Kerabu Kulat Gelam Yang Sungguh Eksotik
Sejak kecil saya memang sangat menggemari Kerabu Kulat Gelam. Kebiasaannya bila saya balik bercuti, tidak pernah bertepatan dengan musim Kulat Gelam, kulat liar yang hanya tumbuh pada musim musim tertentu sahaja.
Jadi keinginan nak memakan kerabu Kulat Gelam, terpendam begitu sahaja. Tapi kepulangan saya pada Hari Raya Aidil Fitri kali ini sangat bernasib baik kerana ianya berkebetulan dengan musim Kulat Gelam. Ianya banyak dijual di pekan Jelawat kali ini. Rasanya dah lebih dari 10 tahun saya tak merasainya.
Jadi keinginan nak memakan kerabu Kulat Gelam, terpendam begitu sahaja. Tapi kepulangan saya pada Hari Raya Aidil Fitri kali ini sangat bernasib baik kerana ianya berkebetulan dengan musim Kulat Gelam. Ianya banyak dijual di pekan Jelawat kali ini. Rasanya dah lebih dari 10 tahun saya tak merasainya.
Saya membeli sebanyak 5 rial untuk dibawa balik ke rumah kakak untuk dimasak kerabu. Tapi sebab tak pandai membeli, yang dibeli banyak kulat yang tidak berapa elok. Singgah di jalan Rusa untuk membeli ikan untuk dibuat ikan tawar yang merupakan bahan penting dalam menyediakan kerabu Kulat Gelam. Saya memang sangat menggemari kerabu samada kerabu timun, kerabu terung, kerabu beko atau kerabu kulat. Memang sedap. Tapi gambar yang diambil hari tu, memang secara tergesa gesa kerana dah tak sabar untuk menikmati makan tengahari dengan Kerabu Kulat Gelam. Kira asal ada gambar jer ni.... Apa apa pun konpem sedap nih dengan rasanya yang licin licin dan kelat kelat pahit.
Jom kita tengok resepi kerabu yang disediakan oleh kakak saya...
Kerabu Kulat Gelam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Kulat gelam - rebus dan tos
1 ekor ikan rebus- ambik isi
1/2 pek Santan
1/4 biji kelapa parut - digoreng & tumbuk kasar
3-4 ulas bawang merah
Garam
Gula
Cara cara:
Tumbuk isi ikan rebus bersama bawang merah dan ketepikan dalam mangkuk. Masukkan kelapa goreng dan gaul rata.
Masukkan santan sedikit demi sedikit dan tambah garam dan gula.
Masukkan santan sedikit demi sedikit dan tambah garam dan gula.
Akhir sekali, masukkan kulat yang direbus tadi. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
Salam Kak, saya selalu masak guna resepi kat blog akak , yang paling bestt nasi beriani pakistan..:) Tapi kulat macam ni tak pernah beli dan masak lagi..sedap ke ek ?
BalasPadamSedap tapi susah nak jumpa sebab ia tumbuh di musim tertentu jer. Bukan sentiasa ada
Padamsaya tak pernah makan lagi kulat ni
BalasPadamkak azie, saya xpenah dengar lg nama kulat gelam ni wpun org kelantan.
BalasPadamnnt balik kb nak tanya ma.
Kulat orang kampung jer kot.
PadamBaru tahu mak mertua suka krabu pauh kulat gelam nih.. Cari resepi nk buat sdri.. Moga jjadi lah..
BalasPadamTgn ore laki nih jjdi bokali..
Yup.pertame kli mkn ms g umah bakal mak mertue di bachok kelantan.tunang ckp mmg sush klu bukan musim.kene cari dlm hutan..sedap.tp nnti minum air putih..air putih konfem jadi pahit.hihi..best pengalaman baru.tq kak untuk resepi..kne blaja sbb bakal suami mmg faveret die kerabu kulat ni
BalasPadamAssalamualaikum k.azie. sedapnyee. Nnti nak cube buat lah. Memandangkn bkal ibu mertua org kelantan kan. Nasib ade blog k.azie. mcm mcm mskan klantan. Btmbh syg lgi laaa bile dpt mnantu pndai msak. Thanks k.azie becoz share² resepi ni.
BalasPadamAssalamualaikum...K.Azie..huhuhu..semalam baru mak mertua kirim kulat gelam ni dari Besut..x penah makan..nak masak lagi la jauh..tp resepi ni mgkin dpt mmbantu sb suami dh suh wat kerabu..hehehe..nt saya cuba la..tgok hasilnye macam mana nt..
BalasPadamResepi kak azie mmg menjadi ..sya msak slalu guna resepi kak azie...tenkiu kak
BalasPadam