Krim Mentega Yang Sangat Sedap
Semasa kecik saya suka sangat makan kek yang dilepa dengan buttercream yang dibeli kedai kedai kek. Zaman dulu, kalau ada majlis pertunangan atau perkahwinan, pasti kita akan menempah kek untuk dijadikan hantaran. Jadi selepas majlis, tibalah saat ditunggu tunggu untuk memotong kek.
Semasa majlis perkahwinan, saya menempah 2 biji cake yang berwarna pink bentuk hati dan satu lagi berbentuk bulat warna kuning. Masa tu, saya memang tak pernah tahu bagaimana ianya disediakan dan tidak pernah pulak mahu belajar membuatnya.
Sejak mempunyai blog sendiri, sejak menyediakan kek dan cupcake sendiri, banyak juga frosting sedap yang telah kami pelajari dan sediakan. Namun kesedapannya tidak menyamai icing kek yang pernah saya suka satu ketika dulu sehinggalah saya menjamah Kek Rainbow yang disediakan semasa harijadi saya baru baru ini. Klik di SINI.
Sejak mempunyai blog sendiri, sejak menyediakan kek dan cupcake sendiri, banyak juga frosting sedap yang telah kami pelajari dan sediakan. Namun kesedapannya tidak menyamai icing kek yang pernah saya suka satu ketika dulu sehinggalah saya menjamah Kek Rainbow yang disediakan semasa harijadi saya baru baru ini. Klik di SINI.
Aduuh, kek Rainbow itu memang benar benar mengingatkan kek yang pernah saya sukai terutamanya krim mentega yang digunakan.
Serius kerinduan saya pada kek yang saya nikmati masa silam terubat sudah. Sangat sedap, sangat saya sukai sehinggakan saya masuk jer ke dapur, makan kek. Bawa pulak bekal semasa ke Pulau Pinang, dalam perjalanan makan, sebelum tidur makan kek lagi, bangun tidur makan kek lagi. Bila sejuk sejuk, lagi sedap rasa krim menteganya. Tak kemaruk ke namanya tu...
Krim Mentega
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer pekat manis
3 sudu besar gula aising
Cara cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan.
Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega
cantik akak decorate kek :)
BalasPadamTerima kasih. Deko simple jer. Yg penting, kek dan krim menteganya sgt sedap
Padamperghh..tgk jer dh terasa kesedapan krim kek kak azie tu..terliur sehh!
BalasPadamsedapnya!!!!
BalasPadamcntik....i wish i could eat those=)
BalasPadamsalam kak azie..
BalasPadamsya mohon copy n paste resepinya ya..
Saya dah buat karipap guna resepi Kak Azie..Alhamdulillah sedap dan puas hati makan. Kek chocolate moist pon Saya suka resepi Akak...memang sedap...kawan2 pejabat pon mengendeng Resepi Kek tu...terima kasih sangat2 kerana Akak sangat ikhlas berkongsi Resepi di blog ini. Saya teringin juga Nak buat rainbow cake dgn icing yg Sgt sedap ini. InsyaAllah.
BalasPadamKrimwell tu apa sis?
BalasPadamSejenis mentega. Ada jual di kedai bakeri
PadamSalam..kak..mentega apa yang sedap ya..maafla..saya masih newbie.. :)
BalasPadamSalam kak.. sy dah buat krim ni tp gantikan krimwell dgn shortening tetap sedap rasanya... minta halal ye sy byk cuba resepi dr blog akak... mmg menjadi dan sedap semuanya.
BalasPadamSalam azie..buttercream ni bole tahan lama tak? sbb resipi buttercream yg sllu akak buat cpt cair..tq
BalasPadamSalam akak.. boleh ke pukul kirm well tu lame,, mcm mane nk tau krim well dan mentega tu da ckup gebu,,
BalasPadamSalam, akak saya nak tanya kenapa ye butter cream yang saya buat keras setelah di masukkan kedlm petiais
BalasPadamSbb kita guna butter tu yang dia keras, pastu kalau nak guna balik buttercream tu keluarkan dari peti biar dlm 4-5 minit pastu kacau guna whisk nak bg dia sebati balik so senanglah nak biat decorations atau nak sapu pada kek
PadamMohon share resipi yew
BalasPadamKak sy nk ty agk2 krim ni akan keras ke kalu letak dlm peti ais?
BalasPadamDengan Resepi ni boleh buat bunga untuk hiasan ataS kek ke? Terima kasih.
BalasPadamAkak pakai butter brand apa sedap? Salted atau unsalted?
BalasPadam