Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Istimewanya Makanan Kelantan






Saya dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan sampai bila bila kerana Kelantan adalah negeri kelahiranku. Negeri di mana saya dibesarkan, negeri di mana kedua ibu bapa ku tinggal, tempat saya mendapat pendidikan awal dan negeri di mana saya mengenali erti kehidupan. Saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur semasa menyambung pengajian di peringkat universiti tahun 1984 dan bekerja sehingga kini terus menetap di sini. Terus terang yang saya tidak punya niat untuk kembali menetap di Kelantan. Walaupun dulu dulu, saya pernah berhajat untuk menghabiskan hari tua saya di sana dengan belajar ilmu agama. Namun kini tidak lagi kerana di sini segalanya tersedia, terpulang kepada diri sendiri. Apa apa pun, ianya tidak sedikit pun menggugat diri saya sebagai anak Kelantan yang berjiwa wanita Kelantan yang kental dan tabah.


Kadang kadang saya pun merasa hairan bagaimana loghat Kelantan masih tebal dan selera Kelantan yang sangat kuat. Sedangkan saya tinggal di Kelantan, hanya 19 tahun dan selebihnya di sini. Setiap hari percakapan di rumah, tidak langsung menggunakan loghat Kelantan kerana hubby dan anak anak memang tidak tahu bercakap loghat Kelantan. 19 tahun di sana, jika ditolak pula semasa saya masih kecil, mungkin hanya tinggal 14 tahun sahaja. Tapi Kelantan begitu sebati dengan saya dalam apa jua kehidupan saya.

Bercakap mengenai makanan Kelantan yang pelbagai dan sangat murah pula, saya kadang kadang kecewa melihatkan makanan Kelantan yang dijual oleh orang Kelantan di sini tidak sama dengan makanan Kelantan di Kelantan. Kecewa kerana ianya telah merosakkan keenakan dan keaslian masakan Kelantan yang sebenarnya. Atas sebab itu, saya berusaha untuk menyediakan sendiri makanan Kelantan dengan menanyakan dan belajar resepi dari keluarga di Kelantan. Bukan dengan membuat rujukan di blog yang kebanyakan resepinya tidak berapa menepati masakan asli dari Kelantan kecuali penulisnya memang berasal dari Kelantan. Hahaha seperti saya... Janganlah marah, ada juga resepi di blog yang memang ori resepi Kelantan walaupun penulis tidak berasal dari Kelantan. Contoh yang paling ketara ialah Ayam Percik yang memang sukar untuk dicari ayam percik Kelantan yang sedap di sini. Saya memang boleh merasai jika makanan itu, menepati rasa masakan Kelantan sebenarnya. Lidah saya ni seperti dah direkodkan dengan rasa rasa makanan di sana.

Kalau mahu melihat makanan dan masakan Kelantan yang telah saya sediakan boleh klik di SINI atau klik label Masakan Kelantan. Link masakan Kelantan dimuat di satu page khas untuk memudahkan saya dan anak anak membuat rujukan di masa hadapan. Banyak resepi adalah dipelajari dari kakak kakak dan saudara mara saya sendiri.  Betapa uniknya makanan Kelantan dan kekal istimewa di hati saya... Kelantan sokmo sokmo giteww. Anak saya Dr Nana juga kerap kali ditanya oleh pesakit hospital di mana dia bekerja tentang dari mana ia berasal. Bila diberitahu berasal dari Kuala Lumpur, mereka akan mengatakan "Ohh ingat Doktor asal dari Kelantan". Walhalnya Nana tidak pandai langsung bercakap bahasa Kelantan namum raut wajahnya yang mirip gadis Kelantan yang memang unik dan tersendiri. Alahaaaii... 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

17 ulasan for "Istimewanya Makanan Kelantan"

  1. Assalamualaikum Kak,
    Sy pun sejak kawin dgn org kelantan barulah reti makan masakan kelantan, paling suka nasi kerabu. Tp masih belum pernah try budu, masih setia dengan belacan agaknya hehehe

    BalasPadam
  2. waaaa. tupat sutung. sedaknyoooo

    BalasPadam
  3. Aslmkum sis Azie
    sy setuju yg masakan kelantan mmg istimewa...kesedapannya itu buat kita teringat2 nak mkn spt nasi kerabu....laksam dll. dari segi hargapun murah berbanding tempat lain. masa di Msia, kdg2 cuba juga beli makanan kel yg dijual di tempat lain tp mcm sis kata, mmg kecewa sbb rasanya tak memenuhi selera wpun yg jual org Kelantan.

    BalasPadam
  4. sedapnyooooo....kalau kt umh ni buat tupat sotong ni mmg dok berulang makan la...

    BalasPadam
  5. salam sis, dulu tengok sotong sumbat nie pelik je rasa. bila dah kawen dengan orang kelantan, barulah tahu sedap rupanya...heheheh

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/06/puting-luka-8-punca-paling-popular.html

    BalasPadam
  6. yes... setuju. masakan yang sama jika dijual diluar kelantan sudah tentulah tidak sama. dan sudahnya, kena balik kelantan jugaklah kak azie. jangan tengok juadah lain, ike singge cukuplah... ^^

    BalasPadam
  7. saya suka masakan Kelantan, mujur di JB ni ada banyak warung Kelantan yang menghidangkan masakan asli dari Kelantan. Tapi ketulenan rasanya saya tak tahulah, tapi memang sedapppp!

    BalasPadam
  8. Salam Azie, My favourite Kelantan dish is Laksam. Whenever I found it at pasar juadah, I'll buy it.
    My blog has a problem updating the new entry to all who put my link at their bloglist. It has been two month I have facing this problem.

    Please press 'VOTE' for my dish 'Ayam Panggang Madu Berempah' at AFC Foodie Face-Off 2013 KL. Insyaallah. Please click on link below and wait for flash photo. Thanks.
    http://woobox.com/sc9r9f/vote/for/659408

    BalasPadam
  9. tupat suto..sedapnyo la kak azie,lamo xmake ni

    BalasPadam
  10. Biasalah ramai org Kelantan yg berhijrah ke KL tidak berhasrat utk kembali ke Kelantan just like my brothers and my daughter and her in-laws...they are all in KL. Waima apa pun di hati tetap orang Kelantan dan tak lupa loghat Kelatae :) Tak lama lagi saya nak bersara so mungkin bertambah keraplah ke KL berkebetulan pulak keempat-empat anak saya bekerja dan belajar di KL.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..sebab kebanyakkan anak , suami / isteri ada di KL..

      Padam
  11. saya pula oleh kerana suami adik ipar orang kelantan, barulah saya pandai makan nasi kerabu, singgang daging dan budu...di cafe tempat saya bekerja ni ada menu ayam percik kelantan ^_^
    ketupat sotong pula tak pernah lagi rasa

    BalasPadam
  12. sy suka cuba pelbagai jenis makanan. Dulu sy tak pandai makan laksam, nasi kerabu, nasi dagang, nasi air & kuih muihnya....aduh, tp bila dah belajar kat ipta pantai timur..sy jadi suka makanan2 tu semua...betul memang sedap, walaupun sy bukan org kelantan...rindu masakan tu semua...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum kak

    Ke mana pun pegi msti bhsa ibunda xkn dilupekn kak

    BalasPadam
  14. dah pernah buat dah..

    BalasPadam
  15. salam aunty..mak mertua sy org kelate. dia pernah buat ketupat sotong versi kelate. Sedapnya. Sampai 4biji saya makan. hehe. Balik rumah teringat2 rasanya yang sedap.

    BalasPadam
  16. Kak Azie...saya setuju sangat-sangat dengan artikel kak Azie nie....kat KL nie walaupun nama masakan Kelantan tapi rasa x sama dengan masakan di Kelantan...dan terpaksa masak sendiri untuk dapat aura dan rasa Kelantan tu. Saya pun ore Kelate juga, tahun 1996 saya sambung belajar di UM dan kahwin dengan orang Melaka..terus bekerja di KL nie....walaupun dah lama ddk sini dan kat rumah memang x ckp Kelantan kerana anak-anak dan suami x pandai....tapi lidah dan selera masih maukan masakan Kelantan jg.....sampaikan anak-anak dan suami dah diselerakan dengan masakan Kelantan....

    BalasPadam