Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap


Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap

Sementara daging korban tengah banyak ni, hari ini saya memasak Rendang Tok walaupun saya tak boleh makan daging. Saya belajar resepi ini dari arwah Bonda Mertua di mana arwah mengajar saya dengan cara sama sama memasaknya di kampung setelah mengetahui yang saya sangat menggemari Rendang Tok. Sejak kawin tak pernah melihat Bonda Mertua menyediakan Rendang Tok. Setelah melihat saya sangat berminat untuk mempelajarinya, barulah kami memasaknya bersama sama. Kalau dulu, setiap kali balik beraya di kampung suami, kami pasti singgah di Bazar Ramadhan Batu Gajah untuk membeli rendang Tok. Harganya sangat mahal. 




Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap

Sejak itu, beberapa kali juga saya memasak Rendang Tok ini bersama sama Sri Handayani, bekas Pembantu Rumah kami untuk majlis rumah terbuka dan juga untuk majlis di kampung saya menggunakan daging korban. Tapi masa tu, saya tidak pernah pulak mengambil gambar. Jadi inilah kali pertama saya menayangkan resepi Arwah Bonda Mertua. 

Sebenarnya saya menggunakan periuk pressure cooker untuk merebus daging terlebih dahulu. Akibatnya rendang saya kelihatan kering tanpa lemak atau minyak kerana saya hanya menggunakan sedikit sahaja air rebusan daging tadi. Ianya tak keluar minyak seperti selalu. Keduanya saya merenih hanya 1 jam sahaja kerana anak anak hendak makan sebab mereka tidak mengambil sarapan. Sepatutnya daging direneh selama 3 jam kerana lagi lama dimasak, ianya akan menjadi bertambah gelap warnanya. Tapi boleh sahaja dipanaskan lagi sehingga menjadi kering dan hitam seperti Rendang Tok Perak. Lagi lama lagi bertambah gelap warnanya dan lagi sedap. Ketiga, saya memang tak menghiris halus terutama serai sebab tu masih nampak. Hahaha memang tak berapa sihat sikit. Terasa badan panas demam dan batuk batuk. 

Apa apa pun, jom cubalah resepi tradisi negeri Perak ini. Memang sedap dan menjadi kesukaan saya sejak dulu. Hmmm apa lagi kalau dicicah dengan lemang atau makan dengan nasi minyak. Jom kita tengok resepi di bawah ini...


Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap

Rendang Tok Mertua

Bahan bahan:
2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb  jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb  jintan manis
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa 
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula

Bahan hiris halus:
30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm  halia
5 -7 batang serai 

Cara cara:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.  Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging.



Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap

Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap


Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.





Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit. 

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping.  Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.




Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap


Nota:
Rendang ini lebih sedap selepas sehari.






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap"

  1. suker mkn rendang tok...tapi tak pernah memasaknya......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolehlah cuba Nikee. Membuatnya tak sesusah mana sebab banyak bahan yang tersedia di kedai tanpa perlu bersusah payah

      Padam
  2. Sedapnya kalau dpt makan bersama lemang. Thanks kat azie for the recipe.

    BalasPadam
  3. sedapnya...suka mkn rendang dgn ketupat..tksh kak azie sudi share recipe..moga kak azie cepat sembuh dan sentiasa perlindungan Allah swt...take care.

    BalasPadam
  4. sedapnye kak....teringin nak masak nanti...thanks share resepi kak.. ;)

    BalasPadam
  5. sdp btl tgk gmba rndang tu...rye nt msti saye cube buat.

    BalasPadam
  6. sy tgok gambar pon sy dh rase lapar......

    BalasPadam
  7. Sedapnya kak... Salam perkenalan... Byk cuba resepi kak azie... Smua jadi..

    BalasPadam
  8. Salam K.Azie...sy dah cuba..mmg sedap...sy share resepinya di blog...:)

    BalasPadam
  9. Mcm ada bunga lawang dan kayu manis...ker saya salah tgk yer

    BalasPadam
  10. Saya pun masak rendang dalam periuk tembaga... Turun temurun periuk nya.

    BalasPadam
  11. Sedapnya thank share resepi

    BalasPadam
  12. Thanks azie.last syawal saya try resepi u share ni.result my kids suka Sgt. Sy masak 2jenis rendang utk 1syawal yg lepas. Rendang cilipadi dan tok. Special for my kids after 6years xberaya dgn saya. Thank you so much dgn resepi yg azie share kat blog ni. Semoga Allah berikan rezeki mlimpahruah utk azie&family.

    BalasPadam
  13. salam kak azie. daging tu kene rebus dulu tak sebelum masak rendang? ke masak teros nanti die lembot sdiri ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu rebus pun. Nnt akan lembut sendiri.

      Padam
  14. Salam kak sukatan utk kerisik berapa ye? Dan jintan manis pakai jintan serbuk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Levih sedap guna jintan yang ditumbuk sendiri. Ikut sukatan daging. Boleh guna 2-3 sudu besar kerisik

      Padam
  15. Tengah buat rendang tok ikut resepi ni ngn pulut kuning juga tgk resepi akak...utk juadah di pagi raya....
    Minta halal, selamat hari raya...tqvm😍😍😍😍😍😍

    BalasPadam
  16. Salam puan . . Maaf nak tanya, selepas perap, adakah perlu ditumis dgn minyak atau terus letak di api sehingga air kering dan empuk ? Maaf first time nak buat rendang tok

    BalasPadam
  17. Dh selalu buat rendang tok huna resepi azie,mmg terbaik lah..ank selalu request rendang tok walau bukan time hati raya,terima kasih azie atas resepinya moga Allah sentiase memberkati azie dan keluarga dan mempermudahkan segala urusan azie

    BalasPadam