Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Best Ever Cucur Udang Untuk Hidangan Petang


Best Ever Cucur Udang Untuk Hidangan Petang


Selain Soto Ayam di SINI dan Pulut Sekaya di SINI, saya juga menyediakan cucur udang yang digoreng dan dihidangkan panas panas bersama teh O. Kebelakangan ini, cuaca pun agak mendung menjadikan makanan dan minuman panas sangat sesuai sebagai hidangan petang. Itu yang saya pilih untuk menyediakan cucur udang.

Cucur udang ni saya belajar dari Kkida dan menjadi kegemaran anak anak. Pendek kata, kalau disediakan satu adunan, sekejap sahaja telah licin. Kami menghidangkan cucur udang ini bersama pencicah air lada yang dibeli dari Kelantan. Sos air lada ini adalah sos yang digunakan untuk mencicah keropok atau keropok lekor di Kelantan.  Sedap juga digunakan untuk mencicah ikan atau makanan laut goreng celup tepung. Memang terbaeek lah. 

Kalau ada sesiapa ingin mencuba cucur udang ini, bolehlah layan resepi yang saya sertakan di bawah ini. Di dunia yang singkat ini, janganlah kedekut ilmu. Janganlah ada lagi Haji Bakhil moden macam cerita P Ramlee dulu. Zaman sekarang zaman orang berebut rebut membuat perkara yang memberi pahala untuk bekalan di akhirat. Hahaha untuk renungan dan pengajaran buat semua, termasuklah saya sendiri.


Best Ever Cucur Udang Untuk Hidangan Petang

Best Ever Cucur Udang

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
¼ sudu teh baking soda
1 cawan udang kecil putih
¾ cawan bawang besar putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
1 cawan daun kucai - cincang
¾ cawan isi jagung - fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit 

½ cawan air panas thermos
½ cawan air biasa
½ cawan gandum (extra)

Cara cara:
Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan kemudian tuang air panas dan air biasa yang disatukan sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Jika terlebih cair, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum extra.

Boleh dibiarkan seketika bagi membolehkan adunan naik dan menjadi lebih lembut sebelum digoreng.

Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan, angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos air lada yang biasanya diguna untuk mencicah keropok.


Best Ever Cucur Udang Untuk Hidangan Petang



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Best Ever Cucur Udang Untuk Hidangan Petang"

  1. yeahh.. atie pon suka makan cucur udang ni.. :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Azie, sedap cucur camni...Ummi pun mmg suka bancuh dgn air panas, mmg lembut sampai ke petang. Pernah share jgk kat blog... Eemm...rasa lapar terus tgk ni..

    BalasPadam
  3. Salam kak azie.. tun suka makan cucur udang, tp husban tun ni haa mesti nk cucur ikan bilis jugak.. len kali nk buat cucur bahagi dua adunan, satu letak udang satu letak ikan bilis. hihi...

    BalasPadam
  4. Amboi..sedap ni...dh meleleh ayaq liur

    BalasPadam