Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Rebus Goreng Yang Membangkit Selera Sahur


Ikan Rebus Goreng


Ini adalah lauk feveret yang sentiasa membangkitkan selera tak kira masa, apalagi untuk bersahur. Dari kecik kecik lagi, inilah lauk yang menjadi kesukaaan. Ikan mesti direbus dengan menggunakan asam keping yang banyak dan garam yang banyak. 

Rebus sehingga air yang tinggal menenggelami separuh dari ikan. Kemudian biarkan sekurang kurangnya satu malam sebelum ianya digoreng atau dibuat gulai. Gulai nasi berlauk atau nasi dagang Kelantan memang menggunakan ikan rebus. 

Ikan Rebus Goreng


Ikan mestilah digoreng garing garing dan kemudian masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris kasar. Lebih sedap jika menggunakan lada hijau solok yang terdapat di Kelantan tu. Tapi sebab tak jumpa cili tu di sini, saya guna jer cili merah. Huuu sungguh sedap lauk ini, selain dimakan dengan nasi putih panas panas, sedap juga dimakan dengan pulut dan kelapa parut yang biasa dihidangkan untuk sarapan di Kelantan.

Selamat mencuba sebagai lauk sahur untuk keluarga anda....

Ikan Rebus Goreng


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Ikan Rebus Goreng Yang Membangkit Selera Sahur"

  1. Salam AA.
    Dulu saya tak biasa dgn lauk ni. Tapi semenjak dua menjak keluarga2 kelantan dtg, suami saya jadi suka dgn lauk ni. Dia makan dgn pulut. saya pun terikut2.

    BalasPadam
  2. Sedapnya makan bersama nasi panas2, kan Azie...

    BalasPadam
  3. saya pun suka ikan rebus digoreng macam ni.. isi ikannya meresap asam & garam memang selera dimakan waktu bersahur kan..

    slmt berpuasa azie..

    BalasPadam
  4. alamak kak azie. ikan ikan goreng camni pun bole terliur.

    BalasPadam
  5. rebus dengan asam dan garam rasanya macam ikan masin ke kak? Ikan lengat goreng pernahlah makan...sama ke?

    BalasPadam
  6. Sy mula tahu mydia ikan rebus semasa belajar d maktab perguruan d terengganu, dok umah sewa n teman2 dr kltan mgajar mbuatnya..mmg sdap n blh dibuat goreng brlada.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Puan Azie, one of my favourite dish ni...memang sedap sangat ikan rebus goreng ni...marvelous...selamat berpuasa ya Pn Azie...<3...shima

    BalasPadam
  9. terasa juga keharuman ikan ni waktu baca post ni.. :) sedapnyaaaaa...

    BalasPadam
  10. Salam Azie...klu sahur mkn ikan rebus ke..telur rebus ke..ikan masin ke...br selera sikit nk mkn :)

    BalasPadam
  11. ktorang panggil ikan kukus kat pantai timur. bukan rebus. hihihi.. :)

    BalasPadam
  12. kak azie,

    ni menu kesukaan keluarga saya..sedapp.

    BalasPadam