Daging Bakar Kelantan Kegemaran Saya
Sebelum itu, saya nak kongsikan petikan kuliah zohor oleh Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan uban. Riwayat Muslim, Anas bin Malik. Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang ada uban di rambut, akan memberi cahaya pada hari kiamat. Uban adalah satu tanda yang Allah SWT beri seperti mana disebut dalam Surah Fatir ayat 37. Biasanya bila ada uban, kita akan terasa tua dan mula memperbanyakkan amalan soleh. Jadi jangan cabut uban dan mencabut uban adalah makruh. Antara kelebihan mereka yang mempunyai uban ialah:
1. Terpancar cahaya di hadapan dan di kanan semasa meniti titian siratul mustaqim
2. Bagi setiap helai uban, ditulis satu kebaikan.
3. Bagi setiap helai uban dihapuskan satu dosa
4. Bagi setiap helai uban, diangkat satu darjat
Jadi jangan sesekali mencabut uban ataupun mewarnai uban.
Seperti yang dijanjikan dalam entri Nasi Kerabu Kelantan di SINI, saya akan kongsikan hari ini, cara menyediakan Daging Bakar stail Kelantan yang sangat sedap. Kebiasaannya daging bakar ini cukup sinonim dihidangkan bersama dengan nasi kerabu di Kelantan.

Sebenarnya daging bakar ini disediakan oleh sepupu saya Cikgu Wan Faizah. Dia membekalkan saya untuk dibawa balik pada Nana yang tak dapat turut serta kerana penat setelah 6 hari berturut turut bekerja dari pagi sampai jauh malam.
Jom layan resepi daging bakar yang sangat sedap dan berperisa ini. Jika mahu sedap, pilihlah daging yang mempunyai sedikit lemak lemak...
Jom layan resepi daging bakar yang sangat sedap dan berperisa ini. Jika mahu sedap, pilihlah daging yang mempunyai sedikit lemak lemak...
Daging Bakar Kelantan
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam
Cara cara:
Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering.
Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender.
Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak.
Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.
Boleh dicicah dengan sos lada hitam.

sedap ni kak zie! teringat kat wae sebab kami siap buat dapur arang bkr mengunakkan perange buluh..tapi bkr buku bsr..sebsr buku lima tapi wae punya simple jer sekadar garam dan kunyit hidup serta aji...tq sbb berkongsi..
BalasPadamsama resepi mace ma ct punyo cumo xletok jintan bagai jer
BalasPadamDaging tu boleh bakar dlm oven x? :)
BalasPadamBoleh tapi lambat lah masak. Jadi mungkin boleh hiris nipis sebelum bakar. Bakar guna dapur arang lebih sedap. }
PadamKak bakar pakai oven blh kee?
BalasPadamKak azie
BalasPadamBkr brp lama
Bsok nk try
BalasPadamAs Salam..K.Azie perap tu kena letak dlm peti ais atau kat luar jek?
BalasPadamKak Azie, saya baru balik dari Kelantan. Ada satu kedai nasi kerabu di padang kala, melor, orang beratur nak beli. Daging bakar dia memang tip top, sampai sekarang saya terbayang-bayang :) Nanti nak try buat resipi kak Azie ni.. Terima kasih :)
BalasPadamSalam k. Azie.. sy dh try resepi k.azie mmg tip top sedapppp.. huby ska ngan resepi br sy ni.. hihi.. tq k.azie
BalasPadamLahaiii simple sgat daging bkar ni
BalasPadamklu rebus dlu daging tu boleh ker ??
BalasPadamBoleh juga direbus dulu tapi dagingnya dah jadi kurang lemak atau kurang juicy
PadamDaging bkr slalu liat..mcm mana nk bg lembut dlu ye?btng pinang bnyk daging kerbau,pn kdng2 bnyk yg liat..nk guna daging part yg mana?yg kurang kos
PadamNk guna daging ape ye?slalunya daging bakar yg sy buat sumanya liat..guna btng pinang pn liat,btng pinang pn bnyk daging kerbau..klu nk guna daging lembu nk amik bahagian mana ye?ke nk kene rebus dlu untuk lembutkn daging tu?
PadamTumpang kongsi tips. Cuba guna daging top side atau steak. Klu beli kat penjual daging yg berpengalaman, sebut jer Jenis daging tu.
PadamAssalamualaikum...saya tumpang share ye...
BalasPadam