Nasi Ayam Kak Laily Subang Jaya Yang Tersohor
Seperti yang dijanjikan baru baru ini, hari ini saya ingin berkongsi resepi Nasi Ayam Kak Laily. Teringat dulu sewaktu tinggal di USJ kalau hari Sabtu atau Ahad, bila ditanya nak makan apa, mesti jawab nak makan nasi ayam Kak Laily. Sekarang Kak Laily sudah meninggal. Itupun saya ringan mulut bertanya dalam satu hari di bulan Ramadhan sebab dah lama tak nampak Kak Laily di gerainya. Anak lelaki Kak Laily memberitahu yang bondanya telah meninggal. Sama samalah kita sedekahkan Al fatihah kepada arwah Kak Laily. Pun begitu, rasa nasi ayamnya tetap sedap sama seperti semasa Kak Laily masih ada.
Kalau bulan Ramadhan pulak, punya lah panjang orang beratur nak beli nasi ayam Kak Laily walhalnya gerai sebelah pun jual nasi ayam juga. Lengang kedai lain. Kalau dulu, saya ralit juga mendengar celoteh Kak Laily sambil dia membungkus nasi ayam tu. Saya ada terdengar beliau merungut sebab dia dah mengajar seseorang resepi membuat nasi ayam tapi akhirnya orang itu, berniaga dekat kedai dia dan jadi pesaing pulak. Tak eloklah gitu kan.
Sambil beratur tu, saya dengar lah Kak Laily memberitahu kepada pelanggan yang bertanya akan rahsia membuat nasi ayam yang sedap. Memang Kak Laily tidak lokek ilmu. Rahsianya ialah penggunaan minyak ayam yang menjadikan nasi tidak berbau hanyir terutama ketika sejuk. Resepi ni tidak menggunakan air rebusan ayam pun.
Saya suka sangat sangat dengan sambal nasi ayam Kak Laily. Pendek kata mesti habis dan bertambah tambah. Sedangkan kalau nasi ayam tempat lain, saya tak makan sangat pun sambalnya. Hari saya tengok pekerja beliau ketika sedang menyediakan sambal cili tu semua menggunakan sukatan blender. Ya mereka buat dalam kuantiti yang banyak. Pekerja tu hanya ikut jer sukatan yang telah ditetapkan. Jadi berdasarkan sukatan blender, kita agak agak jer lah kuantitinya bertujuan mahu mendapatkan rasa sambal yang hampir menyamai sambal cili nasi Ayam Kak Laily.
Saya suka sangat sangat dengan sambal nasi ayam Kak Laily. Pendek kata mesti habis dan bertambah tambah. Sedangkan kalau nasi ayam tempat lain, saya tak makan sangat pun sambalnya. Hari saya tengok pekerja beliau ketika sedang menyediakan sambal cili tu semua menggunakan sukatan blender. Ya mereka buat dalam kuantiti yang banyak. Pekerja tu hanya ikut jer sukatan yang telah ditetapkan. Jadi berdasarkan sukatan blender, kita agak agak jer lah kuantitinya bertujuan mahu mendapatkan rasa sambal yang hampir menyamai sambal cili nasi Ayam Kak Laily.
Sejak ketiadaan Kak Laily pun saya masih terus mengunjungi gerai Kak Laily di atas Pasar Subang Jaya yang diusahakan oleh pekerja beliau. Semasa saya ke Pasar Basah USJ baru baru ini, ada renovation, jadi tak dapatlah makan nasi ayam ataupun menanya lagi apa apa yang saya tidak pasti.
Setiap kali pergi makan di sana, saya mulalah mengorek rahsia untuk membuat nasi ayam. Seperti Kak Laily, pekerjanya juga tidak lokek untuk memberitahu sedikit sebanyak. Hasil dari usaha mengorek sedikit demi sedikit, akhirnya lengkaplah resepi nasi ayam Kak Laily yang sangat tersohor itu.
Saya mengambil masa yang agak lama juga sebenarnya untuk mengorek resepi. Setiap kali pergi tanya dan tanya. Tak tulis di kertas pun cuma ingat ingat dan curi curi taip dalam handphone. Bukan apa, tapi seganlah kot mereka tak mahu bagi resepi. Resepi inipun sudah bertahun saya simpan. Saya menulis kembali resepi ini menggunakan resepi nasi ayam biasa tetapi menggunakan bahan bahan dan cara yang digunakan dalam resepi Nasi Ayam Kak Laily.
Sesungguhnya rezeki di tangan Allah, dengan berkongsi ilmu, ganjarannya lebih besar dari ganjaran wang di dunia ini. Semoga arwah Kak Laily diberi ganjaran setimpal atas resepi yang saya kongsikan hari ini. Inshaa Allah, mudah mudahan begitulah...
Saya mengambil masa yang agak lama juga sebenarnya untuk mengorek resepi. Setiap kali pergi tanya dan tanya. Tak tulis di kertas pun cuma ingat ingat dan curi curi taip dalam handphone. Bukan apa, tapi seganlah kot mereka tak mahu bagi resepi. Resepi inipun sudah bertahun saya simpan. Saya menulis kembali resepi ini menggunakan resepi nasi ayam biasa tetapi menggunakan bahan bahan dan cara yang digunakan dalam resepi Nasi Ayam Kak Laily.
Sesungguhnya rezeki di tangan Allah, dengan berkongsi ilmu, ganjarannya lebih besar dari ganjaran wang di dunia ini. Semoga arwah Kak Laily diberi ganjaran setimpal atas resepi yang saya kongsikan hari ini. Inshaa Allah, mudah mudahan begitulah...
Nasi Ayam Kak Laily Yang Tersohor
Oleh: Azie Kitchen
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot
½ cawan halia kisar
½ cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan
½ sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam
Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.
Bahan untuk Sos
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
¾ cawan air masak (kak laily tak letak)
1 sudu teh garam
½ cawan gula
Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.
Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya.
Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak.
Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
Sup Nasi Ayam
Air rebusan ayam
Garam
Serbuk perasa
Daun sup
Bawang goreng
Cara-caranya
Panaskan air rebusan ayam. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bahan Untuk Kicap
Kicap cap gajah
Gula
Garam
Serbuk lada sulah
Air
Cara caranya:
Masak dengan air, gula, garam dan lada sulah sehingga mendidih. Boleh guna bahan memerap ayam tadi. Sesuaikan rasa.
Salam Kak Azie,
BalasPadamNak tanya, Minyak lemak ayam ni, mcm mana nak buatnya? minyak apa ni?
wslm,
PadamIni siapa nama? Asal dari mana? hahaha berilah nama ringkas. Best sedikit nak menulisnya. OK yang lemak ayam tu cuba search dan klik entri Nasi Ayam Hainan. Saya ada tunjukkan gambarnya http://aziejaya.blogspot.com/2012/01/nasi-ayam-hainan.html
salam ukhwah kak azie..blog dan resepi serta tips kak azie mmg best..nasi ayam ni mcm best sbb sambal dia tu..cek Ah ada buat niaga nasi ayam kat cafe Cik Ah tp time bulan puasa je..Cek Ah buat samabal cili mcm air asam cicah versi pekat sikit kuah air asam tu..:)
BalasPadamChe Ah, boleh tak kongsi resepi sambal tu. sambal ini dah rasa terbaeek tapi mana tahu sambal Che Ah lagi sedap
PadamTengok pon sudah tahu nasi ayam ini memang sedap... terlior la pulak...
BalasPadamSerius sedap
PadamInalilahiwailaihirojiun, x tau pun kak lily dah meninggal....Al-Fatihah.
BalasPadambertahun tinggal di subang jaya, kak rose dah serasi dengan nasi ayam kak lily ni.. malah ramai kawan2 office yang kak rose bawak makan kat kedainya pun ketagih dengan nasi ayamnya. kini dah lama x singgah kat sana.
Kalau orang Subang Jaya pasti tahu kehebatan nasi ayam Kak Laily.
PadamSalam KakAzie,
BalasPadamYong terus lapar tengok nasi ayam nie.
hari tu kakAzie tayang nasi dagang KakNah USJ, yong dah mengelupur nak buat tapi kat pasar skrg takder stock ikan aya pulak ;-(..
ps: nasi Dagang KakNah tu favourite kami sanggup turun dari KL semata2 nak layan nasi kakNah
Kalau dah pekena nasi ayam Kak Laily, memang boleh ketagih
Padamsalam Azie, nampak menarik nasi ayam ni macam nak try jugak suatu hari nnt mesti sedap ni..
BalasPadamTak rugi mencubanya. Mmg antara resepi nasi ayam terbaeek
PadamAssalamulaikum kak azie...ini versi nasi ayam yg plg lagi sedap ker kak?. harus cuba nie... skrg nie sy dh jadi pengemar nasi ayam pulak:-).dulu penah cuba dkt gulam mee. tp skrg pegi dh xsedap mcm dulu dah..
BalasPadamResepi ini akan jadi my keeper recipe for Nasi Ayam
PadamSalam kak...sedapnya nasi ayam ni...fiza baru ja dok teringat nak buat nasi ayam hainan...kak dah tunjuk nasik ayam kak laily pulak...sedapnya...ni dah menggugat iman diet fiza ni...huhuhu
BalasPadamThis is the best and simplest ever nasi ayam recipe.
PadamAslmkum sis Azie
BalasPadamsedap nampak nasi ayam yg dihidangkan ni....nengok bahannya ada guna minyak lemak ayam...lain dr yg lain resepi. nanti boleh cuba..
Mamasya,
PadamAlhamdulillah usaha saya berbaloi kerana sabar utk mendapat resepi. Saya tanya sikit sikit dan tak salin pun sebab takut depa tengok.
Benarkan saya mencuba resepi ni Azie. Saya pun suka makan nasi ayam.
BalasPadamSilakan Sweetie. Nnt beri feedback ya
PadamInsyaAllah Azie!
Padamsalam kak Azie, saya dah tengok resepi nasi ayam hainan utk buat minyak lemak ayam.tak ada pun adakah minyak yang timbul dari rebusan ayam tu digunakan utk memasak nasi? maaf baru nak belajar.
BalasPadamSalina
taman Desa KL
Salina,
PadamAda gambar kuali kecik di dalamnya. Lemak ayam dimasukkan dalam kuali dan panaskan atas api pelahan sehingga keluar minyak dan tutup api. Itulah cara menghasilkan minyak ayam
BalasPadamSalam,
Lemak ayam nak guna berapa gram atau minyak lemak ayam nak guna berapa sb?
Kelantan
Aak agak jee. Kalau nak guna utk menumis pun boleh. Kalau seekor ayam, lemak pun tak banyak
PadamAs salam dear..
BalasPadamMacam su buat yg sambal letak limau kasturi sama hi2 kalau nak additional lauk buatlah sayur capchai lg sedapp hi2. Memang fav anak2.
Anyway thanks and take care dear!
Ohh memang sedap sambal guna limau kasturi ni. Kalau Kak Laily utk satu blender cili, saya tengok dia letak 3 senduk air limau
PadamAzie, another mouth watering nasi ayam! I like the way you got the recipe, tanya sikit-sikit and you completed the whole thing. I actually tried the same tactic with one Indian lady whose dhall curry is very sedap but after asking I keep forgetting the bits and pieces. Now she already tutup gerai due to heath problems.
BalasPadamItulah, malu dan takut nak minta respikan? Tapi sebab I suka sgt nasi ayam ni, tanya dan siap jenguk ke tempat dia menyediakan sambal. Tapi segan nak tanya dan tulis masa tu
PadamSalam...Izinkan kak Zai C/P...anak2 suka makan nasi ayam.
BalasPadamSilakan Zaitun, nnt boleh bagi feedbak
PadamSalam Azie, sambal nasi ayam boleh tambah kismis untuk menambah kemanisan sedikit.
BalasPadamOhh terima kasih atas tips. Insya Allah, nnt boleh cuba
Padamterus rasa nak makan nasi ayam la pulak..
BalasPadamTerbaeeek
Padamsatu lg koleksi resepi ns ayam..lebih kurang mcm cara sy buat ns ayam..cumanya tak guna kicap cap gajah..kicap hentam keromo je...hehehe..ayam pon direbus kosong je...pas ni kena cuba ni..upgrade la sikit ns ayam kiter kan...thanks 4 sharing Kak Azie
BalasPadamResepi ni mmg diguna kicap cap gajah. Itu yg pergi juga cari kicap ni
PadamSalam Kak Azie..semalam da cuba mmg terbaik terutama sos cili tu..Alhamdulilah licin thanks 4 the recipe!! =}
BalasPadamsalam aunty..
BalasPadammmg nampak mnyelerakan nasi ayam ni :D
sos tu, klau mak saya buat tambah tomato(sdp yg wrnanya pling merah) dan lepas dh kisar semua, panaskan atas kuali bagi pekat skit.
nyum nyummy :D
assalam kak Azie...saya mmg mencari resepi paling best sbb nak buka gerai di ukay perdana bulan depan.Alhamdulillah dapat resepi baru..biasanya saya tambah kiub ayam dlm nasi semasa masak. kuah cili tu saya kisar kulit limau kasturi skali (buang biji). utk perap ayam, saya tak letak madu takut hangus masa goreng tp kali ni saya nak cubalah. Tima kasih banyak kak Azie... doakan perniagaan saya berjalan lancar dan berjaya.. Aida Noor uk perdana.
BalasPadamWslm Aida,
PadamTerima kasih kerana sudi memberi komen yang pasti boleh membantu menyediakan nasi ayam yang lagi sedap. Saya juga diberitahu yang madu tu adalah opsyenal, jika tak mahu bubuh pun tak apa. Ya, saya juga ada baca yg ada orang menggunakan kiub ayam. Kisar kulit limau tu belum pernah buat. Insya Allah, boleh cuba.
Salam...kicap cap gajah tu nak beli kat mana
BalasPadamWslm,
PadamKedai runcit atau giant pun ada.
Kicap gajah tu mana nak dpt kak...rgds mie
BalasPadamResepi ni sy dh cuba tp x secantik sgt..he he tp practice makes perfect..Thanks Kak Azie for sharing..
BalasPadamkak sedap nasi ayam kak laili dah lama x makan dulu sempat makan masa kedai kat warung ,lepas tu ada 2 3 kali bli yang kat atas pasar subang .thanks for the info x tahu pula kak laili dah x de .resepi nampak macam sedap je nak try buleh ....
BalasPadamSalam kak azie...sedapnye tgk ayam tu..kak,kicap cap gajah tu ada jual kt giant ke?...nt nk carilah,pasni ble buat nasi ayam pakai recipe ni plk...izin sya copy recipe ye
BalasPadamsalam kak azi.. nama saya azizah,org panggil azi jugak. hehe. sy komen semata2 nak ucap terima kasih byk sebab kongsi resepi ni. kali pertama buat nasi ayam, alhamdulillah berjaya. sedap sgt, rasa macam ayam yg beli dari ayamas. semoga Allah merahmati kak azi dan arwah..
BalasPadamSalam Kak Azi,
BalasPadamFamily belah suami saya memang peminat nasi ayam Kak Laily. Orang Subang Jaya pun, tak sah kut kalau tak kenal & tak minat nasi ayam kak Laily.
Semalam saya bedal masak nasi ayam, takde la hebat mana pun tapi ok2 aje. Tergerak pulak la hati ni nak search resipi nasi ayam. Tak sangka ada orang publish K.Laily nye resipi. Thanks Kak Azi. Next time saya masak nasi ayam, memang la akan rujuk resipi ni.
As Salam Puan Azie...terima kasih kerana dengan ikhlasnya berkongsi resepi nasik ayam yang pelbagai. Anak-anak sayapun sangat suka nasi ayam... Barulah dapat resepi yang ditulis step by step...
BalasPadamT.ksh sdri azie krna sudi kongsi resepi nasi aym ni. Saya dah cuba masak ari ni. Memang ok dan sdp rasanya cumanya aym ada problem sikit iaitu keras. Semua ahli keluarga komen rasa aymnya. Harap sdri azie boleh bg tips sikit utk nak lembutkn aym tu. Dan aym tu sy potong sbab nak krgkn pgunaan myk. Utk nasinya guna air rebusan aym ke?
BalasPadamTips nya ialah goreng sehingga kulit ayam garing sahaja, terus angkat. Daging ayam dah masak masa direbus, jadi dengan cara itu, kulit rangup garing tapi isi ayam masih juicy.
PadamKalau ayam dipotong, goreng sekejap sahaja secara Touch N Go sahaja. Ayam keras bermakna ianya dah overcooked, dah terlebih goreng.
Sdri azie boleh bg tips mcmana nak bg aym yg d goreng tu rasanya lembut? Yang lainnya ok sdp tp aymnya keras. Nasi guna air rebusan aym ke?
BalasPadamRose,
PadamIni mesti tak baca apa yang saya tulis. Terdapat banyak cara. Kalau nasi ayam Kak Laily, cuma dimasukkan minyak lemak ayam. Kalau resepi keluarga Diana, tak dimasukkan apa apa, hanya air sahaja. Tapi resepi nasi ayam yang biasa ialah dimasukkan air rebusan ayam. Kena cuba kesemua cara, baru boleh dibuat perbandingan. Pada saya, semua sedap
Salam kak azie...boleh tak lain kali kak azie tunjuk rupa kicap cap gajah tu.. dah cari tak jumpa. Nak sgt buat sbb saya peminat nasi kak laily.
BalasPadamAssalam puan azie dan salam perkenalan,
BalasPadamSuka baca blog puan,terdetik rasa nak mencuba menu nasi ayam yang puan kongsikan. Alhamdulillah mendapat pujian dari suami tercinta. Ayam yang di masak sangat sempurna,berkilat lembut di dalam dan rangup di luar.
Terima kasih atas resepi minta halal saya salin dan simpan resepi dari puan untuk rujukan masa akan datang saya.
Terima kasih banyak2. :)
salam kak azie. saya share semua resepi akakverk
BalasPadamMemang sedap nasi ayam kak laily. kepada sesiapa yang ingin mencuba, silalah berkunjung ke pasar ss15 subang jaya. kalau tanya orang kat situ memang orang akan tau.
BalasPadamsy dengar orang kata kicap cap gajah nie xhalal...dier ade campur lemak babi sebab tue kicap dier rase sedap laen mcm...betol kew...lg 1 kak azie boleh x describe rasa sambal yang kak azie buat tue...manis ke pedas ke or masa....sebab sy buat xrase sama mcm ayam mas punya sos sambal merah tue pon....kew ade kesilapan tatabahasa dalm campuran sy
BalasPadamSaya beli yang ada tanda halal. Maaf lah saya memasak hampir setiap hari, jadi saya tak dapatlah nak describe rasanya. Yang penting ianya mestilah secukup rasa, ada masam limau kasturi, ada manis dan ada masin.
PadamNak cuba lah...tq k.azie...
BalasPadamSalam kak azie.. saya banyak masak guna resepi akak.. thanx. Saya hanna. Saya tinggal di Qatar.. memang x dptla kan kicap cap gajah.. agak2 akak.. kicap yg macam mana sesuai?? Saya x penah beli kicap gajah tu.. dia kicap masin ke atau kicap manis?? Dan adakah kicap tu jenis pekat atau biasa?? Kat sini cuma ada kicap abc.. kicap lain sy bawak dr malaysia tp kicap biasa. Mohon pencerahan ye kak..
BalasPadamwslm Bella. Kicapnya agak pekat. Cadangan saya, boleh jer guna kicap apa apa pun kalau susah mahu mendapatkannya
BalasPadamOooo maknanya macam kicap abc la kot.. cuma kicap abc ni manis... kicap gajah tu manis ke masin yer kak.. thanx
Padambestla k.azie....
BalasPadamAs salam...K azie, alhamdulillah memang best sgt nasi ayam ni..sy dah buat utk juadah buka puasa semalam..bukak periuk ajew..semerbak bau nasinya..sambilnya pun sedap... anak2 & suami pun puji..berselera kami sekeluarga makan... terima kasih byk ye k azie coz sudi share resepi ni..mohon izin saya share resepinya ye..
BalasPadamnasi ayam kak laily the best.. nasi banyak..sambal n sup sedap pastu murah plak ...mmg sedap
BalasPadamBESTNYER KT SINI..mcm2 nasi ayam ada..anak saya pun suka nasi ayam, tp sy tau buat nasi ayam madu jer..nk try nnt yg hailan..thanks sharing.
BalasPadamada masa ke rumah saya pula yer..
ummuque.blogspot.com
Salam perkenalan.
BalasPadamBestnya dapat kongsi resepi nasi ayam terbaik di sini.InsyaAllah pasti cuba.Minta halal resepi ye sis Azie.
Sudikanlah ke blog saya.=)
www.aishukri.blogspot.com
Assalammuailaikum
BalasPadamkak aziz, mimi dh try resepi nasi ayam akak
serius sedap...suami kata sedap sangat....
untuk open house raya tahun ni suami minta buat nasi ayam... hahahaaa
jenuhhhh... terima kasih atas resepi ini
Salam azie...saya dah lama folow blog ni and dah try beberapa resepi and for that i thank you...
BalasPadamHari ni cari resepi ayam untuk nasi ayam n jumpa resepi makcik laily ni...dulu selalu beli nasi ayam dia since dia berniaga kt depan flat ss14....tq azie sbb kongsi resepi ni definately akan try....semoga azie sekeluarga terus dilimpahi rezeki ...tq again sebab tak lokek berkongsi ilmu masakan
Assalammualaikum..Puan Azie dalam resepi nasi ayam Kak lily ni ade ayat sy tak paham iaitu ( 3 bilah setem Gajah
BalasPadamGaram,1 thumb thumb) tolong terangkan..
Wslm. Saya pun tak faham apa soalannya. Saya cari tak ada pun bilah setem gajah, thumb thumb. Mana dapat ayat tu
PadamAssalammualaikum Kak Azie, semoga sentiasa diberi kesehatan yg baik hendaknya, saya dah cuba untk resepi nasi ayam tersohor ni
BalasPadamuntk family hari ini mmg best,harum semerbak bau sup dgn nasi ayam pagi ni dlm rumah,hari tu saya dah buat me sup resepi kak azie jugak yg masukkan belacan dan air asam jawa tu mmg sempoilah rasa dia anak2 mmg suka sangt rasa dia lain dari yg lain kering kuah dlm periuk besar,kiranya besarlah skit periuk yg saya buat tu sbnya saya ni gerabak panjang skit lah satu keluarga 7beranak 😁 mmg puas hati berbaloi penat saya masak untk family tima kasih banyak kak azie x lokek berkongsi pelbagai resepi untk perkongsian bersama semoga dimurahkan rezeki kak azie saya doakan, Aamiin🤲