib. Asyik hangit ja. Kena letak minyak juga.
BalasPadamSedang Cuba kak...baunya sangat wangi..
BalasPadamDah tryyyyyyyy sgt sedappp
BalasPadamIsteri saya kalau nk masak mesti jengah blok azie..patutlah mmg ada mcm2 resepi..dr tak tahu masak sampai dh pandai masak.tq
BalasPadamdah try resipi kak azie ni.. mmg sedapppp! tenkiu for sharing
BalasPadamdah cuba dah tadi.. mmg sedapppp.. wangi baunye.. hehe.. famili mkn tambah² hihi.. thanks for sharing kak azie
BalasPadamDah 3 Kali buat..Mmg terbaik Dan sedap..Xpuas makan
BalasPadamNie gerenti tak baca bismillah
Padamhari ni dah 2 kali guna resepi ni. mmg terbaik. isteri pun suka.
BalasPadamKena try nii
BalasPadamSaya dah cuba resepi ni, memang sedap. Ank² smua suka
BalasPadamDah cuba,, sedap sgt 😘
BalasPadamKalu bakar pakai oven bole juge kan?
BalasPadamBoleh. Oven atau air fryer
Padam